TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Thursday, April 2, 2009

ISYARAT RAKYAT KEPADA KERAJAAN BN DAPAT DINILAI MELALUI KEPUTUSAN 3 PRK ( BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU & BATANG AI )

FAKTA RINGKAS BERKAITAN 3 KAWASAN PILIHAN RAYA KECIL


PROFIL PARLIMEN BUKIT GANTANG

Pemilih Berdaftar - 55,563
Jumlah Pengundi Pos: 128 undi
Daerah Mengundi: 38 kawasan
Pusar Mengundi: 32
Saluran Mengundi: 111 saluran
Pecahan kaum: 62% Melayu / 10% India / 27% Cina / 1% Lain-lain
Ada tiga DUN: Trong, Changkat Jering, dan Kuala Sepetang

CALON-CALON
Ismail Saffian, 48
BN

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,52
PAS

Kamarul Ramizu Idris, 42
Bebas

PARLIMEN Bukit Gantang (P59) mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Trong, Kuala Sepetang dan Changkat Jering.
Mengikut Daftar Pemilih pada pilihan raya umum lalu, sebanyak 63.5 peratus pengundi di Parlimen Bukit Gantang adalah orang Melayu, Cina (27.1 peratus) dan India (9.1 peratus).
Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April 2009 berikutan kematian wakil rakyat daripada PAS Roslan Shaharum, 50, pada 9 Februari lalu.
Nama Parlimen Bukit Gantang diambil sempena Kampung Bukit Gantang, penempatan yang dikaitkan dengan Long Jaafar yang mengusahakan perlombongan bijih timah sekitar 1800-an.
Parlimen Bukit Gantang terletak kira-kira 70 kilometer dari Ipoh dan dikelilingi tiga bandar utama, iaitu Taiping di utara, sementara Kuala Kangsar di timurnya dan Seri Manjung di selatan.
Bukit Gantang adalah kawasan luar bandar meliputi kawasan berpantai di Selat Melaka dan juga kawasan pedalaman berbukit yang sangat sesuai untuk beberapa jenis tanaman.
Pada pilihan raya umum 2008, Roslan memenangi kerusi Bukit Gantang dengan menewaskan bendahari Umno Datuk Abdul Azim Zabidi dan calon bebas, M Morgan.
Roslan memperoleh 20,015 undi berbanding Azim yang meraih 18,449, manakala calon bebas hilang deposit apabila hanya memperoleh 872 undi.
DUN Trong dimenangi oleh Datuk Rosli Husin yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang menumpaskan calon Pas, Norazli Musa, dengan majoriti 916 undi manakala Changkat Jering dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi ahli bebas, Mohd Osman Jailu menewaskan Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi dan Kuala Sepetang dimenangi Tai Sing Ng (PKR) mengalahkan See Tean Seng (BN) dengan majoriti 564 undi.
Barisan Nasional (BN) pada 14 Mac lalu mengumumkan bekas Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Saffian, 49, sebagai calon Parlimen Bukit Gantang yang sekali gus mengembalikan semula calon anak tempatan bertanding di Parlimen Bukit Gantang selepas 23 tahun.
Kali terakhir anak tempatan bertanding dan menang di kawasan berkenaan ialah pada pilihan raya umum 1982 apabila kerusi berkenaan yang ketika itu dikenali sebagai Parlimen Matang dimenangi Ketua Umno Bahagian, Datuk Mohamad Razlan Abdul Hamid.
Selepas itu apabila persempadanan semula pilihan raya dibuat dan dikenali sebagai Parlimen Bukit Gantang, kerusi berkenaan diwakili `orang luar' iaitu bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan selama empat penggal (1986-1999); Datuk Tan Lian Hoe (2004) dari BN serta buat pertama kalinya, Roslan Shaharum, dari Pas, memenangi kerusi berkenaan tahun lalu.


PROFIL DUN BUKIT SELAMBAU

Pemilih Berdaftar - 35,140
50% pengundi Melayu / 28% India / 21% Cina / 1% Lain-lain
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008
S Krishnan (BN) - (10,863 undi)
V Arumugam (Bebas) - 13,225 undi

CALON-CALON
R Loganathan, 43
Bebas

Tan Hock Huat, 52
Bebas

Mohd Radzi Mat Lazim, 54
Bebas

S Manikumar, 35
PKR

Mohd Fadzil Wahab, 38
Bebas

Abdul Rahim Abu, 48
Bebas

L Sarala, 33
Bebas

Datuk S Ganesan, 49
BN

A Jayagopal, 57
Bebas

S Moganakumar, 43
Bebas

Khamis Awang, 32
Bebas

Husaini Yaacob, 44
Bebas

Vaneson Michael, 34
Bebas

Mejar (B) Anuar Abd Hamid, 58
Bebas

T Chandrarajan, 40
Bebas

MENURUT sejarah dan cerita penduduk, Bukit Selambau mendapat nama daripada rumput 'mambau' yang banyak terdapat di kawasan itu pada masa dulu.
Hari ini, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau adalah kawasan penting kepada Kedah kerana ia antara nadi perladangan komoditi sawit yang merangkumi 80 peratus daripada kegiatan ekonomi kawasan itu.
Perusahaan sawit di kawasan ini banyak didukung oleh estet dan hanya sebilangan kecil daripadanya terdiri daripada ladang milik persendirian.
Selain sawit, DUN Bukit Selambau merangkumi 10 peratus tanaman getah manakala selebihnya nanas dan sektor perkilangan.
Sektor perladangan dan perkilangan menjadi sumber utama ekonomi penduduk kawasan ini yang dianggarkan 75,000 orang dengan majoritinya terdiri dari orang Melayu 50 peratus, diikuti India (29 peratus); Cina (19 peratus) dan lain-lain bangsa (dua peratus).
Dari segi geografi, DUN Bukit Selambau yang mempunyai 22 peti undi bersempadan dengan Tanjung Dawai di barat, Gurun di utara, Sidam di selatan dan Kuala Ketil di timur.
Ia terletak dalam Parlimen Merbok. Satu lagi DUN di parlimen itu ialah Tanjung Dawai.
Penempatan di DUN ini terdiri daripada perkampungan tradisi Melayu, taman perumahan dan estet.
Walaupun kawasan ini mempunyai sebuah pekan, iaitu Pekan Bukit Selambau, ia agak kecil dan tidak mampu memainkan peranannya dalam urusan domestik penduduk seharian kerana mereka masih terpaksa berurusan di Kuala Ketil yang jauhnya kira-kira 12 kilometer dan bandar Sungai Petani lebih 20 kilometer.
Pekan itu hanya mempunyai satu pejabat pos mini yang kemudahannya agak terhad dan tiada kemudahan perbankan.
Dari segi politik, DUN Bukit Selambau adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sehinggalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu yang menyaksikan calon bebas, V Arumugam menang dengan majoriti 2,362 menewaskan calon BN, S Krishnan.
Arumugam selepas itu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebelum diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri.

PROFIL KAWASAN DUN BATANG AI
Pemilih Berdaftar - 8,006 (7,963 pemilih biasa dan 43 pemilih pos)
95% pengundi Iban / 3.5% Cina / 1.5% Melayu/Melanau
Keluasan Kawasan - 1,996 kilometer persegi
Pemilih Berdaftar - 8,006 (7,963 pemilih biasa dan 43 pemilih pos)
95 pengundi Iban / 3.5 peratus Cina / 1.5 peratus Melayu/Melanau
Tempat Mengundi - 25LOGISTIK SPR
Kenderaan Pacuan Empat Roda digunakan SPR - 25
Perahu digunakan SPR - 18
Petugas SPR - 201
Kos Mengendali Pilihan Raya - RM400,000
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008
Datuk Dublin Unting Ingkot (BN) - 3,295 undi
Nicholas Bawin Anggat (Snap) (2,489 undi)

CALON-CALON
Malcolm Mussen anak Lamoh, 49
BN

Jawah anak Gerang, 55
PKR

No comments:

Post a Comment