TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Sunday, November 7, 2010

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad Ke-V, Al-Sultan Kelantan rai PIALA MALAYSIA di KELANTAN




KOTA BHARU – ‘Sejarah membelah zaman’. Buat julung kalinya sejak 89 tahun yang lalu, Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan The Red Warriors telah dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dalam satu Majlis Santapan Malam bagi meraikan pasukan Kelantan yang bergelar Juara Piala Malaysia 2010 yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, malam tadi.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad Ke-V, Al-Sultan Kelantan berangkat mencemarkan duli hadir ke majlis tersebut bersama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa’iz Ibni Sultan Ismail Petra.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim, kerabat-kerabat Diraja Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa bersama ahli-ahli majlis Kafa, barisan penaja utama pasukan Kelantan serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Seramai 500 tetamu yang terdiri daripada pelbagai wakil jabatan kerajaan, Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ), kelab-kelab penyokong hadir dalam majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk piala paling berprestij itu oleh Ketua Pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Muhd Badhri Radzi sambil diiringi tujuh hulubalang yang berpakaian lengkap tradisional Kelantan serta barisan pemain serta pegawai pasukan Kelantan.

Sultan Muhammad Ke-V kemudian berkenan dipersembahkan Piala Malaysia oleh Tan Sri Annuar Musa untuk diletakkan tempat khas sebagai simboliknya persembahan piala tersebut kepada baginda.

Majlis diteruskan dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa merafak sembah menjunjung kasih mempersembahkan ucapan penghargaan daripada pihak Kafa kepada Sultan Muhammad Ke-V.

Annuar Musa dalam ucapannya menyifatkan kejayaan menjulang Piala Malaysia itu, merupakan simbolik kasih sayang rakyat negeri Kelantan kepada Tuanku Sultan yang memayungi rakyat negeri ini.

Ianya juga merupakan cetusan kegembiraan rakyat negeri ini, di atas pemasyhuran Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan yang baru.

“Kemenangan buat pertama kali ini juga, merupakan simbolik di atas penyatuan rakyat Kelantan tanpa mengira pangkat, darjat mahupun fahaman politik yang berbeza,” katanya.

No comments:

Post a Comment