TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Saturday, November 6, 2010

MODERATE, WARM & NEW POLITICS APPROACH FOR BN!



Model politik baru bermula

Ucapan-ucapan dan tindakan-tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan komitmennya yang tinggi dalam melakukan pembaharuan politik.

Sebagai pelengkap kepada transformasi yang dicetuskannya dalam kerajaan dan ekonomi, serta pelancaran Model Baru Ekonomi (MBE), beliau membayangkan keperluan untuk mewujudkan model politik baru. Ia diungkapkan dalam pelbagai perkataan dan dilaksanakannya dalam pelbagai keadaan.

Sebagai Presiden UMNO, Datuk Seri Najib serius melakukan pemulihan parti. Dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 pada 21 Oktober lalu, beliau menyatakan bahawa pemulihan itu harus melalui tiga frasa, iaitu memperakui kelemahan dan masalah, bermuhasabah dan mencari penawar mustajab, serta memulakan gerak kerja.

Dalam ucapan penggulungannya pula, tujuh perkara telah digariskannya, iaitu meletakkan parti lebih tinggi daripada peribadi, memperkuatkan pasukan bukannya kumpulan, memenangi hati rakyat, menjuarai media baru, sasar pengundi muda, sifar masalah dan mendahulukan rakyat.

Di samping itu, beliau bersungguh-sungguh menjadikan UMNO lebih demokratik dan inklusif. Sebahagian daripadanya telah dilaksanakannya melalui pindaan Perlembagaan UMNO yang meningkatkan penyertaan pemimpin akar umbi, termasuk wanita dan orang muda, dari segi perwakilan dan pemilihan pucuk kepemimpinan parti pada masa depan. Beliau juga menekankan bahawa UMNO berlaku adil kepada semua rakyat.

Sebagai pemimpin bangsa Melayu, Datuk Seri Najib melihat agenda Melayu dari pendekatan yang lebih dinamik. Dalam ucapan dasar tersebut, beliau menyatakan, “amatlah mustahaknya Melayu alaf ke-3, Melayu abad ke-21 dipersediakan untuk eranya. Dari begitu obsesi terhadap haknya, sebaliknya Melayu abad ke-21 wajib mempersiapsiagakan dirinya untuk memanfaatkan hak yang ada...harus gigih membina keupayaan dan kemampuan...harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan”.

Menurutnya, “kita harus menjadi Melayu yang glokal...Melayu seharusnya mampu bersaing dengan yang terbaik...mampu bertarung dengan yang paling kuat...menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa”.

“Pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya,” ujarnya lagi.

Sebagai Pengerusi BN, Datuk Seri Najib mencadangkan diadakan Konvensyen BN tidak lama lagi. Antara lain, ia akan membincangkan persoalan mewujudkan Piagam BN dan membolehkan individu menjadi ahli BN secara terus, iaitu tanpa melalui parti komponen. Kedua-dua perubahan ini akan membawa corak, cara dan citra politik BN yang baru.

Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib jelas mengamalkan satu bentuk politik yang baru, iaitu meningkatkan dan meluaskan penyertaan rakyat dalam proses membuat keputusan. Ini terbukti, terutamanya, dalam pendekatannya menggubal gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Empat dasar utama kemajuan negara itu membentuk kerangka baru kerajaan (new government architecture) yang diketuainya. Dengan mengamalkan frasa yang sering diungkapkannya iaitu “hari-hari di mana kerajaan mengetahui dan melakukan segala-galanya telah berakhir”, beliau mengajak rakyat berpartisipasi membentuk dasar-dasar tersebut.

Beliau mengajak rakyat mengemukakan idea, pandangan dan maklum balas dengan pelbagai cara, seperti menulis kepadanya melalui media sosial, menghantar memorandum, menyertai diskusi dan makmal, serta menghadiri pameran yang berkaitan. Ini adalah amalan governans yang baru, iaitu rakan kongsi sinergi antara sektor kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil.

Di pentas dunia, Datuk Seri Najib dengan berani dan bernas mencadangkan satu kaedah baru untuk mencapai keamanan dunia yang berkekalan, khususnya dalam memerangi terorisme, iaitu yang berasaskan kesederhanaan. Ini dicetuskannya dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini.

Menurut banyak sumber, termasuk Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Jose Fernandez (dalam pertemuan dengan saya di Universiti Tun Razak tidak lama selepas ucapan itu), cadangan tersebut mendapat reaksi positif daripada banyak pihak.

Ucapan tersebut menggunakan istilah “kesederhanaan”, iaitu satu konsep penting dalam Islam. Dalam saranannya ketika perjumpaan dengan para ulama tempatan pada Februari lalu, beliau menggunakan istilah “wasatiyah”, yang bermakna sederhana, pertengahan dan berimbang, dengan memetik firman Allah SWT: “Dan demikian pula kami jadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...” (al-Baqarah:143).

Sesungguhnya, Datuk Seri Najib telah memulakan transformasi ke arah mewujudkan satu model politik baru. Cabaran kini ialah bagaimana kita membantu beliau menjadikannya satu realiti.

Dalam konteks ini, ahli-ahli UMNO perlu menghayati kandungan ucapan dasar beliau yang terbaru itu. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi akan datang, saya akan mencadangkan supaya ucapan itu dibincangkan di peringkat Bahagian. Ini bagi memastikan amanat itu benar-benar diamalkan di setiap peringkat hingga ke akar umbi.

Pokoknya, UMNO perlu benar-benar menghayati “politik integriti” yang berasaskan idealisme perjuangan dengan mengamalkan politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukannya politik fitnah, dan politik bakti bukannya politik undi.

Para pemimpin dan pemikir Melayu tidak boleh lagi berada dalam paradigma “agenda Melayu untuk Melayu sahaja”. Sebaliknya, kita perlu memulakan paradigma baru “agenda Melayu untuk Malaysia”. Kita perlu kepada “pemikiran Melayu” yang kukuh untuk menjadi teras kepada dasar-dasar dan program-program rakyat Malaysia yang majmuk.

BN tidak boleh lagi sekadar membincangkan persoalan perkongsian kuasa sahaja. Sebaliknya, ia perlu menggunakan kuasa minda untuk melahirkan “pemikiran progresif” untuk membentuk dasar-dasar dan programprogram negara yang lebih baik.

Antara perkara yang perlu ditangani BN ialah: menurunkan umur layak mengundi ke 18 tahun; penghayatan budaya ilmu; meningkatkan semangat patriotisme; pembinaan peradaban; pembinaan masyarakat baik yang berasaskan keadilan sosial, partisipasi demokratik serta kelestarian ekonomi dan alam sekitar; langkah afirmatif mengatasi masalah kemiskinan melalui pendekatan keusahawanan sosial; dan keterangkuman tulen belia dan wanita dalam arus perdana negara.

Para pentadbir kerajaan tidak boleh lagi memainkan peranan sebagai “pemerintah”. Sebaliknya, kita perlu memainkan peranan sebagai “pemudahcara” dalam “kerangka governans baru” yang mengiktiraf peranan perniagaan dan masyarakat sivil sebagai rakan kongsi bersama-sama kerajaan/politik dalam struktur dan proses membuat keputusan bagi setiap bidang di setiap peringkat.

Di pentas dunia, Malaysia tidak boleh lagi sekadar menjadi “peserta” perkembangan kontemporari. Sebaliknya, kita perlu menjadi “pemain” yang menentukan hala tuju perkembangan masa depan.

Semua ini memerlukan kita untuk berganjak daripada sekadar mampu “berfikir” secara kreatif dan inovatif sahaja. Sebaliknya, kita perlu mempunyai “pemikiran” kita sendiri terhadap apa yang hendak difikirkan itu.

Kesimpulannya, model politik baru yang telah siap dan lengkap, iaitu yang dapat digambarkan pada mata kasar, mungkin belum dapat dinukilkan dengan jelas. Tetapi, model politik baru dari segi semangat dan matlamat, serta pendekatan dan tindakan, telah dengan jelasnya dimulakan oleh Datuk Seri Najib.

Faktor kemenangan BN

SEGALA debaran sudah berakhir. Barisan Nasional (BN) yang pada awalnya dianggap tidak dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas telah mencatatkan keputusan sebaliknya. Parti itu menang dengan majoriti 1,190 undi.

Jumlah majoriti itu mengejutkan banyak pihak memandangkan sejak kempen bermula pada 26 Oktober lalu, ramai yang mengatakan cabaran BN cukup getir memandangkan mereka berhadapan dengan musuh tradisi iaitu Pas yang turut menjadi kerajaan negeri di Kelantan.

Tetapi pengundi-pengundi di Galas mempunyai fikiran yang berbeza. Jika pada tahun 2008, mereka menghumban BN ke lembah kekalahan berikutan faktor calon dan isu nasional, namun pada pilihan raya kecil kali ini, mereka membuktikan sebaliknya.

Mereka memberi kemenangan besar kepada calon BN yang dianggap muka baru iaitu Abdul Aziz Yusoff bagi membolehkan beliau menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed yang berusaha buat kali ketiga untuk menjadi 'Yang Berhormat'. Sebelum ini Dr. Zulkefli yang dikatakan pemilihannya tidak begitu disenangi oleh jentera Pas sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum iaitu pada tahun 2004 dan 2008.

Kejayaan ini adalah juga kerana sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang secara konsisten menunjukkan keyakinan terhadap kemampuan BN untuk merampas kerusi DUN Galas. Biarpun dilihat mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan, namun demi kepentingan parti, Tengku Razaleigh bersedia menerima amanah yang cukup besar iaitu mengepalai jentera BN sebagai pengarah pilihan raya parti itu.

Sejak dilantik, biarpun berhadapan cabaran getir, Tengku Razaleigh sentiasa tenang, senyuman sentiasa terukir di bibir walau ke mana sahaja beliau pergi. Cubaan pembangkang membangkitkan isu kononnya beliau merajuk apabila tidak mengiringi Abdul Aziz yang merupakan pilihan beliau ke dewan penyerahan borang pencalonan ternyata gagal.

Tengku Razaleigh tidak peduli itu semua, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian mengatur strategi tersendiri sehingga saat-saat akhir kempen bagi memastikan kemenangan calon BN. Tugas Ahli Parlimen itu menjadi mudah bukan sahaja kerana Abdul Aziz mempunyai latar belakang bersih tetapi juga dibantu oleh kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat melalui gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dikatakan menjadi penarik kepada pengundi-pengundi untuk kembali menyokong BN.

Wawasan Perdana Menteri disampaikan dengan penuh berkesan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin biarpun hanya dua kali turun ke Galas. Ini kerana Muhyiddin juga memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi dan menaruh penuh kepercayaan kepada Tengku Razaleigh mengatur strategi.

Kehadiran kali kedua dan terakhir Timbalan Perdana Menteri ke Galas iaitu sehari sebelum pengundian dikatakan turut memberi impak apabila dalam majlis bersama rakyat di Kampung Bahru, Gua Musang, Muhyiddin secara tegas memaparkan agenda kerajaan dalam mensejahterakan hidup rakyat.

Hujah beliau berhubung sikap BN yang sentiasa menunaikan janji dengan disertakan fakta turut menarik perhatian pengundi. Kebolehan Tengku Razaleigh, kewibawaan Perdana Menteri dan kemampuan Muhyiddin telah memberi semangat kepada jentera BN untuk bekerja bertungkus-lumus tanpa mengira penat lelah menggempur semua peti undi, biarpun ia berada di kawasan yang dianggap 'hitam'.

Sama ada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, kesemua mereka turut memainkan peranan cukup berkesan melaksanakan tanggungjawab menarik pengundi menyokong BN. Setiap hari, ada sahaja aktiviti dan gerakan yang dilakukan sehingga ia 'melemaskan' Pas dan rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertindak balas.

Kemuncaknya ialah sehari sebelum mengundi apabila ketiga-tiga sayap berkenaan 'menggempur' setiap penjuru DUN Galas. Gerakan 'Gelombang Merah' yang menyaksikan Wanita dan Puteri UMNO 'menawan' hampir kesemua kawasan hitam terutamanya di pekan lama Gua Musang turut membuahkan hasil.

Gerakan 'Gelombang Merah' itu yang dikatakan diketuai oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusof ternyata memberi kesan kepada pengundi.

Pada hari yang sama, ketika tempoh kempen memasuki saat-saat kritikal iaitu 12 jam sebelum pengundian, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang diberi tanggungjawab menjaga Sungai Terah yang merupakan kubu kuat Pas melakukan apa yang disifatkan oleh seorang teman sebagai 'gempuran komando'.

Ia kerana Mustapha dengan penuh berhemah berjaya menembusi kubu kuat itu dengan menemui pengundi-pengundi di kawasan berkenaan secara bersemuka, bukan sahaja di dalam kawasan BN tetapi juga kawasan Pas. 'Keberanian' tersebut telah memungkinkan BN berjaya mengendurkan jumlah majoriti Pas di kawasan itu di paras yang cukup signifikan.

Kegigihan pemimpin dan jentera BN ini telah memungkinkan peti-peti undi di kawasan majoriti kaum Cina turut dikuasai parti itu atau sekurang-kurangnya mencapai sasaran peratusan undi yang dikehendaki. Selain itu, ia juga berjaya menggelakkan sebarang unsur sabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menjadi pengkhianat di dalam parti sendiri.

Ketika 'bala tentera' BN turun ke Galas dengan penuh keyakinan dan bersemangat, Pas pula yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman 'memasuki gelanggang' dalam keadaan 'cedera' di sana-sini termasuklah membawa beban akibat kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji yang dibuat pada 2008 kepada pengundi Galas.

Bebanan Pas diburukkan lagi dengan isu ladang rakyat yang menyaksikan masyarakat Orang Asli yang merupakan pengundi ketiga terbesar iaitu 1,839 orang menantikan pilihan raya kecil ini sebagai medan untuk membalas dendam terhadap kegelojohan kerajaan Pas Kelantan menceroboh tanah warisan mereka. Akibatnya, Pas tewas teruk di semua peti undi masyarakat Orang Asli.

Selain itu, sejak hari pertama kempen lagi, Pas tidak mampu 'menyerang' sebaliknya bertahan bukan sahaja dalam isu pentadbiran kerajaan negeri tetapi juga isu melibatkan calonnya.

Apa pun pengundi-pengundi Galas sudah membuat keputusan dan selepas ini pasti kita akan kedengaran nyanyian 'lagu lama' oleh pembangkang bahawa BN membeli undi, jika itu dilakukan jelaslah Malaysia bernasib malang kerana mempunyai kelompok pembangkang seumpama itu.

Namun begitu, BN juga tidak boleh selesa kerana pengundi-pengundi Galas terutamanya Orang Asli menanti segala janji ditunaikan dan jika mereka melihat ia tidak dilaksanakan, percayalah apa yang berlaku kepada Pas di DUN berkenaan akan terjadi kepada BN kerana itulah kebijaksanaan pengundi Galas membuat keputusan.

Pas terlalu terdesak di Galas

MAHU tidak mahu keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas esok (Khamis) akan mencerminkan keputusan yang bakal dibuat oleh majoriti rakyat Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sebagai defendan, Pas pastinya mengalami tekanan paling teruk untuk memastikan kemenangan di Galas dapat dipertahankan supaya boleh disogok kepada para pengundi di kawasan-kawasan lain bahawa Pas masih mendapat sokongan dan perlu terus diberi sokongan.

Pas sebenarnya tahu bahawa sepanjang kira-kira 20 tahun memerintah Kelantan, parti itu hanya lebih banyak retorik dan hampir tidak ada sebarang kelebihan dilakukan untuk memberi faedah dan manfaat rakyat dan negeri.

Hampir tidak ada sebarang rangka dan kerangka pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat dibuat. Membangun Bersama Islam hanya dalam bentuk bentuk slogan tanpa rangka dan kerangkanya.

Kekuatan dan keutuhan kerajaan Pas semata-mata bergantung 100 peratus kepada ketokohan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang lebih dinilai atas sifatnya sebagai seorang 'tok guru'. Langkah menggazetkan gelarannya sebagai tok guru ternyata menjadi dan melabakan keperluan politik kepartian Pas yang terdiri daripada kalangan mereka yang jumud.

Ketaksuban melampau menyebabkan ramai yang terlupa bahawa Menteri Besar Kelantan adalah 'Tok Guru Politik' yang mana apa pun yang dicakap dan dilakukannya mesti mengutamakan kepentingan politik yang dianuti bersama rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat (PR).

Banyak yang songsang dalam perjuangan Pas dan kifarah daripada itulah agaknya, maka Pas di Galas kini menghadapi kemerosotan sokongan yang sangat kronik dan mencemaskan sehingga secara tidak bermoral, Pas menawarkan bayaran sehingga RM250 setiap orang kepada 1,557 pengundi luar yang berdaftar di Galas supaya balik mengundi.

Bagi Pas, ia bukan rasuah, sebaliknya untuk menampung perbelanjaan pengundi luar yang pulang menunaikan tanggungjawab mereka nanti. Namun, bagi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), ia adalah rasuah kerana ia terkandung dalam Seksyen 10 Akta Pilihan Raya.

Pengumuman berani itu membuktikan bahawa membeli dan menyogok pengundi bukan perkara luar biasa kepada Pas yang sering menuding jari memburukkan pihak lawan.

Kenapa Pas sanggup berbelanja besar menawarkan pembiayaan kepulangan 1,557 pengundi yang berada di luar kawasan Galas supaya pulang mengundi, terutama yang tinggal di luar Kelantan? Ia kerana parti itu dalam keadaan sangat terdesak untuk mengekalkan kemenangan apabila pengundi tempatan atau yang berada di Kelantan tahu keadaan sebenar dan tidak mungkin mahu menyokong Pas lagi.

Mereka yang di luar Galas dan luar Kelantan kerap disogok dengan maklumat 'pukul tin kosong' melalui akhbar lidah rasmi parti dan portal propembangkang.

Berpandukan sogokan laporan yang bercanggah dengan natijah, pengundi di luar Kelantan menyangka kerajaan Pas adalah modul kerajaan berteraskan Islam. Hakikatnya, jika Pas dianggap sebuah parti yang suci daripada kemungkaran serta yakin dengan menyokongnya masuk syurga, maka kepercayaan sedemikian adalah amat silap kerana Pas hanyalah parti politik yang sama dengan parti-parti politik lain yang mana untuk masuk syurga, syaratnya bukan mengabdikan diri untuk sesebuah parti politik, tetapi kena memantapkan iman dan takwa.

BN bertanding demi rakyat, Pas bertanding untuk politik

SECARA kasarnya kita boleh katakan sebahagian besar daripada 11,553 pengundi di Galas, sudah mengenali dua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu pada Khamis ini.

Kedua-dua mereka ialah Abdul Aziz Yusoff yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Dr.Zulkefli Mohamed (Pas).

Dari segi latar belakangnya, Abdul Aziz merupakan calon muka baru yang kali pertama bertanding pilihan raya berbanding Dr. Zulkefli yang sudah dua kali tewas dalam pilihan raya umum iaitu pada tahun 2004 dan 2008.

Namun apa yang lebih utama ialah parti yang mereka wakili. Abdul Aziz mewakili sebuah parti yang sudah membuktikan kewibawaannya bukan sahaja mentadbir sebuah kawasan malahan seluruh negara sejak merdeka lagi.

Kemampuan BN dalam soal itu tidak harus dinafikan oleh sesiapa juga termasuklah Pas. Pengundi sudah melihat bagaimana Gua Musang turut menikmati pelbagai kemudahan dan tidak terpinggir daripada arus pembangunan biarpun dikategorikan sebagai kawasan luar bandar.

Semua itu mampu dinikmati disebabkan BN sentiasa mengotakan janjinya dengan mengutamakan kepentingan rakyat. Kehadiran BN di dalam pilihan raya bukanlah semata-mata untuk merebut kuasa tetapi untuk memastikan rakyat termasuklah di Galas tidak ketinggalan dalam pelbagai perancangan pembangunan yang dilakukan oleh BN.

Pendirian dan perjuangan BN jauh berbeza dengan Pas. Parti yang kononnya mendakwa memperjuangkan Islam itu hakikatnya tidak mampu berbuat apa-apa biarpun sudah diberi kuasa memerintah terutamanya di Kelantan selama 20 tahun.

Sebaliknya, Pas lebih banyak menuding jari menyalahkan orang lain termasuk kerajaan pusat bagi menutup kelemahan mereka dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila Pas sanggup 'menghalalkan' apa juga cara demi mencapai cita-cita politik mereka.

Pilihan raya kecil di Galas bukanlah medan untuk menghantar isyarat kepada sesiapa tetapi ia berkaitan soal kesejahteraan hidup rakyat.

Tetapi malangnya Pas awal-awal lagi iaitu pada hari penamaan calon menyatakan akan menjadikan pilihan raya kecil berkenaan sebagai mesej penolakan rakyat kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Maknanya, Pas bertanding di dalam pilihan raya kecil itu bukanlah untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi demi mencapai cita-cita politik bagi merebut kekuasaan bersama-sama dengan rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP - sebuah parti yang menentang perjuangan Islam Pas.

Atas sebab itulah dalam kempen- kempennya Pas tidak menumpukan perhatian kepada apa yang boleh mereka lakukan kepada penduduk Galas.

Sebaliknya parti itu lebih selesa untuk membangkitkan isu-isu nasional yang sama sekali tiada kaitan dengan rakyat Galas. Misi mereka hanya mahu memburukkan kerajaan pusat yang diterajui oleh BN - itu sahaja.

Semua itu dilakukan kerana Pas memahami bahawa mereka tidak berupaya berbuat apa-apa jika berjaya mempertahankan kerusi tersebut, ini berbeza dengan BN yang sudah pasti mampu mengalirkan arus pembangunan dan kemajuan kepada penduduk Galas.

Program Perumahan Rakyat yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Gua Musang baru-baru ini sudah menjadi bukti betapa BN lebih menumpukan perhatian kepada soal kesejahteraan rakyat.

Ini belum lagi beberapa masalah rakyat yang akan diselesaikan oleh BN jika parti itu kembali menawan DUN Galas. Antara yang sudah pasti akan mendapat perhatian BN ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan hidup rakyat.

Oleh itu pengundi Galas tidak harus terus terperangkap dengan mainan politik Pas. Mereka perlu memikirkan dengan mendalam apa yang boleh Pas lakukan berbanding dengan kemampuan BN.

Kontroversi ladang rakyat dan janji pemberian tanah yang tercetus sudah menjadi bukti bahawa Pas hanya bijak berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya.

Justeru pilihan raya kecil pada Khamis ini perlu digunakan sebaik-baiknya oleh pengundi Galas untuk mengubah kehidupan mereka dengan memilih parti yang benar-benar berwibawa seperti mana dibuktikan oleh BN ketika memerintah negara selama ini.

No comments:

Post a Comment