By : Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Sehari dua ini, laman facebook menjadi sangat hangat dengan ‘perang status’. Ruang interaksi maya ini sudah pantas menjadi medan ‘pernyataan politik’ walaupun mungkin tujuan asalnya adalah untuk memperkukuh persahabatan dan membina jalinan hubung dengan rakan baru.
Sebagai menyahut keperluan ‘mendepani tuntutan masa,’ penulis juga sudah punya laman facebook untuk beberapa bulan. Cukup menarik, kerana ruang ini memberikan ke bebasan untuk sesiapa sahaja memberikan pandangan dan melontarkan saranan.Ya, mungkin sebahagian saranan ini bersifat amat ‘politikal’ dan berat kepada kum pulan tertentu – namun budaya ‘demokrasi ala-facebook’ ini tidak sesekali membataskan ruang untuk sesiapa sahaja mengemukakan pandangan. Dengan apa yang berlaku di Perak, maka dapatlah dilihat pelbagai reaksi, reaksi balas – dan pernyataan pandangan mengenai apa yang sudah, sedang dan akan berlaku di Perak. Bagaikan pelengkap kepada keterbukaan media melalui blog dan sebagainya – facebook mempunyai reaksi balas yang lebih bersifat masa sebenar dan spontan.Inilah ruang dan medan interaksi baru buat anak muda. Sama ada kita mudah tercuit dan berkecil hati dengan pelbagai pandangan dan saranan; itu terpulang kepada ‘tahap imuniti’ sendiri. Kalau kita berani memberi pandangan; kita juga mestilah bersifat terbuka dan ‘jujur’ menerima reaksi balas. Tidak perlu emosional. Tidak perlu cepat naik angin. Keterbukaan medan baru seperti facebook ini memberikan kita seluas mungkin ruang untuk berbicara secara berhadapan dan spontan. Memang ada yang ‘terlampau’ dalam memberi pandangan, namun jumlahnya sa ngat kecil dan sedikit.
Sebagai menyahut keperluan ‘mendepani tuntutan masa,’ penulis juga sudah punya laman facebook untuk beberapa bulan. Cukup menarik, kerana ruang ini memberikan ke bebasan untuk sesiapa sahaja memberikan pandangan dan melontarkan saranan.Ya, mungkin sebahagian saranan ini bersifat amat ‘politikal’ dan berat kepada kum pulan tertentu – namun budaya ‘demokrasi ala-facebook’ ini tidak sesekali membataskan ruang untuk sesiapa sahaja mengemukakan pandangan. Dengan apa yang berlaku di Perak, maka dapatlah dilihat pelbagai reaksi, reaksi balas – dan pernyataan pandangan mengenai apa yang sudah, sedang dan akan berlaku di Perak. Bagaikan pelengkap kepada keterbukaan media melalui blog dan sebagainya – facebook mempunyai reaksi balas yang lebih bersifat masa sebenar dan spontan.Inilah ruang dan medan interaksi baru buat anak muda. Sama ada kita mudah tercuit dan berkecil hati dengan pelbagai pandangan dan saranan; itu terpulang kepada ‘tahap imuniti’ sendiri. Kalau kita berani memberi pandangan; kita juga mestilah bersifat terbuka dan ‘jujur’ menerima reaksi balas. Tidak perlu emosional. Tidak perlu cepat naik angin. Keterbukaan medan baru seperti facebook ini memberikan kita seluas mungkin ruang untuk berbicara secara berhadapan dan spontan. Memang ada yang ‘terlampau’ dalam memberi pandangan, namun jumlahnya sa ngat kecil dan sedikit.
Yang pasti, kalangan orang muda sudah semakin celik dengan hakikat politik. Mereka sudah mampu memahami isu dengan cukup teliti dan tidak lagi mampu disuapkan dengan faham fikir yang sama dan bersifat satu arah. Mereka menjadi kumpulan yang sangat mak lum dan mampu mengulas isu dengan baik dan menyeluruh.Ya, memang masih ada mereka yang emosional dan penuh ‘nilai kebencian’. Namun, secara keseluruhannya – kebanyakan anak muda sudah boleh menerima perbezaan pan dangan dan mahu berdiskusi secara rasional dan terbuka.Inilah juga yang menyebabkan segala dinamisme politik dan perundangan yang ber kait dengan masa depan politik Perak adalah antara isu terhangat di dalam medan media tradisonal dan baru. Ramai kalangan rakan penulis, terutamanya yang masih muda mempunyai pandangan yang rencam dan pelbagai dalam isu ini. Ada yang menyokong dan meraikan usaha pengambilalihan kuasa. Ada juga yang sangat kritis dan menafikan ‘amalan matematik demokrasi mudah’ yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak.
Kesepakatan adalah sesuatu yang sangat tidak wujud dalam isu ini. Masing-masing punya ruang alasan yang tersendiri.Apa pun jua asas pandangan yang diberi kan, ia perlu kembali kepada ‘asas demokrasi’ yang ada. Matematik demokrasi adalah mudah – yang mempunyai lebih sokongan akan menjadi pemenang. Ini asas dan fundamental demokrasi. Apakah ia sempurna dan maksum? Tidak. Tetapi ‘matematik demokrasi’ memberikan kelebihan dan keabsahan melalui kaedah ini. Cita-cita dan harapan pengambilalihan kerajaan Persekutuan pernah dicanangkan berlaku dengan amalan ‘matematik demokrasi’ bentuk ini. Ia dicanang di akhbar. Ianya diangkat sebagai ‘jihad’ politik. Apakah ia ‘dihalalkan’ kerana menepati hasrat politik seorang individu yang tamak kuasa? Sehinggakan tarikh 16 September 2008 diangkat sebagai ‘tarikh keramat’ bagi proses pengambilalihan kuasa berlaku. Di mana? Di dalam dewan yang mulia!Apakah proses dan amalan sama tidak boleh berlaku di Perak? Kita kembalikan proses ini ke dewan yang mulia. Bersidang sebagai kalangan yang punya decorum dan sistem nilai seorang Wakil Rakyat. Bukannya seorang kaki pukul dan hooligan yang terjerit ke sana dan ke mari. Proses ini sudah dinafikan oleh kalangan wakil rakyat tempoh hari. Suatu proses dan usaha pelaksanaan dan penterjemahan demokrasi sudah disabotaj secara membuta tuli.
Mengapa perlu ada double-standard dalam penerimaan dan pengamalan demokrasi? Jika ‘nilai matematik demokrasi’ ala 16 Sep tember 2008 boleh diguna pakai – seharusnya Sidang DUN Perak tempoh hari berlaku secara tenang dan tidak timbul sebarang masalah sekalipun.Penulis bersetuju bahawa sidang 7 Mei 2009 tempoh hari adalah suatu ‘insiden politik’ yang mendukacitakan banyak pihak. Kita boleh melihatnya dari tingkap politik mana sekalipun, kewujudan sekumpulan manusia ‘terdidik’ yang bertindak ganas, melakukan provokasi, menjerit dan menengking adalah gambaran yang tidak menggambarkan period ‘politik matang’ yang ramai di kalangan rakyat hajatkan. Kepada majoriti rakyat, masalah dan beban mereka lebih layak diperbahaskan daripada ber lakunya insiden sedemikian rupa. Apakah ini bentuk demokrasi yang dihajatkan? Tidakkah kerajaan (bunian) 16 September mungkin akan mengundang suasana serupa? Bukankah rakyat jua yang akan menanggung rugi?
Dinamisme perundangan yang berkait dengan isu pertikaian di Perak juga mendapat perhatian di kalangan rakyat. Yang penting, kebebasan ‘cabang undang-undang’ amat di hormati dan dihargai. Keputusan Mahkamah Tinggi telah dite rima dengan hati yang terbuka oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), baik di Perak mahupun di peringkat nasional. Hemah dan budi bicara kepimpinan adalah cukup luar biasa. Walaupun mungkin kecewa kerana keputusan tidak memihak kepada kerajaan, ini tidak memberikan waima se kecil-kecil lesen untuk kita menidakkan ke putusan mahkamah. Akur dengan keputusan mahkamah – kalangan kepimpinan dan penjawat jawatan menerima baik keputusan tersebut. Ironinya, semua pimpinan pembangkang me nyambut baik juga keputusan tersebut. Mahkamah disifatkan sangat adil dan tidak memihak. Senyum, tawa, laungan dan pekikan mewarnai tangga mahkamah. Seharusnyalah pada waktu dan ketika yang sama, harus ada kesedaran bahawa proses dan dinamisme perundangan tersebut tidak akan berakhir di situ. Sekiranya, keputusan tidak memihak ke pada mereka, nescaya usaha yang sama akan dilakukan oleh pihak mereka. Keterbukaan ini mestilah difahami sejak dari awal lagi.
Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan proses penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi tidak wajar dilihat dalam ruang pan dang yang terlalu negatif. Sudah pun wujud usaha-usaha terancang untuk mengaitkan ke putusan ini sebagai keputusan yang ‘tidak bebas’ dan memihak kepada pihak lain. Ketua Penerangan sebuah parti politik misalnya mengemukakan ‘kecurigaan’ dengan keputusan tersebut. Apakah mahkamah akan hanya dilihat bebas jika keputusannya memihak kepada kita? Mahkamah juga akan cepat diperkatakan sebagai ‘memihak’ apa bila membuat keputusan sebaliknya.Usaha demonisation atau memburukkan ke putusan dan institusi kehakiman ini tidak sepatutnya berlaku.
Penulis menganggap trend dan usaha merosakkan imej institusi kehakiman ini adalah tabiat dan amalan mereka yang sangat dangkal dan ‘paranoid’ dengan kemampuan mereka sendiri. Janganlah kita merendahkan tahap dan nilai integriti kalangan Yang Arif dengan tuduhan dan kenyataan tidak bertanggungjawab seperti ini. Kita perlu menjauhkan sama sekali institusi kehakiman daripada pengamalan politik yang kurang matang dan ber niat jahat seperti ini.Mahkamah perlu dibenarkan membuat ke putusan dengan ‘nilai perundangan’ yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ini termasuklah dengan usaha mengheret mahkamah kepada ‘sistem nilaian’ persepsi yang merosakkan imej institusi tersebut. Kecenderungan ini mesti dihentikan atau ini sebahagian daripada usaha dan perencanaan politik bagi memberikan kelebihan politik. Jika itulah niat dan hasratnya, institusi kehakiman juga akhirnya ‘dipengaruhi’ dengan politik persepsi yang merosakkan.
Di luar lingkungan pemikiran biasa, penyelesaian isu politik Perak ini menuntut pengamalan politik matang dan berfikiran terbuka. Kita boleh terus bergelumang dengan percaturan politik, namun ia akan menyebabkan rakyat semakin berasa marah dan tidak puas hati. Hakikat dan realiti ini jangan sesekali kita ketepikan. Baik kepada kerajaan mahupun pembangkang, rakyat akan lebih kecewa sekiranya nasib mereka diletakkan sebagai perjuangan ‘kedua’ penting selepas percaturan politik. Oleh yang demikian, sidang Dewan Undangan Negeri mesti dibenarkan bersidang seperti biasa. Tanpa insiden dan usaha sabotaj yang sengaja. Rakyat mesti diberikan ke yakinan bahawa kedua-dua pihak mempunyai ‘jiwa besar’ untuk bertindak demi ke pentingan mereka. Ruang ini sudah pun dimulakan oleh ke sediaan Presiden UMNO sendiri untuk be kerjasama dengan pihak berkenaan. Soalnya, siapa yang mahu memulakan usaha pemulihan politik ini? Rakyat mesti diberikan keyakinan bahawa nasib dan masa depan mereka bukanlah ‘perkara kedua’ kepada pemuka politik sedia ada.
Sidang DUN mesti menjadi rentak pemula kepada usaha mengembalikan ‘ketenangan’ di halaman politik Perak. Ia mesti dijayakan secara cukup terhormat dan tidak menjurus kepada usaha menidakkan mana-mana pihak sekalipun. Setiap wakil rakyat mesti dihargai sebagai kalangan yang punya ‘nilai pembawaan diri’ yang baik dan terhormat. Sudah barang tentu, mereka tidak sesekali wajar bertindak di luar decorum yang diharapkan oleh sekalian rakyat. Sebagai kalangan yang ‘terpilih’, mereka mestilah punya harga diri dan maruah politik yang tinggi. Tidak semudahnya untuk bertindak seperti remaja longgar akhlak dan tidak punya hala tuju. Mereka mestilah punya ‘kematangan politik’ untuk menerima realiti dan suasana sedia ada.Kita tidak lagi wajar berbicara mengenai demokrasi lampau dalam bentuk definisi dan amalan. Hari ini, masyarakat mengharapkan demokrasi yang bernilai dan bermaruah tinggi. Masyarakat mengharapkan demokrasi yang bersifat ‘deliberatif’. Demokrasi yang lebih inklusif dan memusat kepada kepentingan rakyat.
Antara ciri penting demokrasi deliberatif (deliberative de mocracy) ini ialah kewujudan masyarakat yang terdidik dan bermaklumat, kehadiran ‘ruang partisipasi’ untuk rakyat mengemu kakan pandangan, kalangan penjawat awam yang bertanggungjawab dan responsif, penghormatan kepada keterbukaan pandangan dan perbezaan pendapat.Semua ini sudah menjadi teras kepada kepimpinan negara yang ada. Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sangat bersungguh dalam usaha mewujudkan segala ‘infrastruktur’ kepada pengwujudan budaya demokrasi yang lebih sihat di negara ini. Kita tidak seharusnya terbungkam dan te rus terheret kepada pengamalan politik yang menjurus kepada kesumat dendam. Amalan politik yang tidak matang dan kurang rasional akan menjadi anti-tesis kepada usaha kita mewujudkan sebuah sistem berkerajaan yang berprestasi tinggi. Dalam menuju ke arah amalan politik yang sedemikian matang – kita memerlukan juga amalan berkerajaan dan kepembangkangan yang bernilai tinggi. Krisis di Perak – mampu menjadi kertas litmus kepada kesediaan kita untuk itu.
No comments:
Post a Comment