TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Friday, May 1, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA! 1 MEI 2009!




HAPPY LABOUR DAY! SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA! 1 MAY!




With the current economic slowdown worldwide, there's very little to be happy about. But, celebrate the day, we must.Let's commemorate the struggle of the international labour movement that had brought marked improvement in working conditions across the globe.So, have a good holiday, a good break tomorrow to mark May Day, or The International Workers Day.To those in key services that require you to work on Labour Day -- hats up and Syabas!


Herewith, few articles for our reference. Have a great time!




KUALA LUMPUR, 1 Mei - Melihat kepada komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak di negara ini, tidak mustahil sumbangan-sumbangan yang dihasilkan oleh warga kerja dalam apa jua bidang dan sektor, mampu membawa negara ke arah yang lebih berdaya saing dan berdaya maju pada masa akan datang.
Begitu juga, usaha-usaha yang sedang digerakkan oleh kerajaan dalam membentuk kecemerlangan dan kegemilangan negara melalui dasar-dasar sedia ada dan pendekatan baru yang diperkenalkan dari semasa ke semasa perlu mendapat sokongan dari semua pihak, bagi memacu negara supaya muncul sebagai negara Islam yang moden dan maju.
Sehubungan itu, sejarah telah menyaksikan bahawa kejayaan sesebuah negara sebenarnya banyak bergantung pada kualiti sumber manusia. Ini dapat dilihat dari negara yang kekurangan sumber semula jadi, berjaya menjadi negara pengeluar bagi produk berkualiti tinggi. Sebaliknya banyak pula negara yang kaya dengan sumber semulajadi tetapi masih dibelenggu kemiskinan dan kemunduran.
Ini bertepatan sebagaimana saranan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai peranan modal insan yang perlu dilihat sebagai satu sumber yang perlu digembleng dengan sebaik mungkin di samping sentiasa menambah nilai diri agar dapat bertindak dengan lebih inovatif dan produktif.
Sebagai sebuah negara yang sedang berkembang maju dan telah menetapkan sasarannya untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, kejayaannya sangat bergantung kepada semua pihak yang perlu sentiasa bersedia untuk bersaing.
Bagi memastikan hasrat kerajaan itu tercapai, peranan dan sokongan daripada sektor perkhidmatan awam juga amat penting. Justeru, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini mengenai pembaharuan dari segi penstrukturan dalam perkhidmatan awam dengan mengesyorkan proses saling penyerapan di antara sektor awam dan swasta amatlah dialu-alukan.
Di bawah kaedah ini menurutnya, jawatan-jawatan utama sektor awam dibuka kepada pentadbir-pentadbir daripada sektor swasta dan dari perkhidmatan lain selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik.
Begitu juga satu dasar pintu terbuka di mana pegawai-pegawai perkhidmatan awam boleh dipinjamkan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pegawai GLC dipinjamkan ke perkhidmatan awam untuk saling menimba pengalaman serta pegawai yang terpilih diberi peluang menimba ilmu di beberapa institusi tersohor di dunia seperti di Kennedy School of Government di Universiti Harvard dan Wharton Busniness School di Universiti Pennsylvania.
Tidak mustahil anjakan paradigma ini mampu mengeratkan lagi kerjasama dan menunjukkan kesepaduan antara sektor swasta dan kerajaan bagi merealisasikan Wawasan 2020.
Sehubungan itu, sempena Hari Pekerja pada 1 Mei ini, ketepikanlah segala perbalahan politik, berlapang dada bersama-sama tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama berganding bahu menggembleng tenaga membangunkan negara tercinta ini ke satu era yang lebih cemerlang di mata dunia.
Menurut wikipedia, sebuah ensiklopedia bebas, Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei), diraikan di peringkat antarabangsa yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.
Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan jam waktu bekerja.
Selamat Hari Pekerja, 1 Mei 2009.
Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.




Kembalikan Keampuhan BN Apr 30th, 2009
Kuala Lumpur, 30 April - Transformasi daripada Perikatan kepada Barisan Nasional (BN) yang dipelopori oleh Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein terbukti berjaya memberi nafas baru kepada perjuangan pemimpin-pemimpin terkemudian membawa parti dan negara ke era kecemerlangan.
BN sebagai sebuah parti yang masih memerintah adalah sebuah parti yang cukup berpengalaman dalam mengurus dan mentadbir negara menerusi pemuafakatan politik pelbagai kaum hingga berupaya membina negara yang maju dan moden sehingga dikenali pada persada dunia.
Realitinya ialah kejayaan dicapai hasil kerja keras dan perancangan rapi BN yang diberi mandat oleh rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. BN mempunyai visi dan misi jelas, terarah, berfokus dan praktikal serta dapat disesuaikan dengan perkembangan semasa.
BN juga mempunyai formula dan pendekatan yang cukup berkesan dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. Kekuatan dan keupayaan inilah yang tidak ada pada barisan parti pembangkang.
Segala masalah yang melibatkan parti-parti komponen dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan perasaan ketidakpuasan hati, kerana masing-masing lebih mementingkan perpaduan dan persefahaman. Inilah asas kekuatan yang dimiliki oleh BN.
Dengan mengharungi pelbagai ujian dan badai politik, kesemua proses itu telah mematangkan BN dalam perjuangan.
Berasaskan prestasi pencapaian BN dari segi pembangunan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial, parti-parti pembangkang sebenarnya tidak ada isu utama yang boleh mempengaruhi rakyat dari terus menyokong BN.
Tetapi, disebabkan beberapa kelemahan yang memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk mengatasinya, BN pasca pilihan raya umum ke-12 lalu yang dilanda badai ‘tsunami politik’ dilihat seolah-olah seperti tidak bermaya menongkah arus.
Sehubungan itu, BN perlu menerokai segala potensi kekuatan dan melenyapkan segala budaya penafian dan meninggalkan segala amalan yang boleh melemahkan perjuangan dengan melakukan perubahan dan juga pembaharuan.
Dengan sejarah dan falsafah kerjasama yang begitu berkesan, BN dengan penyertaan komponen dari pelbagai parti yang mewakili pelbagai kaum, agama dan bangsa di negara ini seharusnya menjadi juara di dalam menjaga kepentingan rakyat.
Tanggung jawab ini perlu dipenuhi secara kolektif oleh semua ahli setiap parti yang menjadi anggota di dalam BN dengan penuh semangat kerjasama yang ikhlas, integriti dan bersatu padu.
Masakan kita boleh lupa bahawa BN telah mengamalkan budaya politik yang mengutamakan keadilan, kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan. Malahan, BN adalah satu-satunya gabungan parti politik di negara ini yang memperkenalkan budaya politik persefahaman dan kerjasama antara sesama komponen.




Mengakarumbikan Satu Malaysia Apr 29th, 2009
Harapan satu Malaysia telah dilakarkan dengan gambaran indah yang memungkinkan pengakhiran sempurna sekiranya ia mampu disempurnakan dengan lancar tanpa sebarang kecacatan.
Namun demikian, sememangnya bercakap tidak semudah untuk melakukannya apatah lagi telah pasti bahawa halangan yang mendatang tentunya amat mencabar.
Para pemimpin tertinggi telah menggariskan apa yang perlu dilaksanakan bagi mencapai negara maju dan masyarakat cemerlang seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020 dan juga Misi Nasional sebagai matlamat utama.
Sesungguhnya apa yang digariskan oleh pemimpin baru negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu, apatah lagi kepimpinan beliau banyak dilihat sebagai garapan dari ayahandanya yang juga mantan Perdana Menteri ke-2 iaitu Tun Razak Hussein sebagai bapa pembangunan.
Namun demikian, persoalannya adalah bagaimana untuk menyalurkan dasar dan hasrat murni kerajaan kepada masyarakat terutamanya di peringkat akar umbi?
Apatah lagi, golongan inilah yang sesungguhnya menjadi penentu yang akan mendukung dan memacu setiap hasrat kerajaan sejajar dengan matlamat utama untuk masyarakat dan negara.
Perlu difahami bahawa dalam mencapai apa yang telah digariskan, kerajaan tidak pernah mengetepikan atau meminggirkan apatah lagi untuk menidakkan hak rakyat sama ada untuk memiliki, memilih atau menyuarakan hasrat yang tersirat.
Lantaran itulah, Perdana Menteri bersama-sama barisan kepimpinan yang baru merungkai persoalan yang membelenggu minda segelintir masyarakat khususnya yang berpandangan negatif atas apa yang kerajaan lakukan.
Dalam hal ini, kerajaan yang ditunjangi BN sentiasa mengambil jalan positif untuk memberi penerangan kepada masyarakat bahawa setiap kata-kata yang diucapkan bukanlah sekadar janji-janji kosong semata-mata sebaliknya ia adalah amanah yang menjadi satu tanggungjawab untuk ditunaikan.
Sejajar dengan itu, fikirkanlah bagaimana kesungguhan yang dilakukan oleh kerajaan, bukan setakat hari ini atau sehari dua sahaja sebaliknya nilailah bagaimana kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab sejak BN menerajui kerajaan lebih 50 tahun yang lalu.
Bukalah minda dengan kewarasan akal fikiran untuk menilai bahawa jika sekiranya setiap kata-kata yang diucapkan hanya sekadar pemanis mulut sahaja sudah pastilah kesejahteraan tidak ada, keamanan akan musnah dan lebih teruk lagi, keseimbangan yang diusahakan tidak akan tercapai.
Paling mudah, lihat sahaja prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan – dari kemudahan pendidikan, keselesaan tempat tinggal, jaminan bersosial dan bermasyarakat dalam ruang lingkup yang terbuka walaupun dilingkari golongan berbilang-bilang bangsa, pelbagai budaya dan agama berbeza.
Lantaran itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk bersama-sama mendukung hasrat ters

No comments:

Post a Comment