TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Thursday, April 30, 2009

EVENT: 29-30 APRIL 2009 : FORUM & EXPO MINYAK, GAS & PETROKIMIA 2009

Forum & Expo Minyak, Gas dan Petrokimia 2009
PERDASAMA Forum & Expo Minyak, Gas dan Petrokimia 2009 (OGP) merupakan program yang pertama di Malaysia. Ini merupakan salah satu aktiviti dalam membantu ahli-ahli dalam perniagaan dan industri OGP ini. Selain daripada peneraju utama petroleum di Malaysia seperti Petronas, Exxon, BP, Shell dan sebagainya, PERDASAMA juga bekerjasama dengan persatuan OGP yang lain di Malaysia. Program selama dua hari ini termasuklah Forum dan Expo. Forum akan memfokuskan peluang perniagaan, prosedur-prosedur dan garis panduan dalam menjalankan perniagaan dengan syarikat-syarikat luar begitu juga dengan bantuan kewangan dan tawaran pinjaman dari badan-badan kewangan di Malaysia. Expo pula terdiri daripada para pempamer dari syarikat-syarikat MGP di Malaysia dan antarabangsa. Program ini juga meliputi sesi “Business-Matching” dan “Persembahan Syarikat”(Company Presentation) kepada yang berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Tema untuk program OGP ini adalah “ Forum & Expo Minyak, Gas dan Petrokimia PERDASAMA: Peluang-peluang Perniagaan dan Cara Perlaksanaannya”. Objektif - Menyediakan platform untuk syarikat-syarikat tempatan terutamanya kepada ahli-ahli PERDASAMA untuk berjumpa terus dengan pihak pengurusan kanan dari syarikat-syarikat OGP yang berpengalaman di Malaysia dan antarabangsa. - Memberi peluang kepada para pempamer untuk menunjukkan produk-produk dan servis terkini mereka yang menyokong industri OGP. - Membentuk satu rangkaian untuk bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman di antara pedagang dan pengusaha tempatan dan juga antarabangsa. - Mengukuhkan persahabatan perniagaan diantara syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa. - Mendapatkan maklumat lanjut dan terkini tentang prosedur-prosedur bagi menjalankan perniagaan dengan syarikat- syarikat OGP. - Membuka peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan terutamanya kepada ahli-ahli PERDASAMA dengan mengadakan sesi “Business Matching” bersama pembekal dan pengeluar antarabangsa dalam industri OGP. Forum Forum anjuran PERDASAMA yang akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC ini memfokuskan peluang-peluang perniagaan kepada ahli-ahlinya dan kepada yang bukan ahli berkaintan industri OGP ini. Pada hari pertama, penyampai yang akan mewakili industri MGP utama di Malaysia dan antarabangsa akan memberi maklumat terkini tentang pembangunan terkini, peluang-peluang perniagaan, prosedur dan lain-lain terma dan syarat peraturan dalam menjalankan perniagaan dengan pihak mereka. Pada hari kedua, PERDASAMA telah menjemput badan-badan khas kerajaan seperti SMIDEC dan PNB sebagai badan kewangan untuk membekalkan maklumat yang sedia ada untuk membantu dan memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat PKS dan kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang cara-cara untuk menceburkan diri dalam industri OGP. Sesi “Business Matching” dan Persembahan Syarikat(Company Presentations)turut diadakan oleh syarikat-syarikat yang terpilih. Expo Expo yang akan berlangsung selama 2 hari di Legar Putra, PWTC pula akan membawa penyertaan daripada syarikat-syarikat OGP yang lain di Malaysia dan antarabangsa buat pertama kalinya di bawah anjuran PERDASAMA. Ruang legar ini memuatkan lebih kurang 50 ruang pameran untuk para pempamer dan saiz minima untuk tempahan ialah 9 meter persegi. Para pempamer ini akan mempamerkan produk-produk dan teknologi terkini mereka berkaitan industri OGP dan membentuk satu rangkaian bersama syarikat-syarikat tempatan. Ada sesetengah daripada syarikat-syarikat yang akan menertai pameran ini mencari rakan perniagaan tempatan. * Tempat adalah terhad! * Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Forum & Expo Minyak, Gas dan Petrokimia 2009, bolehlah berhubung terus dengan pegawai kami yang bertugas iaitu Cik Suriati ( suriati@perdasama.org.my ) / Puan Nor Azana ( zana@perdasama.org.my )di talian 03-2095 2002 / 04 / 05 / 06.enquiry@myevents.com.my/ogp09 Muat turun brosur dan borang pendaftaran untuk Forum & Expo Minyak, Gas dan Petrokimia 2009 atau layari terus ke www.myevents.com.my/ogp09 .

No comments:

Post a Comment