TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Wednesday, November 17, 2010

17th NOVEMBER 2010 : MUSLIMS CELEBRATE AIDILADHA






17hb November 2010, Rabu, merupakan hari istimewa buat umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Kita di KETEREH turut meraikan kebesaran SAMBUTAN EIDULADHA ini.

Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji di Malaysia, diraikan kira-kira dua bulan selepas Hari Raya Aidilfitri pada hari ke -10 bulan Zuhijjah. Iaitu bulan ke 12 dalam kalendar Islam yang menandakan berakhirnya tempoh musim haji yang dikhabarkan hampir 3 juta umat ISLAM berkumpul di TANAH SUCI MAKKAH.

Umum mengetahui Aidiladha diraikan sebagai mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang begitu taat apabila menerima ujian daripada Allah. Nabi Ibrahim diarahkan supaya menyembelih anaknya, Ismail sebagai korban dan walaupun sangat sedih, beliau bersedia untuk menyempurnakan arahan Allah. Ketika Nabi Ibrahim mahu meneruskan perintah itu, Allah menghalang perbuatannya dan mendedahkan ia hanya sebagai satu ujian.

Ismail terselamat dan seekor kibas sebaliknya dikorbankan sebagai ganti. Sejak peristiwa itu, ibadah korban haiwan seperti kambing, lembu, kerbau dan unta dilakukan pada Aidiladha. Haiwan ini disembelih mengikut syariat Islam dan dagingnya diagih-agihkan kepada mereka yang berkorban dan selain untuk golongan fakir miskin.

Korban bukan ibadah wajib kepada umat Islam tetapi ia amat digalakkan bagi mereka yang berkemampuan. Bersama kita menghayati hikmah dan fadhilat daripada perayaaan EIDULADHA ini dan saya MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA buat semua warga KETEREH!

Ahmad Helmie Hassan


Perutusan Hari Raya Aidiladha

Posted in BlogCelebration on Date November 16th, 2010 by Najib Razak | Comments 2 Comments

Perutusan Hari Raya Aidiladha

Perdana Menteri Malaysia

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah kita dapat sekali lagi menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban dalam keadaan negara aman damai dan ekonomi yang terus berkembang sihat. Kejayaan ini dicapai walaupun berlatarbelakangkan keadaan global yang tidak menentu. Sesungguhnya ia dimungkinkan kerana umat Islam Malaysia sentiasa berpegang kepada pendekatan Wasatiyyah atau pertengahan yang progresif sifatnya.

Sesungguhnya umat Islam Malaysia perlu banyak bersyukur kerana menjadi warga sebuah negara yang dirahmati dengan pelbagai nikmat. Ingatlah Firman Allah s.w.t di dalam Surah Ibrahim Ayat 7 yang mafhumnya:

“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Kesyukuran menuntut kita umat Islam Malaysia untuk memanfaatkan sebaik-baiknya apa yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t bagi mencari kejayaan di dunia dan di akhirat. Janganlah sekali-kali kita bersifat kufur nikmat atau mengambil mudah tanggungjawab kita selaku hamba dan Khalifah-Nya di muka bumi. Umat Islam perlu memelihara diri mereka dari melakukan kerosakan yang boleh membawa kepada kelemahan, kehinaan dan akhirnya kemusnahan umat secara keseluruhan.

Hasil dari memanfaatkan segala potensi yang ada Malaysia telah mencapai kejayaan yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Mengikut laporan Human Development Report 2010 terbitan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia merupakan antara negara yang memiliki Indeks Pembangunan Manusia Tinggi dengan menduduki tangga 57 dari 169 negara yang tersenarai.

Malaysia kini berada di ambang baru lonjakan pembangunan negara, sepanjang hampir dua tahun yang lalu kerajaan telah meletakkan asas-asas konkrit di dalam bentuk dasar, inisiatif dan program baru bagi memulakan pusingan terakhir ke arah tercapainya wawasan nasional untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Kini sudah tiba masanya untuk melaksanakan segala dasar, inisiatif dan program yang telah dirancang. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing untuk memastikan segala apa yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi untuk kesejahteraan rakyat. Untuk itu iltizam, kerjasama dan pengorbanan semua pihak di pelbagai peringkat adalah amat penting.

Marilah kita, sempena hari yang baik ini berusaha meringankan penderitaan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dengan bukan sahaja mengagihkan daging korban tetapi juga bersedekah mengikut kemampuan kita.

Sempena sambutan hari yang penuh berkat dan bermakna ini juga, marilah kita mengambil iktibar dari contoh keimanan dan pengorbanan yang telah dipamerkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s di dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.

Jika manifestasi keimanan dan kesanggupan berkorban tersebut berjaya diteladani umat Islam hari ini, maka kita akan berada pada landasan yang betul untuk muncul sebagai umat yang mulia dan dihormati sesuai dengan kedudukan umat Islam sebagai umat contoh.

Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak diri saya, isteri dan keluarga untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Aidiladha, selamat mengerjakan ibadat korban dan bagi yang sedang mengerjakan ibadat haji semoga selamat menyempurnakan segala tuntutan dan pulang ke tanah air dengan Haji Mabrur.

Dato’ Sri Mohd Najib

Presiden Obama Ucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha

REPUBLIKA.CO.ID, WASHINGTON--Presiden Amerika Serikat (AS) dan Ibu Negara Michele Obama telah menyampaikan ucapan selamat merayakan Hari Raya Idul Adha kepada umat Islam di seluruh dunia atas nama rakyat AS. Obama dan Michele Obama mengharapkan perjalanan yang aman bagi mereka yang menjalankan ibadah haji.

Berikut ini ucapan selamat Idul Adha Presiden Obama.

"Michelle dan saya mengucapkan selamat Hari Raya Idul Adha kepada seluruh kaum Muslim di dunia dan mendoakan selamat sejahtera kepada mereka yang menunaikan ibadah haji. Tahun ini, hampir 3 juta jamaah dari kurang lebih 160 negara – termasuk Amerika Serikat -- berkumpul di Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan shalat bersama.

Pada Idul Adha, semua orang Muslim di seluruh dunia memperingati kesediaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan putranya (Ismail, red.) – dan membagi-bagikan daging kurban kepada mereka yang kurang beruntung – untuk mengingatkan akan nilai-nilai sama dan dasar bersama ketiga agama terbesar di dunia.

Atas nama rakyat Amerika, kami menyampaikan selamat Idul Adha – Eid Mubarak dan mudah-mudahan menjadi Haji Mabrur."

No comments:

Post a Comment