TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Friday, April 10, 2009

APA REAKSI YB NGA KOR MING ATAS JEMPUTAN TOK GURU NIK AZIZ MENJEMPUTNYA PELUK ISLAM? JANGAN SALAHKAN UMNO KALAU YB NGA KOR MING TIDAK PELUK ISLAM?
















BY:helmiehassan





Kelebihan cara YAB Tuan Guru Nik Aziz berpolitik adalah melalui ilmu agama serta pengetahuan berkaitan Islam yang cukup tinggi dan amat disegani sebagai seorang Ulamak dan Tokoh Keilmuan Islam. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan, dan kelebihan ini digunakan sebaik mungkin oleh Kepimpinan Pas peringkat Pusat dan Kelantan sendiri untuk melebarkan pengaruh politik yang ada dalam masyarakat serta usaha mengembangkan kuasa serta kekuatan parti PAS itu sendiri. Sedikit sebanyak usaha UMNO selama lebih 60 tahun dalam memperjuang, memartabat serta mendaulatkan Agama Islam, Bangsa Melayu serta Tanahair sendiri cuba dinafikan dan disanggah sama sekali oleh Kepimpinan 'Pakatan Rakyat' yang diketuai oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dokongan padu Ulamak & Pimpinan Pas serta asakan-asakan daripada kumpulan penekan iaitu 'pressure group' daripada pimpinan DAP. Sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang tempohari, kempen DAP oleh YB Nga Kor Ming turut dicampur adukkan dengan ulasan berunsur keislaman yang dipetik dari kitab suci Al-Quran, yang mana saya sendiri amat bersetuju jika orang bukan Islam cuba mendalami serta mengambil pengiktibaran daripada kandungan ayat suci Al-Quran itu sendiri. Sememangnya kita orang Islam menerima dengan hati terbuka kesudian golongan bukan Islam cuba mendalami ilmu Islam itu sendiri. Malah pengertian yang tersurat dan tersirat melalui ungkapan Ayat Suci Al-Quran yang diucapkan oleh YB Nga Kor Ming tersebut lebih mulia jika ianya turut disertai dengan Lafaz Shahadah yang menzahirkan Islam itu sebagai Agama Ulung dan Satu-satunya Agama yang menjadi pegangan dan anutan setiap manusia. Lafaz Shahadah tersebut harus juga melalui niat yang suci murni dengan menerima Agama Islam itu sebagai Agama Agung disertakan dengan perbuatan memenuhi tuntutan-tuntutan yang terkandung dan termaktub untuk setiap umat Islam. Fardu Ain dan Fardu Kifayah menjadi amalan setiap dari kita yang beragama Islam tak kira menyokong UMNO atau PAS atau PKR, melalui tunjangan asas yang kuat berpandukan Rukun Islam, Rukun Imam dan semuanya ini terkandung dalam kitab suci Al-Quran dan Hadis2 Nabi dan hakikat ini menjadi pegangan,anutan dan kepercayaan kepada seluruh umat Islam di Malaysia sejak berabad lamanya. Asas yang terkandung dalam Kandungan Kitab Suci Al-Quran sudah cukup mulia untuk kita semua ikuti dan pelajari serta mengambil pengiktibaran demi kepentingan Umat Islam secara keseluruhan. Justeru itu, usaha YAB Tuan Guru Nik Aziz menjemput YB Nga Kor Ming yang dilihat 'sangat berminat' untuk menganuti dan mempelajari Agama Islam harus dipuji kerana sememangnya itu adalah tanggungjawab ulamak seperti Tuan Guru kerana kita semua ini bukannya orang terbaik dan masih naif akan ilmu Agama Islam secara keseluruhan. Hasrat dan niat YB Nga Kor Ming untuk mendalami agama islam diharap tidak bermusim dan harus iktikad dan beristiqamah, malah diharapkan turut disertai oleh pimpinan 'pakatan rakyat' yang lain seperti Karpal Singh, Gobind Singh,Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta barisan pimpinan PR yang masih belum teranjak untuk menganuti malah mempelajari ilmu Agama Islam yang Syumul ini. Jika intipati ajaran ilmu Islam ini diberi peluang menembusi sanubari jiwa pimpinan PR terutamanya Karpal Singh, saya amat yakin dan percaya isu maki-memaki serta menggelarkan 'Pemuda Umno' dengan panggilan yang jijik tidak akan dan sama sekali tidak timbul. Saya yakin dan percaya mereka semua akan terbuka hati untuk mendalami ilmu Agama Islam sebaik mungkin dan insan terbaik untuk rujukan mereka ini adalah Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Jangan lagi persalahkan UMNO dalam isu ini. Marilah bersama menjaga 'territory' masing-masing. Tunggulah pilihanraya umum akan datang untuk terus berpolitik kepartian. Perebutan kuasa serta cubaan penaklukan minda yang keterlaluan ini bukan hanya merugikan negara dan bangsa Melayu kita sendiri, malah terkesan mengakibatkan kemunduran dan kemiskinan Bangsa Melayu makin bertambah. Hati saya memang bersetia dengan UMNO dan saya amat yakin UMNO mampu berubah dengan lebih baik demi kepentingan Agama Islam, Bangsa Melayu serta Tanahair yang tercinta ini. Kepada sahabat yang menyokong PAS dan PKR, itu sememangnya pilihan hati sendiri dan mungkin ianya sesuai dengan jiwa mudanya, yang penting setiap dari kita harus meletakkan kepentingan Islam dan Bangsa Melayu lebih utama. Jangan gadaikan maruah bangsa kita kerana terpesona dengan 'anti-establishment' dan 'nafsu amarah jiwa muda' kita semua. Selamat berjuang dan saya menantikan saat pimpinan "PR" memeluk Islam terutamanya selepas membaca 'Surat Jemputan' yang diutuskan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Adakah beliau akan terbuka hati? Atau masih hendak menyalahkan pihak lain terutamanya UMNO? YB Nga Kor Ming, saudara harus menjawab persoalan hati selepas teruji akan Kebesaran Allah S.W.T kelak. Islam itu agama Syumul dan terbaik.
*From Blog Tok Guru
13 Rabiul Akhir 14309 April 2009
YB Encik Nga Kor MingEXCO Kerajaan Negeri PerakPejabat EXCO Negeri Perak30000 IpohPERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMenteri Besar KelantanMerangkapMursyidul Am PAS
*kita semua rakyat Malaysia terutamanya penyokong UMNO, nilailah sebaik mungkin keikhlasan DAP dan orang Cina berpolitik. Jangan sesekali menggadaikan Maruah Bangsa Melayu, Islam harus diperjuangkan. Buatlah penilaian sendiri.





helmiehassan

No comments:

Post a Comment