TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Tuesday, November 2, 2010

KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010, SEJARAH KEUNGGULAN MUTU BOLASEPAK KELANTAN!






Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Kelantan kerana buat pertama kali berjaya menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir Sabtu lalu. Kemenangan ini menamatkan penantian selama 89 tahun kalau dikira dari bermulanya Piala HMS Malaya pada tahun 1921.

Kelantan dan Negeri Sembilan buat dua tahun berturut-turut layak ke perlawanan akhir dan nampaknya final pada tahun 2010 ini lebih meriah jika dibandingkan dengan tahun sudah. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa pasukan Kelantan berjaya melangkah ke peringkat akhir sebanyak tiga kali sebelum ini dan hanya pada kali yang keempat mereka berjaya merebut piala yang melambangkan kemegahan sukan bola sepak tanah air.

Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri dengan lebih ramai penyokong pasukan The Red Warriors (hulubalang merah) dengan jumlah keseluruhan penonton kira-kira 90,000 orang. Siapa kata bola sepak tempatan tidak mendapat sambutan?

Sebenarnya Tan Sri Annuar Musa memang sukakan warna merah. Ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan, blazer kementerian berwarna merah juga dan dikenali sebagai The Red Jacket. Jadi tidaklah hairan kalau pasukan bola sepak Kelantan turut bertemakan warna merah dan dipanggil The Red Warriors. Saya kira semangat beliau sebagai pemidato yang cukup memukau mahu diterjemahkan melalui pasukan bola sepak Kelantan yang memakai jersi warna merah menyala.

Sebenarnya mana-mana pasukan bola sepak profesional di negara kita sekarang ini pun mampu untuk memenangi piala-piala yang dipertandingkan, termasuk Piala Malaysia oleh kerana setiap FA negeri boleh mengambil pemain-pemain yang terbaik dengan syarat mereka mempunyai kemampuan kewangan dan jurulatih yang baik. Tidak seperti dulu, negeri-negeri terpaksa bergantung kepada pemain-pemain kelahiran negeri masing-masing.

Walaupun begitu, Selangor dilihat paling beruntung kerana pemain dari negeri-negeri lain berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan ketika sukan bola sepak masih bertaraf amatur. Sekarang ini, pemain-pemain berhijrah menurut di mana terdapatnya majikan yang lebih baik dalam menawarkan gaji masing-masing.

Apa yang amat menarik bagi pasukan bola sepak Kelantan ialah kerana ramainya penyokong dan peminat. Paling ramai kalau dibandingkan dengan pasukan-pasukan bola sepak negeri lain. Peminat bola sepak di Kelantan ini cukup istimewa termasuk gelagat mereka semasa menyaksikan perlawanan tidak kira di Kota Bahru atau di stadium yang lain. Akibat dari gelagat penyokong ini juga Kelantan FA terpaksa menanggung beban membayar denda kerana kesalahan yang dilakukan oleh penyokong-penyokongnya.

Kita sedia maklum bahawa pasukan bola sepak Kelantan adalah satu-satunya pasukan yang mempunyai ramai penyokong setia. Penonton yang ramai memberi pungutan tiket yang lebih baik kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan dan juga kepada FAM oleh kerana sebahagian daripada kutipan ini akan dibayar kepada badan induk bola sepak negara tersebut.

Lebih 10,000 Banjiri Saksi Piala Malaysia

Annuar Musa dan Indra Putra Mahayuddin (atas kereta) diberi sambutan raksasa di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam. Kelantan membawa pulang Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan 2-1.

KOTA BHARU – Lebih 10,000 peminat setia pasukan The Red Warriors membanjiri pekarangan Kelantan Trade Centre (KTC) untuk meraikan kejayaan Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama di sini, semalam.

Meskipun hujan renyai sejak awal pagi, ia tidak menghalang para penyokong untuk melihat piala berprestij itu dengan lebih dekat.

Menariknya, trofi tersebut mengharungi perjalanan jalan darat sejauh hampir 500 kilometer bermula dari Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur sebelum tiba di Kota Bharu kira-kira 6.30 petang.

Trofi tersebut diarak dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda, diikuti bas yang membawa para pemain Kelantan melalui beberapa jalan utama di bandar Kota Bharu singgah di KTC untuk dipertontonkan kepada peminat dan majlis doa selamat.

Pada Majlis tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa ketika berucap berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh para peminat The Red Warriors.

“Satu majlis meraikan para penyokong akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Pada 6 November hadapan, piala tersebut akan dibawa bersama semua para pemain Kelantan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Mahkota,” katanya.

Sementara itu, seorang penyokong dari Kota Bharu, Mohd. Zainuddin Yusof, 47, berkata, keadaan cuaca mendung dan hujan tidak menghalangnya bersama-sama meraikan kejayaan tersebut.

“Saya selaku rakyat Kelantan gembira dengan kejayaan pasukan The Red Warriors. Ini merupaka sesuatu yang harus diingati oleh seluruh peminat.

“Setelah sekian lama menunggu untuk bergelar juara, hari ini impian tersebut sudah tercapai, lebih manis lagi saya dapat menyaksikan sendiri trofi keagungan bola sepak Malaysia dibawa pulang ke bumi Kelantan,” katanya.

Tambahnya, ini membuktikan bahawa Kelantan kini sebaris dengan pasukan gergasi bola sepak negara.

No comments:

Post a Comment