MY PERSONAL VIEW:
14 Ogos nanti, beberapa hari menjelang bermulanya Ramadhan, KJ telah secara 'gentleman'nya telah menelefon sendiri Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,rakan sejawatan dalam hirearki 'parti politik Melayu', bagi menyatakan hasrat KJ dan Pemuda UMNO Malaysia, untuk bersama-sama Dewan Pemuda PAS, berkongsi satu pentas, melahirkan dan menzahirkan amarah dan suara keramat kita orang-orang Melayu, penentangan kita orang-orang Melayu terhadap apa yang disebut pencabulan hak orang Melayu yang telah dilakukan oleh si 'Gangster' Ronnie dan balacinya ' Tony Pua Balaci'. 2 orang kuda tunggangan kaum minoriti Cina yang semakin diberi kuasa dan gila kuasa ini, seharusnya diberi satu 'tazkirah' atau 'brainwash' akan asal usul mereka berdua dan apakah sifat kejadian mereka berdua di bumi Malaysia ini. Mungkin mereka berdua sudah lupa sifat kejadian mereka di bumi Malaysia ini. Jika Dewan Pemuda PAS ikhlas dan yakin akan perjuangan mereka berlandaskan prinsip kesyumulan Islam, atas semangat orang melayu Islam, walau berbeda ideologi dan perjuangan, namun prinsip Islam tidak boleh digadaikan, dan kita orang-oran Islam mempunyai asas kukuh kali ini untuk membuat pernyataan dan penegasan bersama menentang 2 pengkhianat yang harus ditunjuk jalan bagaimana menjadi seorang Rakyat Malaysia yang bertamadun.
Menyentuh 5 garapan YB KJ dalam melandaskan asas KPI yang bakal dinilai untuk Pemuda UMNO kekal mendapat tempat di hati masyarakat umum, saya menyokong 100% dan 5 asas KPI ini tidak harus dipandang enteng dan mudah, serta kebertanggungjawaban bersama kita menjadikan asas yang digarap ini dapat dilaksanakan dan seharusnya kita semua Pemuda UMNO harus terima hakikat jika kita gagal dalam KPI ini. Ini cabaran sebenarnya. Biar kita gagal dalam KPI tahun ini. Tahun depan kita kekalkan dan buat penambah baikan. Gagal tahun depan masih boleh di perbaiki, tapi jika kita Pemuda UMNO masih gagal dalam KPI kita ketika tahun Pilihanraya Umum akan datang yakni PRU13 kelak, diwaktu itu tiada guna KPI atau NKRA atau apa istilah pun, kita harus menerima hakikat bahawa UMNO sudah tidak relevan. Sebelum stigma ini diperlekehkan oleh rakyat jelata, maka inisiatif oleh YB KJ ini menggarapkan 5 KPI dan halatuju utama, maka elok kiranya kita memulakan langkah awalan kearah memastikan 5 KPI tersebut dapat dijayakan secara kolektif dan bersama. Hidup UMNO!
KPI : Pemuda Letak Lima Sasaran Untuk Dicapai
Posted on Sunday, August 09 @ 01:51:29 MYT
Topic: Berita / Isu Semasa
Oleh Lukman Abas
Marang -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan lima sasaran dalam indeks petunjuk prestasi (KPI) bagi menilai keberkesanan gerakan yang akan dilakukan pergerakan itu.
Jelasnya, KPI ini akan dibentangkan pada mesyuarat Exco akan datang untuk diambil tindakan dan seterusnya menjadi KPI pergerakan itu.
Ketika berucap pada perasmian Mesyurat Pemuda UMNO bahagian Marang di sini Jumaat, beliau telah meletakkan lima KPI kepada Pemuda UMNO untuk dicapai.
Pertama, sejauh mana Pemuda dapat menawan pengundi muda dalam pilihanraya.
Kedua, berapa ramai Pemuda dapat mendaftar ahli baru di kalangan golongan muda.
Ketiga, mendaftarkan ahli Pemuda sebagai pemilih pilihanraya.
Keempat, sejauh mana Pemuda dapat bersama kumpulan muda, professional muda, guru muda, imam muda dan golongan muda yang lain.
Kelima, sejauh mana Pemuda dapat menang dalam perang di Internet.
Beliau memberitahu tindakan ini diambil bagi menyahut KPI dalam UMNO seperti mana yang dicadangkan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Dengan adanya KPI ini Pemuda akan dapat menilai keberkesanan gerakan yang akan dilaksanakan nanti.
”Ia merupakan satu panduan atau sasaran yang perlu dicapai Pemuda”, ujarnya.
Pemuda UMNO Cabar Pemuda Pas Kongsi Satu Pentas Kutuk Pihak Hina Islam
Posted on Saturday, August 08 @ 22:25:19 MYT
Topic: Berita Terkini
Oleh Lukman Abas
Marang -- Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mencabar Pemuda Pas yang selama ini ini mendakwa mereka memperjuangkan Islam supaya sama-sama menyertai pergerakan itu mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak-pihak tertentu dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Shah Alam pada 14 Ogos ini.
Pemuda tegasnya ingin melihat sejauh mana pendirian dan keberanian Pemuda Pas dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.
Tambah beliau lagi jika benar Pemuda Pas ikhlas dalam perjuangan Islam, mereka dijemput bersama Pemuda UMNO dalam ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat ini.
"Saya jemput Pemuda Pas untuk bersama dengan kita atas pentas Pemuda UMNO pada malam tersebut untuk sama-sama menenteng penghinaan terhadap Islam.
"Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Marang, di sini, Jumaat petang.
Bagi membuktikan keikhlasan Khairy berkata beliau sendiri telah menghubungi Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasaruddin Hasan Tantawi berhubung perkara itu.
Katanya beliau dimaklumkan perkara itu akan dibincangkan serta diputuskan dalam mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pusat yang akan diadakan esok atau lusa.
"Kita rela untuk sama-sama pada hari Jumaat akan datang, tetapi terpulang kepada Pas .. sama ada mereka merasa hendak bangkit, hendak bersuara ataupun dihina oleh pihak berkenaan," ujarnya.
Sebelum itu pada ucapan perasmian beliau telah meletakkan lima KPI kepada Pemuda UMNO untuk dicapai.
Pertama, sejauh mana Pemuda dapat menawan pengundi muda dalam pilihanraya.
Kedua, berapa ramai Pemuda dapat mendaftar ahli baru di kalangan golongan muda.
Ketiga, mendaftarkan ahli Pemuda sebagai pemilih pilihanraya.
Keempat, sejauh mana Pemuda dapat bersama kumpulan muda, professional muda, guru muda, imam muda dan golongan muda yang lain.
Kelima, sejauh mana Pemuda dapat menang dalam perang di Internet.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment