TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Tuesday, April 28, 2009

Artikel : BN Wajib Berani Buat 'Keputusan Besar'


By Kamarulzaman Kamdias

Beberapa dasar dan pendekatan baru telah pun diumum untuk perlaksanaan.

Antaranya;
1. Konsep 1Malaysia.

2. Membebaskan 13 tahanan ISA.

3. Pembentukan dan penstrukturan semula Kabinet Malaysia.

4. Liberalisasi pasaran dan penghapusan ekuiti 30% pegangan tempatan.

5. Pengumunan hiraki kepimpinan lantikan dalam UMNO.

6. Mengumumkan pindaan perlembagaan parti – UMNO.

7. Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan dan perbankan.

Melalui kenyataan-kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, jelas tiada yang terlebih penting melainkan sebarang keputusan kerajaan mesti memenuhi aspirasi golongan sasar – RAKYAT.
Semua maklum bahawa nyawa kesinambungan BN/UMNO, hatta Pakatan Pembangkang sudah berada di tangan rakyat.
Berdasarkan senario pasca PRU 12 dan siri Pilihan Raya Kecil (PRK), rakyat lebih cenderung untuk mencabut nyawa BN berbanding dengan nyawa pakatan pembangkang.
Mahu tidak mahu, BN harus mencari jalan bagaimana nyawanya yang sedang berada di genggaman rakyat tidak dicabut oleh mereka pada PRU 13 nanti.
BN harus mencari jalan agar rakyat bertindak sebaliknya dengan membuat keputusan mencabut nyawa lawan mereka.
BN harus berupaya menukar persepsi rakyat dalam tempoh kecederaan ini. Tiga tahun bukanlah satu tempoh yang panjang. Jika BN gagal menukar persepsi rakyat yang begitu negatif terhadap BN, igauan buruk pasti akan jadi kenyataan pada PRU 13.
Perlu diingatkan berkali-kali, lagi dan lagi kepada para pemimpin BN….!
Kerajaan yang memerintah pasca PRU 1969 atau 13 Mei adalah ‘lebih kukuh sedikit’ berbanding dengan kerajaan yang memerintah pasca PRU 12.
Tetapi, pemerintah pasca PRU 1969 telah melakukan benda-benda ‘BESAR’ atas maksud ‘perubahan’ walaupun mereka tidak menyebut-nyebut ungkapan ‘BERUBAH’.
Keputusan-keputusan besar untuk ‘pemulihan negara’ telah dibuat dan akhirnya keputusan besar mereka ini telah berjaya menguasai semula pemikiran rakyat.
Akhirnya niat rakyat untuk mencabut nyawa kerajaan pada 1974 terbatal. Mereka kembali meletakkan pergantungan kepada kerajaan yang memerintah. Pemerintah pasca 1969 telah bentuk semula pemikiran baru rakyat dengan mengeluarkan produk ‘Prinsip Rukun Negara’.
Kemudian, pemerintah telah merangka semula pembentukan negara dengan rancangan menyusun semula segenap lapisan masyarakat meliputi kepentingan ekonomi, pendidikan dan sosio-masyarakat secara adil dan saksama dengan menawarkan produk yang dinamakan DEB.
Akhirnya, pemerintah telah mencari jalan untuk membentuk kerajaan mirip ‘kerajaan perpaduan’ seperti yang dicadangkan oleh sesetengah pihak kebelakangan ini.
Gerakan dan Pas telah diundang untuk turut bersama menterjemahkan kestabilan politik demi maksud pembentukan semula negara dengan membentuk semula barisan kepimpinan negara yang dinamakan ‘Barisan Nasional’.
Tiga perkara cukup besar yang belum pernah dilakukan, telah dilakukan oleh pemerintah ketika itu.
Tiga keputusan besar inilah yang menyebabkan ‘kepala rakyat’ kembali berpusing dan meyakini semula bahawa BN sajalah satu-satunya parti yang boleh memenuhi aspirasi mereka.
Bila orang sudah ‘yakin dan percaya’, apa kita buat pun akan kelihatan baik. Orang lain kalau buat dianggap salah, tapi kalau benda salah yang sama, kita buat, akan dianggap betul.
Tengok saja Anwar Ibrahim. Bila dia dapat ‘privilege’ dalam bab ‘yakin dan percaya rakyat’, apa juga tuduhan dan skandal yang menyelubungi pun akan ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Sebaliknya orang yang ‘menuduh dan teraniaya’ pula akan menjadi ‘tertuduh dan dianggap menganiaya’.
Mampukah pemimpin BN lakukan seperti mana pemerintah pasca 1969? Atau sekurang-kurangnya mampukan pemimpin BN mendapat ‘privilege yakin dan percaya’ rakyat seperti yang dinikmati oleh Anwar Ibrahim?
Jika setakat pendekatan 1 hingga 7 di atas, masih ‘pre-mature’ dan belum berupaya untuk ‘memusing kembali kepala rakyat’ untuk membentuk persepsi ‘hanya BN satu-satunya parti mampu memenuhi aspirasi rakyat….
BN wajib tunjuk keberanian buat ‘keputusan besar’.

No comments:

Post a Comment