Simposium Kebangsaan Keusahawanan ECER 2009 merupakan program anjuran bersama Sekretariat ECER-KPT-UMK dan tiga (3) Pusat Kecemerlangan ECER iaitu Pusat Kebudayaan dan Warisan, Pusat Latihan Keusahawanan dan Pengurusan dan juga Pusat Kerjasama Industri - Akademia. memandangkan potensi yang besar dalam bidang warisan, pelancongan dan agro industri yang masih belum diterokai dan diketengahkan, Universiti Malaysia Kelantan telah merancang untuk mengadakan program ini.
Program yang akan diadakan selama dua (15 - 16 Jun 2009) di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu adalah bertujuan untuk:
membincangkan usaha membangunkan sektor agro industri, industri pembuatan, pelancongan dan industri berasaskan seni warisan di wilayah ECER dengan penglibatan universiti.
mengupas aspek dan cabaran para usahawan dalam memperkukuhkan prestasi, tadbir urus korporat, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia di dalam menguruskan perusahaan masing-masing melalui penglibatan tenaga pakar dari pelbagai agensi.
memberi pengetahuan serta peluang tentang prospek bidang perniagaan agro industri dan kraftangan kepada usahawan dan juga bakal usahawan, berdasarkan kepada penemuan produk dan teknologi baru dari IPTA dan agensi lain.
Menyediakan platform untuk ahli akademik dan pihak industri berjumpa dan berbincang bagi meningkatkan kerjasama di dalam bidang berkaitan, yang membawa kepada aktiviti keusahawanan.
Sepanjang program ini, lebih kurang 20 kertas kerja yang meliputi keusahawanan dalam bidang agro industri, pelancongan dan warisan akan dibentangkan oleh:
Ahli akademik
Penyelidik
Usahawan berjaya
Syarikat kewangan
Agensi kerajaan
Badan berkanun

No comments:
Post a Comment