TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Sunday, November 21, 2010

TALENT CORPORATION




Pertimbangan Talent Corporation

Oleh Saranan Salleh

PENUBUHAN Perbadanan Bakat (Talent Corporation) yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sememangnya sesuatu yang ditunggu pelaksanaannya.

Setakat ini tidak banyak yang diketahui tentang bentuk dan kerangka perbadanan ini selain bertujuan untuk memujuk rakyat Malaysia yang berkemahiran yang berhijrah keluar negara sama ada bekerja atau pun berniaga di luar negara.

Angka yang kita difahamkan ialah dalam lingkungan 300,000 orang rakyat Malaysia sedang bekerja di luar negara. Kita memerlukan dalam lingkungan 3.3 juta tenaga kerja untuk mencapai hasrat melaksanakan 131 projek titik kemasukan yang telah dihuraikan di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dalam Program Transformasi Ekonomi yang telah pun dilancarkan.

Ada beberapa perkara yang wajar diambil kira oleh pihak kerajaan dalam pembentukan Talent Corporation ini. Utamanya ialah apakah kita sudah mempunyai suatu pangkalan maklumat tentang pakar dan tenaga mahir kita di dalam negara yang mungkin mempunyai kemahiran dan pengalaman setanding dengan mereka yang telah berhijrah keluar negara.

Misalnya, kita mempunyai ramai ahli profesional dan akademik yang telah berjaya dalam pelbagai bidang, malahan mencipta pelbagai inovasi yang menerima pengiktirafan daripada badan-badan luar negara.

Kedua, kerap kali pencapaian ahli akademik, profesional atau ahli sains kita ini jarang diberikan pengiktirafan oleh orang kita sama ada pihak awam mahu pun swasta. Oleh itu tidak hairanlah kalau orang kita bertembung dengan sesuatu di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan luar negara dan dijadikan seperti sesuatu lambang kemegahan negara tersebut. Bila ditanya siapa penciptanya. Jawapannya ialah orang Malaysia.

Walaupun andaian utama rakyat kita berhijrah keluar negara adalah kerana bayaran gaji atau peluang-peluang yang lebih lumayan, banyak lagi faktor lain yang membuatkan mereka ini sanggup meninggalkan tanah tumpah darah mereka dan mencuba nasib di tempat orang.

Faktor pendidikan untuk anak-anak sentiasa dikatakan sebagai alasan utama mereka yang membuat keputusan berhijrah keluar negara. Mereka melihat kurang tumpuan diberikan kepada pendidikan dalam bahasa Inggeris salah satu perkara yang dilihat meletakkan sistem pendidikan kita ketinggalan.

Tidak banyak yang dapat mereka lakukan selain daripada melahirkan protes mereka dengan membawa keluarga mereka berhijrah keluar negara.

Apa juga alasan utama kita dalam mengekalkan sistem pendidikan kita yang ada sekarang, tetapi kepada sesetengah mereka yang berhijrah, masa depan pendidikan anak-anak mereka adalah penting.

Kemudian kita bercakap pula tentang persekitaran dan budaya kerja yang terdapat dalam dalam pekerjaan sama ada di sektor awam atau di sektor swasta. Diskriminasi terhadap sesuatu golongan bangsa masih kekal. Kadang-kadang kita lihat dengan jelas hanya di jawatan teratas sahaja diketuai oleh sesuatu golongan tetapi di peringkat pengurusan dan pertengahan dikuasai oleh sesuatu golongan lain.

Oleh itu peluang untuk naik pangkat dan bonus selalunya terhad. Kadang kala syarat-syarat yang bertujuan untuk menafikan sesuatu golongan daripada memohon sesuatu pekerjaan seperti kefasihan bertutur dalam sesuatu bahasa ibunda orang lain terdapat dalam sektor swasta.

Tidah hairan jugalah kalau ada sesetengah syarikat termasuk syarikat antarabangsa yang gemar menawarkan skim pemisahan sukarela bagi anggota kerja yang telah berkhidmat beberapa tahun untuk berhenti supaya dapat diganti dengan orang baru yang gaji mereka lebih rendah. Alasan yang kerap diberi ialah keadaan ekonomi yang meleset.

Untuk memujuk mereka yang telah berhijrah keluar negara ini tentulah ada sesuatu pakej yang menarik bakal ditawarkan kepada mereka. Kita mengharapkan apa jua pakej yang bakal ditawarkan mengambil kira tahap kemahiran, kelayakan dan pengalaman ahli-ahli profesional, akademik dan mereka yang berkemahiran dalam negara kita supaya kita tidak menghadapi keadaan yang sama yang dihadapi oleh Taipeh dulu semasa tujuan mereka mengajak rakyat mereka yang berkemahiran untuk balik.

Suatu protes besar-besaran oleh mereka yang berkemahiran dari dalam negeri disebabkan terdapat suatu ruang perbezaan pakej yang luas antara mereka dari luar dan mereka dari dalam negeri yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sama.

Mungkin pihak yang bertanggung jawab atas kejayaan Talent Corporation ini sudah memikirkan perkara-perkara yang sebegini, termasuklah siapa yang hendak dipujuk balik.

Faktor pemilihan utama tentulah tahap kemahiran. Misalnya dalam skala 1 sehingga 10 sesuatu angka secara objektif boleh diberikan ke atas tahap kemahiran orang yang ingin dipujuk balik itu. Tentulah dalam segala-galanya, ketelusan pemilihan menjadi kehendak utama.

Kita pun tidak mahu dalam keinginan untuk memujuk balik rakyat, kita lupa mereka yang telah pun melupuskan kerakyatan mereka. Apatah lagi hanya mereka daripada sesuatu golongan sahaja yang menjadi pilihan untuk dipujuk balik.

Disebabkan usaha ini begitu penting kepada masa depan negara, mungkin boleh difikirkan suatu soal-selidik diajukan kepada mereka yang telah dikenal pasti rakyat Malaysia yang berkemahiran tentang apakah yang menjadi faktor-faktor penting kepada mereka untuk kembali balik ke negara ini.

Jawapan-jawapan mereka ini perlu diteliti dan dilihat dari sudut apakah dapat dipenuhi oleh kerajaan atau tidak. Dalam merealisasikan hasrat ini gabungan awam dan swasta diperlukan dalam menggubal sesuatu pakej.

Apakah definisi bakat yang bakal digunakan? Tentulah apa jua bakat yang kita maksudkan mestilah padan dengan keperluan negara.

Terlalu banyak insiden yang mana kita difahamkan yang sesuatu bidang kemahiran itu diperlukan dengan jumlah yang begitu besar seperti IT, tetapi graduan kita yang berkelulusan IT tidak dapat memenuhi keperluan tersebut kerana apa yang mereka pelajari tidak selaras dengan keperluan industri. Begitu juga pakar-pakar yang bakal mengadili bakat yang diperlukan diharap tidak berat sebelah dalam pengadilan mereka.

Beralih kepada perkara yang lain, saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang Hot Money atau wang panas yang sedang memasuki pasaran saham kita. Kemasukan ini adalah ekoran daripada kejatuhan dolar Amerika berbanding dengan beberapa mata wang di rantau ini termasuk mata wang kita.

Keputusan kerajaan Amerika Syarikat untuk mencetak AS$600 bilion untuk disuntik ke dalam ekonomi mereka yang belum pulih sepenuhnya. Ini menyebabkan banyak mata wang di rantau ini yang nampaknya semakin kukuh tetapi sebenarnya mata wang Amerika semakin lemah.

Pengurus dana luar tidak akan melepaskan peluang begini kerana dengan harga saham yang rendah dan mata wang yang tinggi, mereka boleh meraih dua keuntungan. Satu, daripada kenaikan harga saham dan kedua, daripada kenaikan mata wang.

Mereka akan menjual saham yang mereka beli apabila harga saham tersebut telah mencapai suatu kemuncak. Kita kena ingat apa yang berlaku pada krisis kewangan 1997/98 apabila berlaku gelombong hartanah di Thailand yang dikejar sehingga ke tahap yang terlalu tinggi pecah. Frasa yang kerap digunakan dalam bahasa Inggeris ialah People have short memories atau manusia cepat lupa.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Ekonomi Malaysia boleh tumbuh lebih 6%
22/11/2010 1:00pm

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Ekonomi Malaysia boleh melangkaui pertumbuhan enam peratus tahun ini meskipun persekitaran luar yang mencabar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita bermula dengan enam peratus, jadi kita akan melangkui enam peratus. Malah, kebanyakan penganalisis menjangka tujuh peratus atau lebih sedikit daripada tujuh peratus tahun ini," katanya di sini hari ini.

Mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga, yang bakal diumum kemudiannya hari ini, beliau berkata: "Saya tidak mahu mencuri perhatian kerana pengumuman akan dibuat. Saya tahu angkanya.

"Pada suku kedua, kita jangka pertumbuhan kita masih boleh kita pertahankan tetapi kadarnya menurun sedikit kerana persekitaran luar, maknanya pertumbuhan sektor pembuatan bergantung kepada permintaan daripada negara-negara maju.

"Ekonomi mereka tidak tumbuh dengan kadar yang begitu memberangsangkan sebab itu angka kita berhubung dengan sektor pembuatan, tidak tumbuh begitu tinggi," katanya ketika mengulas sama ada pertumbuhan ketiga akan lebih baik berbanding suku ketiga.

Bagaimanapun, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pada keseluruhannya, unjuran pertumbuhan tahun ini berjaya melepasi sasaran yang telah ditetapkan. - Bernama

Pindaan demi kepentingan rakyat berbilang kaum

APA yang dilakukan Barisan Nasional (BN) yang meminda perlembagaannya semalam di Kuala Lumpur membuktikan kesungguhan kerajaan menjayakan gagasan 1Malaysia.

Ia bukan sekadar memperlihatkan dasar insklusif BN yang membuka pintu kepada sesiapa saja yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti itu, malah lebih daripada itu.

Dengan pindaan perlembagaan itu, orang ramai yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti-parti komponen BN tidak perlu menjadi ahli UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain. Sebaliknya, mereka hanya perlu mendaftar sebagai ahli bersekutu atau ahli bergabung untuk bersama BN meneruskan perjuangan dalam memastikan kehidupan rakyat terus dibela dan sejahtera tanpa perlu berbalah pendapat antara kaum-kaum di negara ini.

Ini satu perkembangan baik, lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini, pemimpin parti komponen BN asyik bercakap tentang perjuangan yang memihak kepada satu kaum sahaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pindaan perlembagaan itu semalam berkata, ia dipersetujui sebulat suara oleh barisan kepemimpinan semua parti komponen BN.

Seperti kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, parti tersebut bersetuju dengan pindaan tersebut demi kebaikan BN sendiri, manakala Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata, keputusan itu selaras dengan janji kerajaan untuk mengutamakan rakyat.

Slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang dilaung-laungkan selama ini kena dengan perubahan yang berlaku ini. Sememangnya, barisan pemimpin BN sentiasa bersikap terbuka menerima sesiapa sahaja yang ikhlas berjuang bersamanya demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya dan tahap sosio ekonomi. Itulah perjuangan sebenar di negara ini yang mempunyai masyrakat berbilang kaum.

Mungkin apa yang perlu dilakukan selepas ini adalah berusaha menarik sebanyak mungkin penyertaan daripada individu pelbagai kaum untuk menjadi ahli terutama daripada golongan profesional. Kita tahu kebanyakan profesional tidak mahu terikat dengan mana-mana parti yang bersifat perkauman dan langkah membuka keahlian untuk menjadi ahli bersekutu atau ahli bergabung ini ternyata satu langkah yang dapat menarik lebih ramai golongan tersebut menyertai BN.

Begitu juga, mewujudkan Kelab Sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN dijangka dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat menyertai BN. Namun, apa yang kita harapkan adanya usaha yang aktif dalam menarik belia menjadi ahli.

Selain itu, langkah mengubah logo dan warna lambang BN dilihat sebagai satu langkah yang dapat menyemarakkan kekuatan serta membangkitkan semangat barisan ahli dan pemimpin parti-parti komponen dalam menyiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Memang ada kebenarannya bahawa mengubah sesuatu yang lama kepada yang baru dapat membantu menyegarkan kembali kelesuan yang mungkin dialami oleh segelintir ahli. Ia bolehlah diibaratkan seperti sebuah rumah yang telah diubah suai dengan memberi cat baru yang lebih menyerlah dan segar.

No comments:

Post a Comment