YB Khairi Jamaluddin went on the offensive over his stewardship as THE CHIEF of UMNO Youth, using anytype of media's, primetime press conference & television interviews to defend his 'gentleman' leadership. There are some signs that Chief KJ leadership is learning. Learning how to recaptured and gain trust from the grass-root, not just get back confidence from 254 leaders of Khir Toyo supporters & 232 leaders of Mukhriz supporters, but to win back couple of hundred thousands UMNO youth through-out Malaysia. Its not an easy task and you can't share this how KJ feeling right now? How he doing now?Its success is far from guaranteed, and the mood of grass root leaders and the public has soured to the point where, should his leadership fail, getting another one off the drawing-board will be exceedingly hard. But KJ leadership during his 'Naib Ketua Pemuda' tenured at least demonstrates 304 leaders to support him and back him up, instead of riding the wave of popular opinion against him. At least KJ standup proudly 'tepuk dada' expressing his feeling that day. And now, it's not just during his first speech as UMNO Youth Chief, but constantly repeating his willingness to learn and give his full ability and commitment to bring up UMNO Youth and facing 13th Election coming 4 years.KJ has a long way to travel if he is to serve his Malays and nation and muslims as he should. Take the 3 bi-election that involved 3 constituencies, 3 type of natures, 3 type disasters, 3 type of cultures and again, 3 groups of UMNO Youth supporters. During 'penamaan calon' last day, i can see peoples still hand-to-hand and 'grab-shoulders' with Mukhriz. In an accomplished press conference this week, KJ reminded the nation what an impressive politician he can be. He has a capicity to inspire that is unmatched throughout countries or abroad. He holds a strong hand when it comes to the UMNO Youth, many of whom owe his supports and now he must play it.Taken from his website 'rembau.net', here attached full script of the interview, KJ bargaining from grass-root, need to give him a chanceand in-fact he now is The Chief of UMNO Youth. And again, this is the beginning to see signs of progress from KJ....Berilah saya peluang - Khairy Mukadimah Biarpun kejayaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda dilakukan melalui proses demokrasi yang menyaksikan beliau memperolehi 304 undi menewaskan dua calon lain iaitu Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo tetapi kemenangan beliau seolah-olah tidak dialu-alukan oleh ahli-ahli UMNO.Akibatnya, ketika sesi perbahasan ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, beliau diejek setiap kali namanya disebut. Namun bagi Khairy, beliau tidak berasa kecewa dengan apa yang berlaku sebaliknya dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar dan Hafizahril Hamid, beliau berkali-kali merayu agak semua pihak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan kemampuan. Pandangan yang sama juga turut diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinKhairy menjadi sasaran kerana beliau dilihat tidak bersih apabila Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah kerana melanggar tata etika parti ketika berkempen dan diberi amaran. Keputusan itu mencetuskan kontroversi kerana calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding biarpun melakukan kesalahan yang sama.Justeru dalam pertemuan berkenaan, Khairy menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya kesalahan yang beliau lakukan dan harapan beliau kepada semua pihak agar memberikan kesempatan untuk membuktikan kemampuannya memimpin Pergerakan Pemuda UMNO.UTUSAN: Apabila YB memenangi jawatan Ketua Pemuda, ia telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan hasilnya, setiap kali nama YB disebut dalam Dewan Merdeka, YB diejek, apa perasaan YB?KHAIRY: Bagi saya, sebenarnya saya bukannya merasa kecewa tetapi memahami perasaan segelintir daripada penyokong-penyokong calon-calon yang lain, sebab kempen yang dijalankan bukannya satu kempen biasa, ia berjalan selama enam bulan dan merupakan satu kempen yang paling panjang dalam sejarah pemilihan UMNO. Saya berpendapat, ia merupakan saingan yang paling sengit dalam sejarah pemilihan Ketua Pemuda UMNO dan melibatkan personaliti terkenal seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan saya sendiri.Oleh itu bila sudah kempen berjalan lama dan saingan sengit sudah tentu apabila keputusan itu keluar, ada yang tidak puas hati dan dalam keadaan pada hari itu juga kita terpaksa tunggu sehingga pukul 11 malam, perasaan sudah tentulah menjadi tegang dan dalam keadaan itu, kita harus memahami bahawa pasti ada yang tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan secara emosi.Walaupun saya kesal apa yang berlaku namun saya memahaminya. Saya tidak berasa marah kepada mana-mana pihak cuma saya berharap selepas ini setelah kita sudah meluahkan perasaan, semua tidak kira yang menyokong saya, Khir atau pun Mukhriz dapat merapatkan barisan. Itulah sebenarnya agenda yang utama bagi saya, adalah untuk merapatkan barisan.Soal tanggapan negatif dan terhadap apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka itu soal kedua, sekarang ini bagaimana kita hendak merapatkan barisan Pemuda dahulu dan seterusnya barulah kita melihat kepada persepsi-persepsi lain sama ada umum atau pemimpin dewasa. Sebab suka tidak suka, semua melalui proses pemilihan yang sama. Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berkata hendak memperluaskan demokrasi dalam UMNO. Saya setuju tetapi untuk kali ini hanya 793 perwakilan Pemuda sahaja yang membuat penentuan dan daripada jumlah itu saya pun tidak mendapat majoriti tetapi mendapat jumlah undi paling banyak.Saya berharap semua pihak boleh menerima keputusan dan bekerjasama.Tetapi ramai membuat tafsiran hanya disebabkan oleh nama ‘KJ’, ia mencalarkan sedikit imej barisan Majlis Tertinggi UMNO yang dipilih pada Khamis, apa komen YB?Saya tidak tahu bagaimana kerana masalah persepsi ia mengambil masa untuk menghilangkannya tetapi saya rasa kita masih lagi dalam saat-saat perasaan puas hati itu masih lagi ada, jadi kita nampak ia diterjemahkan dalam blog, protes dan macam-macam.Saya tidak boleh buat apa-apa kerana saya sudah diberikan mandat dan amanah, justeru saya harus memikul amanah ini dengan terbaik dan saya berharap soal persepsi ini lama kelamaan akan hilang, persepsi itu masih lagi wujud kerana isu lama seperti menantu Perdana Menteri dan segala perkara yang berkait dengan itu terbawa-bawa tetapi akhirnya ia akan hilang.Saya berharap ahli-ahli UMNO akan menerima inilah keputusan yang dibuat oleh perwakilan.Mungkin mereka melihat bagaimana YB boleh menang sedangkan YB sudah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana mengamalkan politik wang?Bagi saya itu adalah peraturan parti. Kalau dalam Perlembagaan parti ia ada sebut satu persatu hukuman seperti diberi amaran, tidak bertanding, gantung atau disingkirkan daripada parti. Daripada empat itu, saya diberikan salah satu hukuman yang ada dalam Perlembagaan bukannya hukuman yang tidak ada dalam perlembagaan seperti mereka hukuman baru hanya untuk saya bagi membolehkan saya bertanding.Dalam hal ini walaupun saya didapati bersalah tetapi hukuman itu sendiri yang datang daripada Lembaga Disiplin membenarkan saya bertanding. Maksudnya Lembaga Disiplin berkata, walaupun kita rasa dia ni bersalah tetapi kesalahannya tidaklah seberat untuk menidakkan dia bertanding.Kalau Lembaga Disiplin yang buat keputusan ini merasakan moral saya sudah tercalar sehingga sampai ke satu tahap saya tidak boleh mewakili parti atau menjadi seorang calon sudah tentu dia akan melarang saya untuk bertanding.Saya tidak tahu apa pertimbangan Lembaga Disiplin tetapi mungkin mereka rasa bahawa kesalahan itu susah hendak ditunjukkan kesahihannya tetapi mereka berasa saya bersalah, mungkin itulah yang berlaku. Semasa saya jumpa tribunal, mereka kata ini bukan mahkamah, kalau mahkamah mesti buktikan tanpa ragu-ragu anda melakukan kesalahan yang dinyatakan tetapi ini bukan mahkamah, justeru ia berasaskan kepada kemungkinan saya melakukan kesalahan, kalau mereka berasa saya kemungkinan membuat kesalahan itu, maka mereka akan mendapati saya bersalah dalam dakwaan tersebut.Jadi dalam hal itu, ia tidak kukuh seperti mana keputusan mahkamah ataupun keputusan hakim. Dia lebih kepada kencenderungan lembaga merasakan saya mungkin buat kesalahan itu dan saya sampai hari inipun saya tegaskan saya tidak bersalah. Saya mempertahankan pendirian itu, tetapi saya sebagai orang parti saya terima keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin.Untuk mengelakkan kekeliruan, apa sebenarnya kesalahan YB, apa benar ia berkaitan dengan amalan politik wang?Kesalahan saya adalah dibawah Seksyen 10.1 tata etika parti iaitu kesalahan yang berkaitan dengan orang ketiga, maksudnya saya tidak buat kesalahan tersebut tetapi orang lain membuat kesalahan berkenaan tetapi kerana orang itu dikaitkan dengan saya sama ada beliau adalah ejen atau wakil yang mewakili saya maka saya dikaitkan dengan kesalahan tersebut.Dalam hal ini saya sudah menegaskan bahawa, pertama saya tidak pernah amanahkan orang itu sebagai ejen saya. Saya pun tak tahu apa dia buat. Yang kedua, perkara yang dituduh dilakukan itu dibuat sebelum saya mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan ketua pemuda iaitu pada bulan Jun 2008, saya hanya mengumumkan bertanding pada September 2008.Oleh itu pertama, saya tidak tahu, kedua tidak pernah mewakilkan atau mengamanahkan dia dengan kuasa dan ketiga perkara itu berlaku sebelum saya mengumumkan bertanding, itu hujah yang saya guna kepada Lembaga Disiplin.Kalau itu hujah YB, adakah ini bermaksud tindakan yang diambil sekadar untuk mencalar imeh YB sahaja?Saya tidak mahu membuat spekulasi kerana adalah tidak adil saya berbuat demikian. Saya harap dan yakin Lembaga Disiplin membuat keputusan berdasarkan penilaian mereka secara professional walaupun saya tegaskan saya tidak buat benda itu ataupun saya, tidak salah falam hal itu tetapi bagi saya, Lembaga Disiplin ada penilaiannya sendiri jadi saya tidak mahu menimbulkan buruk sangka kepada mana-mana pihak.Dari segi perolehan undi adalah jelas YB tidak mendapat undi majoriti bagaimana YB hendak menyatukan semula Pemuda?Perkara ini pernah berlaku dalam Pemuda ketika zaman Datuk Zahid Hamidi bertanding menentang tiga calon lain. Kalau tiga empat penjuru bukan senang hendak mendapat majoriti apatah lagi kalau calon-calon itu hebat-hebat seperti Khir dan Mukhriz.Pada awalnya saya tidak yakin bahawa saya boleh menang cuma pada hari pemilihan sahaja saya fikir ada peluang menang tetapi tidak dapat majoriti, Alhamdulillah saya dapat 50 undi majoriti. Ada sedikit keselesaan tetapi masih lagi belum majoriti. Tugas utama saya ialah untuk mencantumkan semua kumpulan-kumpulan dalam Pemuda yang dahulu sokong Khir, Mukhriz dan saya, sebagai barisan yang mantap.Berdasarkan penilaian, terdapat dua kategori perwakilan. Pertama perwakilan yang cenderung menyokong Mukhriz atau Khir tetapi tidak ada masalah dengan saya, ramai diantara mereka yang saya jumpa mereka kata KJ dulu saya sokong Mukhriz tetapi kini KJ adalah ketua saya, oleh itu kita bekerjasama, kategori kedua penyokong tegar yang mana mungkin undi cenderung kepada calon lain tetapi menolak saya, kelompok ini akan saya dekati dengan berjumpa dan bercakap dengan mereka, bercakap hati ke hati dan merayu untuk memberikan kerjasama.Saya akan beritahu kepada mereka bahawa ini bukan soal berpolitik lagi kerana kita sudah cukup berpolitik selama satu tahun. Inilah masa untuk kita bekerja untuk rakyat dan Pemuda. Jadi saya merayu kepada mereka selepas ini, untuk bagi kerjasama. Kalau tidak suka saya pun tidak apa tetapi sekurang-kurangnya menghormati institusi Pemuda dan Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sama-sama kita jaga. Saya beritahu dalam ucapan penggulungan saya kata, jawatan ini bukan untuk saya tetapi untuk kita semua, kita pegang satu amanah yang cukup berat daripada ahli kita.Selama ini Pemuda UMNO sudah cukup dilihat bersikat elit dan kini YB pula mengetuai, tidakkah ini akan menambah lagi pandangan sedemikian?Saya rasa perwakilan pada awalnya pun mempunyai pandangan yang sama, sebab itulah isu ada seorang calon datang daripada kampung dan anak petani manakala calon lain datang daripada keluarga yang berlatarbelakangkan agak selesa termasuk saya tetapi bagi saya, soal akses atau jurang antara pemimpin dengan akar umbi tidak bolehlah kita terjemahkan mengikut latar belakang seseorang itu.Seseorang itu mungkin datang daripada kampung tetapi mungkin dalam keghairahan memperolehi kejayaan, dia sudah menjauhi diri daripada rakyat, pada masa yang sama seseorang itu mungkin datang daripada latar belakang berada ataupun selesa tetapi oleh kerana ada kejujuran untuk berkhidmat dia mendekati diri dengan akar umbi dan dalam hal ini saya nampak 304 perwakilan yang mengundi saya dan sebahagian besar tidak undi saya tetapi tidak ada masalah dengan saya.Mungkin mereka nampak benda yang orang lain tidak nampak bahawa saya tidak ada protokol, boleh turun bersama mereka dan ada pemikiran cara orang muda. Kalau pun tidak cara orang kampung tetapi sekurang-kurangnya mempunyai pemikirian orang muda yang memahami trend dan kesukaan orang muda dan mungkin disitu saya rasa pendekatan itu telah memecah dan telah menembus satu persepsi yang saya ini daripada golongan atasan, elit dan jauh dari bawah.Apabila mereka nampak saya turun dari rumah ke rumah, saya pergi hampir 50 peratus rumah perwakilan, main bola dengan mereka, mengenali latar belakang keluarga mereka, jadi mereka nampak dia ni tidaklah seperti mana yang dianggap dahulu. Sebab itu bila umum bertanding saya fikir panjang, apa slogan saya hendak pakai.Saya mencari slogan yang boleh melekat di hati perwakilan jadi saya pilih setiakawan. Saya hendak tunjukkan bahawa saya ini bukanlah seperti mana yang digembar-gemburkan bahawa saya seorang yang sombong dan elit yang tidak pijak bumi nyata, tak tahu mendampingi orang biasa dan akhirnya mereka mendapat gambaran yang berbeza, jadi saya kena guna pendekatan yang sama untuk masyarakat yang lebih umum lagi supaya mereka kenali bahawa si KJ sebenarnya macam ini bukan macam itu.Adakah perancangan dan idea yang dimiliki oleh Mukhriz dan Khir turut akan diserap dalam YB mengendalikan Pemuda?Sudah tentu kerana dalam ucapan penangguhan, saya sudah kata produk Pemuda yang hendak saya hasilkan dalam kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah Pemuda yang berani seperti mana kata Khir kita mesti desak, Pemuda yang boleh bawa perubahan itu yang Mukhriz ketengahkan, ia bermaksud Mukhriz tidak berpuas hati dengan keadaan hari ini. Jadi saya pun hendak membawa perubahan tersebut. Kalau Pemuda tidah boleh berbuat demikian seperti yang digariskan oleh Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Najib, kita tidak akan berjaya. Saya juga mencantumkan semangat berpasukan jadi dengan mencantumkan ketiga-tiga ideologi ini dengan beberapa cadangan yang konkrit daripada semua pihak, saya fikir kita boleh menghasilkan satu produk yang terbaik. Dalam pemilihan ini, saya kata jangan kita pilih mengikut keburukan KJ, kelemahan Mukhriz dan keburukan Khir, Sebaliknya kita memilih berdasarkan kebaikan dan kekuatan seseorang calon. Jadi, kalau kita dapat membawa benda yang sama kepada ideologi Pemuda, kita cantumkan semua yang baik daripada ketiga-tiga calon ini, produk Pemuda pasti cukup luar biasa.Apabila Mukhriz tewas, orang semakin memandang negatif kepada YB dan masalahnya YB juga dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengkritik YB, apa yang YB hendak katakan?Saya berharap dan merayu kepada Tun Dr. Mahathir untuk memberikan saya peluang sebagai Ketua Pemuda untuk berkhidmat demi parti. Saya harap beliau akan dapat memberikan nasihat dan juga dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya dan seluruh barisan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia bagi mengukuhkan parti.Ini masa yang perlu setiap daripada pemimpin-pemimpin terdahulu bantu kita termasuklah Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah, Mereka perlu menjadi tempat rujukan bagi kita sebagai orang muda dan keadaan Pemuda yang begitu mencabar pada hari ini untuk mendapat aspirasi dan nasihat.Mengenai keanggotaan dalam Kabinet, bagaimana?Saya sudah tegaskan bahawa soal pelantikan Kabinet adalah hak multak Perdana Menteri yang baru. Saya rasa tidak ada sesiapa yang perlu, patut dan boleh mendesak kepada beliau tentang pelantikan Kabinet. Biarlah Datuk Seri Najib pilih barisan yang beliau sendiri rasa terbaik, tanpa beliau rasa tertekan hendak lantik orang itu atau ini. Bagi saya, kalau kita hendak berani berubah kita berubah dengan memberi satu kebebasan penuh untuk Najib memilih anggota pentadbirannya.Bukankah sebalum ini YB kata, Pemuda perly diberi tempat kerana ia mewakili suara generasi muda dalam Kabinet?Suara generasi muda saya rasa perlu dibawa ke dalam Kabinet tetapu kalau tidak saya pun tidak apa kerana kita ada Menteri Belia dan Sukan. Kita ada menteri-menteri yang muda termasuklah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sudah menyatakan bahawa dia hendak menjadi jambatan antara Pemuda dan parti induk. Saya nampak tidak ada ketandusan daripada segi suara orang muda ataupun individu yang boleh bawa suara Pemuda. Jadi kalau ditakdirkan saya tidak dapat, saya rasa bukanlah satu kerugian kerana yang lain pun boleh bawa juga suara orang muda.Apa pandangan YB berhubung pemilihan UMNO induk?Saya nampak ia adalah satu gabungan yang baik bagi Datuk Seri Najib, saya istilah ia sebagai satu barisan muka baru sebab kebanyakan anggota-anggota MT ini muka baru.Saya nampak bahawa perwakilan betul-betul menuntut dan membawa satu perubahan berisan naib-naib persiden, ada satu gelombang pembaharuan yang diterjemahkan.Saya rasa ia memenuhi impian Datuk Seri Najib untuk memiliki sebuah saf yang padu dan nampaknya beliau mempunyai satu saf yang mantap.Apa harapan dan rayuan YB sama ada kepada pemimpin dan ahli UMNO serta rakyat keseluruhannya?Rayuan saya berilah saya peluang untuk memimpin Pemuda dan untuk membawa pembaharuan seperti mana yang dituntut bukan hanya oleh golongan generasi muda Melayu tetapi juga seluruh generasi muda Malaysia yang berbilang kaum.Berilah saya ruang dan peluang untuk membuktikan bahawa saya jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan saya merayu janganlah memalukan penilaian saya dengan sikap perjudis. Saya merayu mereka yang mengkritik saya sebelum ini berpandangan terbuka terhadap saya dalam masa cukup kritikan ini.Apa yang penting kita hendak kukuhkan UMNO. Kembalikan keyakinan sokongang orang muda terhadap UMNO dan BN serta kita hendak membawa satu budaya politik baru yang berdasarkan kepada nilai, makna, keintelektual idea dan kejujuran.(Sumber: Utusan Online)
HUH! we can digest the respons and demonstrate to our fellow youths. Guys, i do hope, UMNO youth will be accepted and we as the grass-root leader have to do something, stand-up and 'mendada', shows our support to the new leadership of KJ. As Mukhriz and Khir Toyo already urged us to still support PEMUDA UMNO. 'SAYA TETAP AKAN BANTU PEMUDA UMNO'. "I will continue to contribute although I no longer hold any post in the party," said the son of former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.He said it was a norm in Umno elections that when a contender loses, he would simply disappear.“But this certainly will not happen to me because I intend to effectively contribute to the betterment of the party.“This defeat is only temporary for me and I will get down to work because now I know I have my followers and supporters whom I cannot disappoint,” Mukhriz said when a radio station at the Putra World Trade Centre interviewed him yesterday.He said he was game if Umno were to ask him to assist in any project for the benefit of the party and would support good ideas to the hilt.To a question, Mukhriz said that he had, even before the start of the party elections, distributed circulars to all Umno branch chairmen asking them to suggest the names of potential leaders for Umno’s top posts.“My suggestion was to do away with the quota system and for candidates to be elected by members at branch level. This will certainly reduce money politics among aspiring candidates.“Such a move would also bring the top leaders closer to the grassroots while promoting solidarity and in the end make Umno relevant again,” he said.As quoted from KJ.....'Ayuh Pemuda Berani seluruh negara, kita harus berani berubah memantapkan semangat setiakawan kita demi kekuatan Pemuda Umno......'
helmiehassan
No comments:
Post a Comment