TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Friday, May 15, 2009

15 MEI 2009 : HARI BELIA NEGARA 2009: MENGUCAPKAN SELAMAT HARI BELIA 2009!
















May 15, 2009
Belia Pemangkin Pembangunan Bangsa dan Negara
Tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembentukan masyarakat dan negara. Ini kerana, sebahagaimana yang telah saya utarakan sebelum ini, golongan pewaris ini bukan sahaja penting dari segi komposisi dan representatif mereka di dalam populasi nasional, tetapi juga dari aspek ekonomi dan politik di mana dari segi ekonomi golongan belia mewakili 66 peratus daripada populasi produktif atau golongan yang bekerja di negara ini. Dari aspek politiknya pula, golongan pengundi muda dijangka menjangkau lebih daripada 7 juta orang pada Piliharanya Umum ke 13 nanti. Ini semua membuktikan bahawa golongan belia bukan sahaja penting dari segi potensi, malahan juga dari aspek realiti sumbangan terkini mereka samaada berbentuk ekonomi, sosial mahupun politik kepada negara.Sehubungan dengan itu, para belia perlu sedar bahawa masa muda inilah peluang bagi mereka untuk memanfaatkan usia dan masa dengan sebaik-baiknya sejajar dengan sabda Rasulullahu Alaihi Wasallam yang menasihati seorang lelaki untuk merebut lima perkara sebelum didatangi oleh lima perkara yang lain; iaitu masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum fakir, masa lapang sebelum kesibukan dan masa hidup sebelum mati.Jelas dari hadis tersebut, yang bersifat universal dan membawa pengajaran menjangkau batasan agama dan bangsa, golongan belia telah dinasihati untuk memanfaatkan masa dengan betul dan produktif. Oleh itu, para belia hendaklah memanfaatkan usia muda seperti menimba ilmu pengetahuan, bekerja dengan tekun dan keras di bidang masing-masing bagi menyumbang nilai tambah kepada kesejahteraan dan pembangunan negara serta menghindarkan diri dari anasir-anasir negatif dan gejala-gejala yang merosakkan jiwa, minda, dan akhlak seperti terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mat rempit, jenayah ragut, 'black metal' dan sebagainya.Selaras dengan sambutan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan yang bakal disambut pada 15 Mei ini, saya menyeru seluruh masyarakat belia untuk bersama-sama kita buktikan bahawa belia Malaysia adalah belia yang berwawasan, bersemangat, berdaya saing dan menjadi aset sebagai pemangkin pembangunan bangsa dan negara.Selamat Hari Belia.










Belia berwawasan bantu jayakan konsep 1Malaysia
Oleh Amirullah Andi Nurarullah@bharian.com.my
BELIA adalah aset terpenting dalam sesebuah negara. Jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan, bergantung kepada peranan dimainkan golongan ini. Tentunya kita sudah biasa mendengar ungkapan itu. Justeru, sebagai menghargai sokongan serta sumbangan penting golongan ini kepada negara sejak lebih 51 tahun lalu, maka setiap tahun kerajaan meraikan mereka menerusi sambutan Hari dan Minggu Belia Negara yang tetapkan pada setiap 15 Mei, seperti pada hari ini. Tahun ini, sambutan perhimpunan berpusat di Melaka, negeri yang kaya dengan sejarah dan paling aktif dengan aktiviti belia. Sambutan awal program ini sebenarnya sudah dilancarkan di Stadium Utama Kangar pada 3 Mei lalu. Bagaimanapun sempena perhimpunan hari ini, acara di Melaka bermula sejak 13 Mei lalu dan berakhir Ahad ini.





Sambutan yang dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia dan Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka itu, menyaksikan penganjuran pelbagai acara menarik. Antaranya Karnival Remaja, Festival Rekreasi dan Sukan Belia Kebangsaan serta Konvensyen Belia Kebangsaan. Kemuncak sambutan tentunya, perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh. Perhimpunan kali ini bertemakan `Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan'. Dianggarkan kira-kira 20,000 pemimpin dan wakil pelbagai pertubuhan belia dari seluruh negara hadir pada majlis ini. Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Perhimpunan Belia Sedunia, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dijangka hadir.
Pada awalnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan dan sekali gus menyampaikan amanat penting pada majlis ini. Namun beliau terpaksa membatalkannya pada saat akhir kerana menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI) di Menado, Sulawesi Utara, Indonesia. Tahun lalu, perhimpunan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil yang dihadiri kira-kira 15,000 pemimpin dan wakil belia, mewakili pelbagai pertubuhan atau persatuan dari seluruh negara. Perasmian program bertemakan `Belia Cemerlang, Negara Terbilang' itu disempurnakan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebagai imbasan, antara lain, dalam amanahnya yang terakhir sebagai Perdana Menteri, Abdullah mahu golongan belia di negara ini menanam sikap untuk sentiasa maju, hebat dan bersemangat tinggi agar dapat mencapai kejayaan dalam setiap bidang diceburi. “Dengan sikap untuk sentiasa maju dan disertakan dengan ilmu atau kemahiran, belia akan mampu menghadapi saingan yang semakin mencabar. Kita tidak mahu belia tidak bekerja atau terbabit dalam kerja tidak berfaedah... kita mahu tenaga muda ini diperkasakan dan sama-sama membangunkan negara,” katanya.
Perhimpunan secara besar-besaran di Ballroom MITC, Melaka pada petang ini sememangnya sangat dinantikan pelbagai pihak, khususnya di kalangan pemimpin dan ahli belia sama ada di peringkat pusat, negeri atau daerah yang berkumpul di negeri kelahiran Hang Tuah itu sejak beberapa hari lalu. Sejak mengambil alih kepemimpinan negara pada awal April lalu, tidak banyak diketahui mengenai hala tuju belia negara berlandaskan konsep ‘1Malaysia’ yang diperkenalkan Perdana Menteri. Malah pada peringkat kementerian sendiri, dikatakan belum ada pendekatan paling tepat mengenainya. Apa lagi dengan pelbagai kes membabitkan golongan belia hari ini yang agak membimbangkan. Misalnya, terbaru, seramai 500 mat rempit dan pelumba kereta haram ditahan di Dataran Merdeka dalam operasi mencegah kegiatan lumba haram dan kesalahan lalu lintas. Itu tidak termasuk kes berkaitan penyalahgunaan dadah, ragut, pecah rumah, curi kenderaan, gangsterisme, seks rambang atau sumbang mahram termasuk membabitkan remaja di peringkat sekolah yang kebelakangan ini banyak disiarkan media. Kes sebegini tentunya amat membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia. Ahmad Shabery sebelum ini ada menyentuh konsep 1Malaysia ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri melancarkan sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009 di Kangar. Selepas majlis itu, beliau mengumumkan mengenai konsep ‘Satu Belia’. Antara lain, beliau berkata, kejayaan konsep 1Malaysia sukar untuk dijayakan jika belia yang kini berjumlah kira-kira 12 juta, tidak bersatu. Bagi menjayakan konsep 1Malaysia, katanya, cara berfikir golongan muda juga perlu ditukar dan ia sepatutnya dimulakan pada peringkat sekolah rendah lagi. “Belia seharusnya bersatu dan berfikir sebagai satu. Mereka mempunyai tanggungjawab lebih besar sebagai pelapis kepemimpinan negara pada masa depan. Kita patut mengajar mereka supaya menjadi warganegara yang mencintai dan mengasihi negara sebab mereka adalah mewakili masa depan. “Sebab itu, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan akan menjadi realiti, malah mampu dicapai dengan cepat jika belia bersatu,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim ketika ditemui pada satu majlis di Melaka baru-baru ini berkata, amanat yang bakal disampaikan Muhyiddin pada petang ini sangat penting terutama kepada belia, bagi memahami apa yang ingin dibawakan pucuk pimpinan menerusi konsep 1Malaysia. Katanya, ini adalah amanat sulung pucuk pimpinan negara kepada belia dalam satu acara yang menghimpunkan semua pemimpin belia, sejak kepemimpinan baru mengambil alih. “Sebab itu, saya berharap, perhimpunan ini bakal menjadi titik pertemuan kepada seluruh kepemimpinan belia seluruh negara untuk memahami konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri. Amanat ini penting untuk mengajak belia bergerak atas satu nada dan lebih penting, atas satu pemahaman. “Selepas daripada itu, apabila mereka kembali ke tempat atau kawasan masing-masing, pemimpin atau wakil belia yang hadir ini akan membawa satu suara yang sama dan bukan lagi atas andaian serta pemahaman berbeza-beza. Belia perlu sepakat mencari jalan untuk sama-sama menjayakan konsep 1Malaysia ini,” katanya. Setiausaha Agung Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Nizam Omar berkata, pertubuhan itu sememangnya menantikan amanat yang bakal disampaikan Timbalan Perdana Menteri terutama berkaitan konsep 1Malaysia. “Kita berharap akan ada satu perkhabaran gembira disampaikan dalam amanat Timbalan Perdana Menteri nanti, sama ada untuk belia di kampung atau di bandar,” katanya.






Belia dan agenda Satu Malaysia
Oleh DR. SAMSUDIN A. RAHIM
HARI Belia diraikan pada 15 Mei setiap tahun. Pengiktirafan kepada belia adalah penting kerana golongan ini bukan sahaja generasi pewaris tetapi nadi dan indikator keadaan sesebuah negara. Maju atau mundur ekonomi negara, perubahan nilai dan budaya, struktur pekerjaan dan konsep kenegaraan dicerminkan oleh generasi belia.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membangunkan belia di negara ini, masih banyak isu membabitkan belia diketengahkan. Antaranya ialah keterpinggiran belia dalam sektor ekonomi, salah laku sosial dan tahap perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum.
Pendekatan dan pengisian pembangunan belia perlukan perubahan. Selaras dengan perubahan kepimpinan negara dan juga untuk mengatasi kelemahan pendekatan lalu perlu difikirkan pendekatan dan pengisian daripada perspektif baru.
Satu cabaran yang memerlukan perspektif baru adalah bagaimana program pembangunan belia dapat merealisasikan gagasan Satu Malaysia.
Walaupun perpaduan kaum sentiasa menjadi tunggak matlamat pembangunan negara tetapi setelah lebih 50 tahun merdeka, isu perpaduan masih lagi belum dapat diatasi sepenuhnya. Kebelakangan ini, ikatan perpaduan antara kaum kelihatan semakin rapuh.
Kajian oleh Social Science Research Center-Youthsay di kalangan 4,500 belia pada April lalu mendapati, 35 peratus menyatakan rakyat lebih berpecah dan tidak bersatu. Sementara 24 peratus menyatakan rakyat lebih bersatu dan 36 peratus merasakan tahap perpaduan seperti biasa sahaja. Sejumlah sembilan peratus tidak memberikan pendapat.
Kajian itu mendapati 88 peratus belia setuju agar kita kurang menekankan aspek kaum atau etnik dalam wacana seharian. Apabila ditanya tentang konsep Satu Malaysia, 61 peratus menyokong gagasan itu.
Bermula dengan masyarakat majmuk sewaktu mencapai kemerdekaan, kita memulakan proses asimilasi dan seterusnya menuju ke arah integrasi sebagai bangsa Malaysia.
Adalah sukar untuk menjadi satu bangsa yang bersatu jika rakyat tidak dibentuk dalam acuan yang benar-benar diperlukan oleh negara. Sudah tiba masanya program pembangunan belia menekankan aspek pembangunan kewarganegaraan.
Ia berkisar kepada empat kategori iaitu kewarganegaraan sosial, politik, budaya dan ekonomi bersesuaian dengan hak warganegara. Kewarganegaraan tidak hanya boleh dilihat sebagai keahlian seseorang dalam sesebuah negara berdasarkan status kelahiran mereka.
Kewarganegaraan tidak perlu terbatas dengan hubungan negara dan warganya. Sebaliknya ia memerlukan peranan aktif warga untuk membawa perubahan dalam pelbagai dimensi hidup.
Di England satu suruhanjaya Youth Citizenship Commission ditubuhkan pada 2007. Ia bertujuan meningkatkan keterlibatan belia dalam proses demokrasi, melaksanakan pendidikan kewarganegaraan di kalangan kumpulan terpinggir, menggalakkan warga aktif melalui kerja komuniti dan sukarela, serta bagaimana sistem politik boleh mencerminkan cita rasa generasi masa kini.
Negara-negara Kesatuan Eropah juga melancarkan kertas putih New Impetus for European Youth pada 2001. Ia bertujuan menggalakkan kewarganegaraan aktif di kalangan generasi belia. Ini bermaksud melibatkan belia dalam penggunaan kemahiran dan keupayaan sosial, kognitif dan budaya dalam proses membuat keputusan dan pendidikan kewarganegaraan.
Apa yang perhatikan, kebanyakan program pembangunan belia tertumpu kepada aktiviti riadah dan sukan untuk mengisi masa lapang. Memang diakui aktiviti itu penting untuk menjamin tahap kesihatan. Tetapi di manakah program pembangunan yang mendidik belia untuk menjadi warganegara aktif, berpengetahuan dan bertanggungjawab?
Secara umum, kewarganegaraan melibatkan tiga perkara iaitu identiti, rasa diterima dan juga keterlibatan.
Identiti berkait dengan siapa kita. Sukar untuk tentukan identiti fizikal kerana kita berasal daripada pelbagai kaum. Kita ibarat rojak. Tetapi yang menjadikan rojak itu sedap adalah sos petis yang menggarap pelbagai ramuan rojak menjadi satu.
Selain identiti nasional, kita juga boleh mewujudkan identiti budaya. Ia boleh mengambil kira nilai-nilai seperti budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
Nilai-nilai Satu Malaysia boleh mewujudkan warganegara yang mempunyai karakter nasional.
Kewarganegaraan juga melibatkan rasa diterima oleh orang lain. Setiap belia perlu merasa mereka diterima oleh masyarakat, persatuan dan majikan. Aspek penting dalam membentuk kewarganegaraan adalah keterlibatan. Ia mesti aktif dan efektif bukan setakat status sebagai ahli sesebuah negara sahaja.
Indeks Belia Malaysia 2008 menunjukkan, tahap keterlibatan belia dalam berpersatuan dan juga sosial politik masih di tahap rendah. Begitu juga dengan skor mengenai identiti.
Walaupun jutaan ringgit dilabur untuk pelbagai program pembangunan belia tetapi pencapaian terhadap intipati pembangunan kewarganegaraan di kalangan belia masih rendah.
Kelemahan itu berlaku kerana program pembangunan belia tidak begitu fokus. Ia tidak mempunyai visi yang jelas untuk dicapai dalam konteks pembangunan negara.
Sementara itu, kita juga perlu mempunyai sistem pemantauan yang akan menilai keberkesanan setiap program melahirkan hasil yang diperlukan. Sistem itu perlu memantau pencapaian dalam tiga domain utama itu identiti, rasa diterima dan keterlibatan dalam empat dimensi kewarganegaraan iaitu politik, sosial, budaya dan ekonomi.
Daripada segi struktur pula, mekanisme program pembangunan belia perlu dirombak dan disusun semula.
Adakah kepelbagaian bentuk persatuan belia yang ada sekarang ini sesuai untuk mencapai matlamat gagasan Satu Malaysia? Kita perlukan kepelbagaian daripada segi bentuk program dan aktiviti yang merangkumi aspek politik, ekonomi, budaya dan sosial.
Usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kapasiti keupayaan sistem penyampaian program pembangunan belia agar mereka boleh melakukan transformasi ke arah Satu Malaysia secara efektif.
Program pembangunan belia tidak boleh lagi dilaksanakan melalui persatuan berbentuk kaum. Sasaran program tidak semestinya terbatas kepada keahlian dalam persatuan dan mereka yang ingin turut serta sahaja.
Pendidikan kewarganegaraan melalui program pembangunan belia haruslah mengambil kira untuk menyampaikan maklumat dan mendidik belia mengenai cabaran dalam bidang pekerjaan, peluang-peluang memajukan diri untuk masa depan, meningkatkan kemahiran dan kapasiti diri, menghayati kualiti kehidupan berkeluarga yang baik dan sebagainya.
Perpaduan antara pelbagai kaum tidak akan tercapai sekiranya generasi belia masih lagi dibelenggu dengan masalah-masalah peribadi. Perpaduan kaum juga mungkin tidak akan tercapai jika kita tidak mempunyai warganegara yang berkualiti dan aktif menunaikan tanggungjawab mereka.
Gagasan Satu Malaysia boleh dicapai jika generasi belia berusaha berjuang untuk masa depan dengan ciri kewarganegaraan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara.
PENULIS ialah adalah Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mantan Ketua Pengawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia





Akhlak penentu kelangsungan tamadun bangsa
Oleh MUHAMMAD HISYAM MOHAMAD
AKHLAK mulia merupakan unsur penting yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Malah tujuan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT adalah untuk menyempurnakan akhlak mulia manusia.
Ia adalah cerminan kebersihan hati yang diterjemah menerusi tingkah laku pemiliknya. Jadi, jika seseorang itu beriman dan mengamalkan perintah Allah, maka akan timbullah sifat-sifat mulia dalam bentuk budi pekertinya.
Sebaliknya jika memiliki jiwa yang kotor, maka tingkah lakunya banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu yang cenderung untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama.
Dewasa ini kita berdepan dengan segala macam kerenah dan musibah yang berpunca daripada kelunturan penghayatan akhlak yang mulia di kalangan anggota masyarakat. Daripada masalah buli di kalangan pelajar sekolah hinggalah kepada onar oleh mat-mat rempit. Dan daripada soal kerenah birokrasi penjawat bawahan hinggalah kepada masalah akhlak golongan atasan. Semua itu berpunca daripada kurang penghayatan serta pengamalan kepada akhlak Islamiah yang dibawa oleh Nabi SAW.
Dalam satu riwayat, Saidatina Aishah r.a pernah ditanya berkenaan akhlak Rasulullah. Jawapan oleh Umm al-Mukminin itu amat ringkas sekali. Namun ia mempunyai pengertian yang besar iaitu akhlak Rasulullah "adalah al-Quran".
Kitab suci itu adalah panduan hidup yang lengkap untuk manusia. Jadi apabila Aishah menjawab seperti itu, secara jelas menunjukkan unsur akhlak tidak boleh dipandang remeh.
Dalam hal ini juga, kita tidak menafikan peranan tradisi keilmuan yang tinggi dalam pembangunan tamadun bangsa. Malah sejarah membuktikan bahawa bangsa yang mempunyai budaya ilmu yang baik mampu mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sebagai contoh, bangsa Yunani purba serta umat Islam suatu ketika dahulu telah mencapai kegemilangan masing-masing menerusi penghayatan tradisi keilmuan yang tinggi.
Namun tradisi keilmuan semata-mata tanpa penekanan yang sewajarnya diberikan kepada soal penghayatan nilai-nilai murni tidak memungkinkan kegemilangan tadi dapat bertahan lama.
Masyarakat Yunani purba walaupun berilmu, namun gagal daripada segi penghayatan dan amalan. Mereka mengakui bahawa ilmu perlu selari dengan akhlak, namun daripada segi amalan adalah sebaliknya.
Begitu juga dengan tamadun Islam. Jatuh bangun tamaddun ini sepanjang sejarah lalu ada kaitan rapat dengan amalan ajaran agama. Asuhan dan didikan Rasulullah SAW yang menekankan unsur pengukuhan akidah, penghayatan budaya ilmu dan pembinaan sahsiah berjaya mengangkat masyarakat Arab jahiliah.
Mereka menerima ajaran Islam untuk membina empayar pemerintahan dan membangunkan satu peradaban yang jauh mengatasi tamadun bangsa lain yang sezaman dengannya.
Kelunturan terhadap pegangan agama dan nilai murni yang dianjurkan agama Islam terutama di kalangan pemimpin telah menghumban maruah bangsa ke tahap paling rendah. Paling menyedihkan apabila masyarakat Islam sendiri menolak Islam dalam sistem pemerintahan. Ini berlaku di Turki selepas kejatuhan empayar Othmaniah. Pemimpin Turki mengisytiharkan ia sebagai negara sekular yang tiada hubung kait dengan dunia Islam. Secara tidak langsung ia menafikan kepentingan unsur akidah dan peranan akhlak Islamiah dalam membangunkan bangsa dan negara.
Hasilnya, hari ini tiada sebuah pun negara Islam disenaraikan sebagai negara maju walaupun kaya dengan sumber alam. Sebaliknya negara-negara Islam atau majoriti penduduk Islam terkenal dengan ciri kemunduran, pergolakan siasah, kekacauan, rasuah, tadbir urus yang lemah dan sebagainya.
Ini juga boleh dilihat di kalangan umat Islam Malaysia. Perangkaan pada 2008 menunjukkan, 48.7 peratus atau 13.67 juta penduduk terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam. Tetapi jumlah yang ramai bukan bukti menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia menguasai pelbagai bidang.
Memang tidak dinafikan terdapat ramai tokoh Melayu Islam yang menyumbang kepada usaha pembangunan bangsa dan negara. Namun orang Melayu juga dilihat begitu menonjol menerusi salah laku yang tidak selaras dengan ajaran agama. Islam menganjurkan umatnya supaya mengamalkan akhlak yang mulia di dalam kehidupan harian.
Lihat saja gejala mat rempit, penagihan dadah, buang anak dan jenayah lain. Majoriti ialah orang Melayu beragama Islam.
Ilmu semata-mata tidak menjanjikan kejayaan yang dihasratkan. Justeru jika kita ingin melihat masyarakat Melayu membangun dalam erti kata sebenarnya dan mampu mempertahankan kemajuan itu, kita tidak boleh mengabaikan unsur pengamalan dan penghayatan akhlak. Ia perlu ada dalam setiap peringkat pembangunan modal insan dan pendidikan anak-anak.
Usaha ini tidak seharusnya terhad kepada peranan ibu bapa dan guru-guru sahaja. Ia perlu melibatkan anggota masyarakat dan juga pihak pembuat dasar. Kerjasama semua pihak amat perlu.
Di sini kita melihat gabung jalin di antara sistem pendidikan oleh ibu bapa dan guru dengan sistem pemantauan oleh jiran dan ahli masyarakat. Ia perlu diperkukuhkan dengan penguatkuasaan undang-undang bagi membantu memperkukuhkan penghayatan nilai murni dan akhlak mulia masyarakat.
PENULIS ialah Felo, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, IKIM










REINING IN MAT REMPIT!





THE Mat Rempit of today are no longer the kapcai-riding Mat Motor they once were. All they used to do was modify their machines slightly so they could attract young factory girls, "Minah Karan", to ride pillion.
And maybe flout a traffic rule or two. Now, they are not just nuisances but a menace. They have robbed, raped, stabbed, killed and indulged in all manner of unsavoury and illicit activities, many times for the sheer fun of it. Every state and district has waged war against these illegal racers. And yet, they have only grown more vicious and bold. The police have mounted many operations against them, with some law enforcers sustaining serious injuries in the process. But they have not been able to end the daredevil antics of these misguided youths who continue to terrorise those they encounter. So despised are they by society that there have been cases of people taking the law into their hands to exact revenge against this bane of our streets.To put an end to the problem, it is crucial that the authorities think out of the box. Reforming, rehabilitating, counselling and skills training are unlikely to work against the unrepentant and recalcitrant. As there are already laws and facilities to commit them, it would be a waste of public funds to set up more rehabilitation centres. The authorities must acknowledge that the measures carried out so far have been less than effective, and consider methods unusual and offbeat. In this regard, the wide-ranging and all-encompassing recommendations made for joint action against Mat Rempit are praiseworthy.It is imperative that the relevant ministries and agencies jointly crack down much harder than they have on these speed demons. Only a clear-cut blanket policy of zero tolerance will begin to get the message across that brazen crimes against innocents are not acceptable. Giving the Road Transport Department the power to arrest law-breaking Mat Rempit, introducing caning, and seizing what matters most to this benighted lot -- their motorcycles -- can be an effective deterrent, as would the other more unconventional proposals. Getting these hardened young men to wear T-shirts emblazoned with humiliating slogans, pick up garbage and dog poo, scrape chewing gum off public roads, decorate community centres and look after the terminally ill might do much to strip their veneer of "cool" and put fear into their hearts, while perhaps doing some good for society, for a change.

No comments:

Post a Comment