27 April 2009, Bertempat di Dewan DK1, Politeknik Kota Bharu, Biro Pembangunan Usahawan & Profesional, Pemuda UMNO Ketereh telah mengadakan "WACANA PEMBINAAN BANGSA SIRI 1' yang mengupas isu-isu semasa yang mana siri pertama program ini bertajuk "CABARAN-CABARAN & PERANAN MAHASISWA DALAM MENGHADAPI KEMELESETAN EKONOMI MASA KINI SERTA ISU ORANG-ORANG MELAYU SEMASA'.
Siri keilmuan yang julung-julung kali diadakan ini dipengerusikan oleh Saudara Ahmad Helmie Hassan, menampilkan tiga ahli panel iaitu wakil daripada Universiti Malaysia Kelantan(UMK) serta UiTM Kelantan. Ketua Pemuda UMNO Ketereh iaitu saudara Muhammad Abdullah turut tampil menyampaikan ucapan penutup pada majlis yang dihadiri lebih 100 orang peserta tersebut. Berikut adalah teks ucapan Ketua Pemuda UMNO Ketereh dalam majlis tersebut:
TEKS UCAPAN:
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam penuh penghormatan.
Yang Dihormati dan Dimuliakan Tuan Timbalan Pengarah Politeknik Kota Bharu
Adinda saya, Saudara Ahmad Helmie Hassan, selaku Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan & Profesional Pemuda UMNO Ketereh, merangkap Pengerusi Wacana Pembinaan Bangsa.
Yang Berbahagia, barisan Ahli-ahli panel Wacana Pembinaan Bangsa untuk kali ini,
Hadirin, sila beri tepukan gemuruh dan sekalung penghargaan buat:
Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Mohd Rafi Yaakob
Yang Berbahagia En. Zulkarnain Yusoff
Yang Berbahagia En. Nor Hakimi Yusoff
Terima kasih saya buat Yang Berbahagia En. Iskandar, dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, kerana dapat mereliasasikan program ini.
Sahabat-sahabat saya, di Pemuda UMNO Bahagian Ketereh. Saudara Naib Ketua Pemuda.
Yang diraikan, adinda-adinda saya, Pihak JPP, pemimpin-pemimpin mahasiswa, pelajar-pelajar Politeknik Kota Bharu, nampaknya sungguh bersemangat mendengar ulasan-ulasan panelis kita tadi.
Seterusnya, hadirin dan hadirat sekalian, peserta-peserta wacana pembinaan bangsa ini.
Peribahasa Melayu, ’Manakan dapat sagunya, kalau tidak dipecahkan ruyung’.
Hari ini kita bersama-sama dapat berinteraksi dalam satu majlis ilmu, satu inisiatif yang terbaik, inisiatif Biro Pembangunan Usahawan & Profesional pimpinan sahabat saya Helmie dan penghargaan yang tidak ternilai saya buat Politeknik Kota Bharu, kerana telah memberi peluang untuk kami berinteraksi bersama-sama bakal pemimpin-pemimpin pelapis negara, bakal-bakal usahawan, bakal-bakal profesional, iaitu pelajar-pelajar Politeknik Kota Bharu. Tuhan sahaja dapat membalas budi baik pihak Politeknik ini.
Sudah menjadi tanggungjawab kami, pimpinan pemuda umno bahagian, bersama-sama politeknik dan komuniti setempat di Parlimen Ketereh ini, bergandingan memecahkan ruyung-ruyung yang ada di sini, agar dapatlah sekiranya kita bersama-sama merasa sagunya. Ada yang manis, ada yang masam, ada yang kelat. Tapi harapnya semuanya manis-manis. Semanis-manis, adik-adik yang ada di hadapan saya ini.
Hadirin & Hadirat sekalian,
Bersempena dengan Hari Terbuka Politeknik minggu ini, Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Politeknik, di atas kejayaan dan pencapaian yang telah diperolehi oleh pihak politeknik selama ini. Institusi pengajian tinggi seperti politeknik ini, barang tentu mempunyai jasa yang cukup mulia dalam memberi pendidikan dan ilmu yang cukup sempurna buat adik-adik sekalian, malah masyarakat setempat turut dan telah merasa tempias kenikmatan dengan adanya Politeknik ini. Kita dapat lihat, bandar Kok Lanas menjadi satu bandar satelit yang pesat membangun, bukan sahaja menjadi bandar ilmu, malah masyarakat setempat dapat berniaga, mengusahakan rumah-rumah sewa, kedai-kedai telekomunikasi dan photostat berkembang maju, malah saya yakin dengan adanya pimpinan yang kuat di Parlimen Ketereh kelak, kemungkinan kita bakal menerima banyak lagi limpahan pembangunan di bandar ini. Kemungkinan satu hari nanti, adik-adik dapat mengakses internet dimana-mana sahaja kelak. Hanya dihujung jari. Itulah untungnya jika kita mempunyai sebuah kerajaan yang kuat.
Adik-adik sekalian,
Pada tahun 1985 dulu, kerajaan Malaysia telah belanjakan lebih 800 juta ringgit untuk menghubungkan Bayan Lepas Pulau Pinang dengan tanah besar Malaysia melalui Seberang Perai. 800 juta lebih untuk hubungkan manusia di tanah besar Malaysia ke Pulau Pinang. Begitu juga pembinaan Jambatan menghubungkan Malaysia, iaitu melalui Bandar Johor Bharu ke Woodlands di Singapura, jambatan lebih satu kilometer itu menelan kos beratus-ratus juta ringgit malah berbillion-billion ringgit telah dibina oleh kerajaan untuk membina banyak lagi jambatan. Nilai wang yang amat-amat tinggi untuk membina sesebuah jambatan, kerana bukan sahaja teknologinya, malah impak yang besar dapat dimanfaatkan dengan adanya jambatan-jambatan ini.
Hari ini, sejarah turut terbina kerana, jambatan yang diilhamkan oleh Biro Pembangunan Usahawan & Profesional ini, telah berjaya menghubungkan antara komuniti setempat & pemuda-pemuda di bahagian ini dengan cerdik pandai cerdik pandai di politeknik ini. Anggaplah jambatan penghubung yang dibina pada hari ini, satu titik tolak hubungan lebih erat antara kami kepimpinan pemuda bahagian dengan pihak ilmuan di politeknik ini. Kami amat menghargai dan menyanjung tinggi budaya keilmuan yang kita hubungkan ini, serta memperbanyak lagi aktiviti-aktiviti seumpama ini, bagi merealisasikan ungkapan kerajaan selama ini menjayakan ’knowlegebase community’-masyarakat yang berilmu pengetahuan. Dapatlah sekiranya kita semua memelihara, memulihara serta menjaga sebaik mungkin jambatan yang kita sama-sama bina ini. Walaupun kosnya tidak semahal jambatan bengkok, atau jambatan sultan yahya petra, jambatan terbina hari ini lebih tinggi nilainya dihati kita semua.
Hadirin&hadirat sekalian,
InsyaAllah, pemuda umno ketereh akan terus memperhebatkan program-program ilmiah seumpama ini, malah saya difahamkan Biro Pembangunan Usahawan & Profesional akan lebih memperhebatkan program-program mereka, dan untuk makluman semua siri Wacana Pembinaan Bangsa ini akan diteruskan secara berkala pada masa hadapan. Mungkin akan membincangkan pelbagai lagi topik-topik menarik demi memastikan intipati-intipati yang terkandung dalam rukunegara dan perlembagaan Malaysia dapat difahami oleh kita semua. Usaha yang kecil ini bakal memberi impak yang besar kepada kita semua kelak. InsyaAllah.
Kesempatan ini, saya turut ingin mengajak hadirin dan hadirat sekalian, adik-adik di Politeknik untuk mengikuti Program Anjuran kita pada 2hb Mei, Sabtu ini. Program, ’Apo Kabar Adik Kakok’.
Sekali lagi terima kasih saya kepada pihak Politeknik Kota Bharu, barisan ahli panel- ahli panel yang hebat-hebat, adik-adik sekalian dan ucapan ’good luck’ saya untuk adik-adik menempuhi peperiksaan kelak. Semoga berjaya dalam setiap apa yang kita semua ceburi dan Moga Allah merestui dan meredhai segala usaha kita ini. Kepada Helmie, biro pembangunan usahawan dan profesional, serta sahabat-sahabat sekalian, teruskan usaha kalian, Insyaallah Allah sentiasa bersama-sama kita.
Sekian Terima Kasih. Wabillahitaufik wal hidayah. Assalamualaikum.
*Peserta-peserta turut bersemangat menyanyikan lagu WARISAN

WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek Moyang kaya raya
Nenek Moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah dinusantara 3x
No comments:
Post a Comment