TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Sunday, November 21, 2010

PM : KEPIMPINAN KITA DALAM MEDIA SOSIAL DALAM TALIAN



Kepimpinan Kita dalam Media Sosial dalam Talian

Posted in Blog • Community on Date November 21st, 2010 by Najib Razak | Comments 3 Comments

Pertama-tamanya, terasa seronoknya dapat kembali bekerja, setelah tidak datang bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan hampir dua minggu lamanya. Dijangkiti cacar air pada usia sedewasa ini, adalah lebih bijak mendengar nasihat doktor dan berehat di rumah.

Namun begitu, limpahan ucapan dan doa semoga cepat sembuh daripada anda semua, kedua-duanya mengagumkan dan menjadikan saya terharu. Bukan hanya saya berasa tenang dengan niat positif rakan-rakan rakyat Malaysia saya, tetapi kenyataannya ialah kita masih boleh saling berhubung hampir-hampir masa itu juga. Sungguh tepat sekali, fenomena inilah yang saya harap dapat saya perkatakan pada majlis makan malam kita, dan tidak dalam keadaan yang amat dikesali ini.

Pada bulan sudah, penyiaran satu kajian global memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia merupakan pengguna rangkaian sosial seluruh dunia yang paling banyak dan mempunyai purata kenalan rangkaian sosial yang paling ramai. Mengambil kira saiz penduduk kita yang sederhana, dan penembusan jalur lebar di dalam negara masih berkembang, kesediaan kita untuk menerima media sosial dan membina rangkaian sosial dalam talian kita mencerminkan tahap penerimaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia yang saling berhubungan terhadap rakyat negara lain.

Patutkah kita berpuas hati dengan pengiktirafan ini? Memang ianya satu pencapaian yang baik kepada kita, namun saya percaya kita mempunyai kebolehan untuk mentransformasikannya supaya menjadi lebih hebat.

Beberapa bulan yang lalu, saya sedaya upaya saya telah mendesak supaya ada satu gerakan global untuk membawa suara golongan sederhana ke barisan hadapan, terakhir sekali pada bulan lepas, saya telah menyampaikannya di Sidang Kemuncak ASEAN di Hanoi. Ia merupakan mesej yang saya perkukuhkan dalam siaran-siaran di blog saya juga dengan alasan yang baik. Kita sebagai rakyat telah memperlihatkan dengan mampunya sudut pandangan golongan sederhana dalam semangat 1Malaysia, seperti mana yang ditunjukkan pada tahun kebelakangan ini berhubung isu-isu kedaulatan negara, toleransi agama, dan banyak lagi.

Maka itu, kesalinghubungan kita dalam talian yang luar biasa ini memperlihatkan satu peluang dan satu tanggungjawab kepada kita untuk berhubung sebagai golongan sederhana. Interaksi kita di ruang siber merupakan pernyataan diri kita sendiri sebagai individu dan rakyat Malaysia. Kekuatan kita tidak seharusnya terletak pada bilangan kenalan dalam talian yang kita himpun, tetapi pada bilangan dialog yang bijak, matang dan terbuka yang kita adakan dengan mereka. Kita harus mendahului dalam membimbing hubungan media sosial kita ke arah pembicaraan membina, sama ada di Facebook, Twitter atau rangkaian sosial lain yang menjadi pilihan. Setuju, terdapat dan akan ada kumpulan-kumpulan kecil yang menyebarluaskan ideologi dan tingkah laku yang ekstrem, tetapi jangan biarkan itu menjadi satu penghalang kepada, suara kesederhanaan dan Wasatiyyah kita. Janganlah kita dipesongkan untuk memberikan respons kepada provokasi dalam talian yang kasar dan tidak matang dengan tingkah laku yang sama; sebaliknya, marilah kita mengambil pendekatan yang paling baik mencerminkan integriti dan budaya kita sebagai satu bangsa. Kita harus mara ke hadapan, menggalakkan orang lain juga melakukan yang sama dan memperluaskan suara golongan sederhana. Ini merupakan ukuran kepada kemajuan kita ke arah membina daya pemikiran kelas satu, untuk menjadi benar-benar 1Malaysia.

Apa pula pandangan anda terhadap galakan satu budaya kesederhanaan dalam talian? Bagaimana kita menggantikan tingkah laku ekstrem pada rangkaian sosial dan maklumat kita dengan wacana yang lebih sederhana dan seimbang? Saya mengalu-alukan diskusi yang membina di laman web, Facebook dan Twitter saya, dan saya menyeru anda juga melakukan yang sama dalam rangkaian sosial dalam talian anda sendiri. Dari lubuk hati saya berharap, kita mampu memulakan satu gerakan di seluruh dunia dengan kehadiran kita dalam talian. Sementara itu, saya berharap dapat menetapkan satu tarikh baru bagi majlis makan malam kita yang tertangguh itu, dan harapan saya anda juga, seperti mana saya, tidak sabar-sabar menunggu majlis itu.

Tags: Moderates, Social Media, Wasattiyah

Share135 0 |
Perutusan Hari Raya Aidiladha »
3 Responses to Kepimpinan Kita dalam Media Sosial dalam Talian

1.
Proud To Be A Malaysian
November 21, 2010 on 9:28 pm

YAB Dato’ Seri, it is heartening 2 see d spirit of 1Malaysia gaining momentum, & d changes that r happening 2 sustain its acceptance. However, it is very unfortunate that only RTM appears 2 be wholeheartedly spearheading d cause of 1Malaysia. This is a national effort & every govt. agency need 2 play their role 2 promote 1Malaysia within their operations & assimilate d spirit of 1Malaysia as part of their work ethics & interaction with d people. Private sector must also heed d call of 1M’sia. TQ
Reply
2.
mike
November 22, 2010 on 2:15 am

More open government, greater transparency. Allow citizenry to read and understand government policies. Let us feel we have a stake in the country.

Instead, what we have today is still leadership by force (I am strong, you are weak) or policy by obscurity (much like security by obscurity). Neither works.

For eg, the PR team for this very site. Why restrict comments to limited characters on this page? Do you want feedback or limited feedback? You ask for feedback, then ask us to shut up. Why?
Reply
3.
sunder
November 22, 2010 on 7:13 am

Dearest PM, We do have individuals who smear our country’s policies and progress online.They feel ‘invisible’ because its only online.Valuable discussions and criticisms on any issue can be healthy online.My request is under your leadership sir,is that we answer them.’Follow the tide’.The frustrated lot will eventually realize and come back to us.Our 2nd PM saw the economic imbalance and brought NEP.Now everyone benefits.Your vision will be achieved with direct discussions with us sir!

No comments:

Post a Comment