TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Sunday, August 30, 2009

31 OGOS 2009! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA KE-52












PERARAKAN menentang komunis yang di ketuai oleh Tuanku Abdul Rahman.
Dalam usaha mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, semua negara di dunia mempunyai pelbagai kisah dan pengalaman tersendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan. Ada yang berjuang sehingga mengorbankan banyak nyawa, ada yang terpaksa bersekongkol dengan militan dan gerakan bawah tanah. Pada masa yang sama ada juga yang percaya pada perjuangan tanpa keganasan.
Dalam konteks kemerdekaan negara ini, ia dicapai melalui cara yang berhemah iaitu melalui rundingan tanpa perlu menumpahkan darah. Inilah perkara paling unik yang membezakan Malaysia dan negara-negara lain dalam perjuangan kemerdekaan. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 terus terpahat dalam sejarah sebagai hari negara ini bebas dari cengkaman penjajah yang senantiasa menjadi petualang demi untuk kepentingan mereka.
Namun begitu ini tidak bermakna kita memperoleh kemerdekaan dengan mudah. Sejak negara ini dijajah pada 24 Ogos 1511 dengan runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis, telah berlaku banyak peperangan dan pertempuran terhadap penjajah bagi menyatakan kebencian penduduk negara ini terhadap penjajah.
Kemudian dengan bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu pada 1874, ini mula menimbulkan kebencian terhadap penjajah, yang akhirnya mendorong orang Melayu untuk bangkit menentang British.
Nama-nama seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Haji Abdul Rahman Limbung dan Mat Salleh di Sabah, hanya menyebut beberapa nama merupakan antara tokoh pejuang awal yang sanggup mengorbankan diri demi memperjuangkan kebebasan dengan menghalau penjajah. Walaupun penentangan yang dilakukan ini tidak memperoleh apa-apa kemenangan tetapi semangat perjuangan inilah yang telah memercikkan api nasionalisme untuk memperoleh kemerdekaan.
Nasionalisme
Gerakan nasionalisme untuk memperoleh kemerdekaan mula timbul berikutan semangat penduduknya yang inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri.
Langkah paling berkesan dalam menyemarakkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat ialah melalui akhbar yang mana ia telah berjaya meniupkan semangat anti penjajah. Terdapat beberapa golongan yang cerdik pandai yang berjuang dengan menggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Antara mereka ialah golongan berpendidikan agama yang mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga ialah golongan sekular berpendidikan Melayu.
Mereka menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme.
Namun penjajahan Jepun pada 1942-1945 adalah punca sebenar yang telah membuka mata masyarakat bahawa penjajahan boleh dihapuskan. Keupayaan Jepun menundukkan penjajah British sekali gus membuktikan bahawa penduduk negara ini boleh membebaskan diri dan berdikari.
Selepas pendudukan Jepun, orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang di Indonesia yang sedikit sebanyak mempengaruhi penduduk di sini.
Namun begitu Tanah Melayu sekali lagi dijajah oleh British, dan malangnya penjajah melihat kemerdekaan bukanlah perkara utama bagi mereka malah mengumumkan cadangan penubuhan Malayan Union .
Sir Harold MacMichael telah dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu. Beliau telah bertindak memaksa Sultan-sultan Melayu untuk menerima cadangan-cadangan pihak British. Malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun
Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal sekurang-kurang 10 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam yang juga dikenali sebagai 'jus soli'.
Tergugat dengan keadaan ini orang Melayu yang selama ini dilihat lemah oleh penjajah telah bangkit membantah. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pesara-pesara British dalam Perkhidmatan Awam seperti Frank Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillemardt turut membantah rancangan Malayan Union.
Dari sudut pandangan orang Melayu, penentangan ini telah disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau Pekembar yang muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.
Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan.
Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dilantik sebagai presiden pertama. Kongres itu turut mendesak Malayan Union dimansuhkan. Pihak British sangat terkejut dengan perubahan sikap masyarakat Melayu.
Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama,
Perubahan
Malah Sultan di negeri-negeri Melayu turut bersama berganding bahu menentang Malayan Union dan semua ini berjaya dicapai melalui usaha tersusun yang dilakukan UMNO.
Meskipun penentangan orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan menarik balik pelaksanaan Malayan Union. Sebaliknya, Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent dilantik Gabenor pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union begitu kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasa sepenuhnya. Malah pada majlis pelantikan Edward Gent, majlis tersebut telah dipulau oleh Sultan-sultan Melayu. Akhirnya, Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 dan ia telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu dan bermulalah episod untuk mendapatkan kemerdekaan.
Percubaan pertama untuk mendapatkan kemerdekaan berlaku pada 1954, di mana Tunku Abdul Rahman mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperoleh kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan tersebut gagal.
Pada tahun yang berikut, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang ketika itu merupakan gabungan UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama dan MIC yang mewakili kaum India menyertai parti tersebut pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku sekali lagi pergi ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya dan tarikh 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Laungan "merdeka" yang bergema di Stadium Merdeka turut sama dilaung dan dikongsi bersama di seluruh negara.
Sejak itu, tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan kemakmuran yang membanggakan selama 52 tahun untuk dikongsi bersama setiap warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.








Apa nasib kita 52 tahun lagi?
ESOK, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke-52. Ia bermakna sudah 52 tahun kita mentadbir dan memerintah tanah air ini dengan cara kita sendiri.
Kita menempuh segala cabaran dengan tabah bersandarkan kekukuhan perpaduan pelbagai kaum yang selama ini dikagumi oleh dunia. Tetapi persoalannya apakah yang akan berlaku 52 tahun lagi? Apakah yang akan menjadi faktor penentu bagi memastikan kemerdekaan negara ini yang dicapai melalui titisan keringat, air mata dan darah berkekalan? Berikut kami paparkan pandangan tiga penulis dari tiga generasi berbeza mengenai perkara itu.
Lahir generasi berilmu - Oleh NIEZAM ABDULLAH - Dalam melangkah ke era 50-tahun akan datang, kita seharusnya tidak lupa kepada sejarah silam bagaimana kemerdekaan dicapai hasil titisan darah dan air mata orang terdahulu.
Hari ini golongan belia semakin terhakis pengetahuan itu. Mereka lebih tertumpu kepada aspek hiburan. Pemikiran intelektual mereka didedahkan kepada faktor-faktor terhadap keseronokan semata-mata. Maka lahirlah belia yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon, mahu mencari kekayaan di pentas Akademi Fantasia daripada mereka yang bercita-cita untuk bergelar saintis ataupun professional lain.
Seandainya perkara ini tidak diambil berat, 50 tahun akan datang lahirlah golongan belia yang ketandusan ilmu sehingga boleh menyumbang kepada kemusnahan bangsa dan negara.
Jika ia berlaku, kita akan mewarisi satu masyarakat baru yang hilang adab sopan, lebih malang akan lahirlah pemimpin atau golongan intelektual yang akan mencorakkan elemen itu di dalam sistem pendidikan sehingga boleh mengakibatkan pemikiran masyarakat Malaysia kembali dijajah. Dari sudut agama amat merisaukan apabila keruntuhan akhlak dan gejala sosial itu menjadi penyakit yang merebak dengan pantas ke dalam jiwa golongan muda-mudi. Apa akan jadi kepada masyarakat kita jika bilangan samseng jalanan, anak luar nikah dan bohsia itu bertambah?
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Menyediakan pewaris - Oleh Zin Mahmud - Generasi yang lahir dari tahun 1957 hingga 1963 adalah anak merdeka ketika Tanah Melayu belum menjadi Malaysia. Tempoh dari 1957 hingga 1963, Tanah Melayu sedang mengukuhkan diri sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Tentu bagi generasi ini, mereka dibesarkan dengan suasana negara yang masih kuat dipengaruhi dan dikuasai oleh penjajah. Tentera British masih banyak. Darurat hanya berakhir tahun 1960. Walaupun merdeka, tahun-tahun itu kuasa penjajah masih kental. Tentera dan ekonomi kuat dipegang British. Dasar luar masih dipengaruhi kuat dari London. Lebih tepat Malaya ketika itu adalah dalam bentuk neo-kolonial.
Britain mahu memerdekakan Tanah Melayu dengan syarat kepentingan ekonominya tidak terjejas.
Justeru generasi yang lahir pada akhir 50-an dan awal 60-an membesar dalam keadaan negara yang belum benar-benar merdeka. Keadaan negara masih susah. Ibu bapa generasi ini menanggung penderitaan Darurat. Masih kelihatan kesusahan di merata-rata tempat.
Dalam suasana terancam, London menggesa penubuhan Malaysia merangkumi semua tanah jajahannya di Asia Tenggara. Keadaan tidak stabil terus berlaku. Pemberontakan Brunei membawa negara itu enggan menyertai Malaysia. Konfrontasi dilancarkan Indonesia ekoran penubuhan Malaysia, diikuti terkeluarnya Singapura pada tahun 1965. Hanya selepas peristiwa 13 Mei dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pelajaran Kebangsaan, keadaan menjadi stabil dan mengukuh.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Kestabilan politik penentu - Oleh Zulkiflee Bakar - DUA tahun lalu, kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50. Ketika itu rakyat Malaysia begitu bangga kerana kononnya mereka merasai kebebasan sebenar-benarnya. Mereka bebas dalam semua perkara termasuklah dalam penyebaran maklumat tanpa sekatan. Internet digunakan sepenuhnya bagi melahirkan pandangan mereka.
Parti-parti politik pembangkang pula semakin lantang dan membangkitkan apa juga isu demi meraih sokongan politik. Akhirnya, pada tahun 2008, Malaysia menyambut kemerdekaan ke-51 dalam keadaan yang agak
muram.
Kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan terlepas kekuasaan di beberapa buah negeri yang dialami oleh Barisan Nasional (BN) telah mengubah senario politik negara. Akibat kerapuhan itu, BN yang dilihat tonggak kestabilan politik negara tergugat. Kebebasan yang kononnya diberikan atas nama demokrasi akhirnya memakan diri.
Penulis membangkitkan soal kestabilan politik BN kerana parti itulah selama ini menjadi tonggak Malaysia terus mengecap kemerdekaan dan ketenteraman. Tiada siapapun yang dapat menafikan bahawa BN yang bertanggungjawab memerdekakan negara ini.








Ubah pendekatan lapuk
MUSA Hitam ketika diwawancara (dua dari kiri) Zin Mahmud, Zulkiflee Bakar dan Hafizahril Hamid di Kompleks Antarabangsa, Kuala Lumpur.
MINGGUAN: Mungkin Tun boleh nyatakan kenapa Tun dilihat agak menyepikan diri sekian lama?
MUSA : Saya sebenarnya sudah lama tidak mahu diwawancara oleh mana-mana akhbar sama ada media cetak atau media elektronik. Lebih-lebih lagi selepas pilihan raya 2004 dan 2008 kerana saya bosan dengan politik yang berlaku dalam negara. Saya ingin bercakap terus terang, saya bosan dengan apa yang terjadi di kalangan UMNO sendiri yang mana saya sendiri pernah memegang pelbagai jawatan dan menjadi ahli berpuluh-puluh tahun dan masih menjadi ahlinya hingga kini.
Kebosanan saya ini adalah bagaimana kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkecamuk begitu teruk hinggakan kita kalah banyak sama ada di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya berpendapat tidak guna saya mengadakan sebarang wawancara kerana dibimbangi akan menyuarakan kritikan yang keras. Ini kemudiannya pasti akan mendapat bantahan dari ahli-ahli UMNO sebagai seorang ahli yang tidak setia. Ini kerana kesetiaan kepada UMNO adalah sangat penting.
Waktu saya bercanggah pemikiran dengan Tunku Abdul Rahman bersama dengan Dr. Mahathir apabila saya membuat pengumuman untuk berhenti sebagai Timbalan Menteri selepas tahun 1969, saya telah diminta untuk mengangkat sumpah menyatakan kesetiaan kepada Tunku. Tun Razak telah meminta saya pergi berjumpa Tunku meminta maaf dan menyatakan kesetiaan. Tun Razak begitu rapat dan menjaga saya maka saya bersetuju untuk pergi. Tun Razak mahu ikut tetapi saya tidak mahu beliau turut serta. Namun saya akan tetap menyampaikan pendapat saya. Ini prinsip hidup saya.
Apabila saya meletak jawatan, kenyataan saya ialah akan terus setia kepada parti, bangsa dan negara. Tidak saya sebutkan tentang pemimpin. Tidak ada yang peribadi tetapi itu soal prinsip hidup saya. Bagi saya apabila seseorang pemimpin melakukan sesuatu tindakan yang salah dan tidak boleh diterima rakyat, saya tidak akan menyokongnya. Tidak ada istilah absolute loyalty kepada pemimpin bagi saya. Itu prinsip saya dalam politik.
Maka apabila saya melihat keadaan UMNO yang berkecamuk itu saya melihat adalah lebih baik saya mendiamkan diri. Tidak payahlah saya membuat sesuatu yang menarik perhatian kepada saya sendiri. Namun begitu saya juga memainkan peranan saya dalam diam. Lebih baik begitu dari mengeluarkan kenyataan terbuka kepada umum yang boleh memesongkan rakyat tentang isu sebenar yang berlaku pada waktu itu. Cara saya berbeza, contohnya bila saya berjumpa dengan penganjur penting saya akan luahkan pandangan saya.








Lahirkan Melayu berkualiti
Tetapi kebebasan yang diberikan dikatakan menimbulkan banyak masalah lain termasuklah dari segi perkauman?
MUSA: Masalah yang timbul ialah kejutan budaya kerana semua itu tidak pernah berlaku dalam kepimpinan sebelum ini, banyak sangat yang tidak boleh. Dengan semua kebebasan atau kerajaan terbuka oleh Tun Abdullah dan ditambah pula dengan kemudahan teknologi seperti internet dan blog, kita lebih bebas. Namun masalah ini yang tidak disedari oleh kebanyakan pemimpin UMNO. Mereka masih bergantung kepada idea media arus perdana.
Pemikiran untuk terlalu mempertahan hak dan kedudukan Melayu sudah semakin hilang dan tidak lagi begitu relevan. Golongan muda Melayu atau saya panggil Melayu baru sudah berfikiran berbeza dan tidak lagi bergantung kepada semangat kemelayuan yang tingg
Mereka sudah yakin untuk bersaing. Kita terlalu didedahkan dengan cerita bahawa orang Melayu masih lagi ketinggalan, lemah dan tidak boleh. Walhal dalam tempoh masa 20 ke 30 tahun kebelakangan orang Melayu sudah membuktikan mereka berjaya.
Apa yang perlu dilakukan ialah terus menyedarkan orang Melayu bahawa mereka boleh melakukan semua perkara dan saya tidak bersetuju bahawa orang Melayu masih lagi tidak cukup itu dan ini.
Ramai orang Melayu telah membuktikan mereka boleh berjaya dalam pelbagai bidang melalui pendidikan yang diberikan oleh UMNO dahulu dan kita kena terus membuktikan Melayu boleh melakukan apa saja di dunia ini.
Mungkin Tun ada pesanan khusus terhadap orang Melayu mengenai perkara ini
MUSA: Saya berpesan janganlah diperbesarkan tentang isu kuantiti tetapi kualiti dalam hal orang Melayu. Kenapa orang Cina di negara ini yang jumlahnya lebih kecil atau orang Yahudi yang juga kuantitinya kecil di dunia boleh menguasai pelbagai bidang dari ekonomi, teknologi dan sebagainya. Ini semua adalah soal kualiti dan orang Melayu pun boleh berjaya jika kita tekankan soal kualiti. Jika kita naikkan kuota atau penguasaan orang Melayu sehingga 60 atau 80 peratus pun tetapi kualiti menurun sehingga 20 atau 10 peratus, apa gunanya.
Itulah kita terlalu memainkan sentimen nasib dan masa orang Melayu akan gelap namun sebenarnya kita perlu memberi keyakinan dan menunjukkan orang Melayu sememangnya boleh berjaya. Sentimen orang Melayu sentiasa ketinggalan ini tidak boleh diterima oleh pengundi-pengundi baru yang satu ketika dahulu UMNO yang beri pelajaran kepada mereka. Oleh itu kita harus menerima hakikat bahawa orang Melayu sekarang sudah bertukar pemikiran mereka. Maka dengan itu UMNO perlu sedar bahawa golongan Melayu baru ini sudah terpisah daripada mereka dan mereka perlu menarik mereka kembali.
Caranya ialah dengan pergi menghampiri mereka dan kita perlu menyesuaikan diri serta faham apa hasrat dan aspirasi mereka. Jika kita mahu jadi parti politik yang benar-benar mewakili sesuatu kaum atau masyarakat secara keseluruhan maka kita perlu fahami mereka dan bertindak memenuhi apa yang mereka mahukan.
Apakah Tun yakin gabungan pembangkang ini mampu menjadi alternatif kepada rakyat dalam pilihan raya akan datang?
MUSA: Mereka mampu menjadi alternatif kepada rakyat. Namun begitu sama ada Pas, DAP dan PKR mampu bekerjasama antara satu sama lain, itu satu soal lain. Pada hemat saya melalui apa yang saya lihat sekarang ia tidak boleh menjadi. Cuma di luaran sahaja namun dalam isu yang lebih mendalam ia sangat sukar kerana tidak ada persamaan dari segi dasar, ideologi dan sebagainya.
Namun begitu kita jangan lupa sebelum kemerdekaan bagaimana keadaan UMNO, MCA dan MIC. Parti-parti ini mampu bekerjasama walaupun dilihat agak mustahil untuk terjadi, namun ia berjaya. Ia dipanggil sebagai muafakat kerana kepentingan. Tidak mustahil untuk berlaku di kalangan pembangkang. Kita jangan ambil mudah tentang kerjasama antara pembangkang ini.
Kita perlu melihat kepada kelemahan diri kita dahulu untuk kembali berjaya. saya lihat Datuk Seri Najib telah mula tahu dan sedar tentang kelemahan ini bukan sahaja dengan deklarasi dan sebagainya namun beliau memang buat apa yang perlu dilakukan.








Sejauh mana kita merdeka
Oleh Mior Kamarul Shahidmkamarul@bharian.com.my
KEMAKMURAN yang kita kecapi selepas 52 tahun merdeka wajar dikekalkan untuk generasi akan datang.
Hari ini wujud perpecahan politik di hampir semua negara yang pernah dijajahDALAM buku-buku politik antarabangsa mengenai negara membangun yang ditulis kira-kira 30 tahun lalu, biasanya mentafsirkan politik Malaysia sebagai: "Pada mulanya adalah negara sistem satu parti dominan berdasarkan kepada nilai demokrasi Barat; masih kekal di bawah penguasaan parti Perikanan (sekarang Barisan Nasional (BN) dengan peningkatan batasan-batasan terhadap parti pembangkang." Hari ini, tafsiran seperti itu tidak sesuai lagi. Malaysia bukanlah negara satu parti dominan, berdasarkan persaingan parti-parti politik yang wujud sekarang. Suasana politik Malaysia sudah mengalami perubahan mendadak berikutan pelbagai proses yang sudah dilalui sejak merdeka. Sistem pendidikan banyak mengubah bentuk pemikiran rakyat, seterusnya pemikiran politik bangsa. Walaupun BN terus berkuasa, kebebasan sudah diberikan seluas-luasnya kepada parti pembangkang. Dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sekatan maklumat terhadap mana-mana pihak termasuk parti pembangkang adalah sesuatu yang mustahil.
Atas nama demokrasi, kebebasan tanpa batas boleh memakan diri. Dilema ini dirasai di kebanyakan negara membangun yang menghadapi ancaman politik hingga menyebabkan satu demi satu kerajaan mereka tumbang. Kerajaan baru yang memerintah pula sering tergugat akibat sokongan yang berbelah bagi. Dalam sistem demokrasi, kerajaan yang gagal mendapat sokongan padu rakyat, sekurang-kurangnya 2/3 perwakilan di Parlimen, terdedah kepada cubaan untuk diganggu-gugat. Penentangan pembangkang di kebanyakan negara merdeka hari ini sudah melangkaui bentuk perjuangan parti kebangsaan ketika parti-parti politik negara itu menentang penjajah suatu ketika dulu. Di negara ini, pemimpin Umno, MCA dan MIC yang berjuang membebaskan negara ini pada 1957, melakukannya dengan bijaksana, berunding dan memberi alasan kukuh mengapa Malaya ketika itu wajar dimerdekakan. Ketika gerakan menghalau penjajah British memuncak, rasa tidak ada kata-kata yang begitu kesat dilemparkan kepada Inggeris. Tetapi, hari ini kata-kata dan tuduhan pengikut parti-parti pembangkang ke atas parti pemerintah sangat jauh berbeza, terutama ketika berlaku perdebatan terbuka atau pilihan raya. Perjuangan menuntut kemerdekaan adalah berlandaskan kepada tuntutan hak untuk memerintah negara oleh rakyat negara ini. Akhirnya, British akur dengan jaminan pejuang kebangsaan dan nasionalis ketika itu berdasarkan tuntutan kemerdekaan menerusi satu bangsa yang bersatu padu. Dengan slogan 'Bersatu Teguh, Bercerai Roboh', pemimpin Melayu, Cina dan India berarak menunjukkan kepaduan dan kekuatan yang meyakinkan penjajah untuk membebaskan negara ini daripada cengkaman mereka.
Daripada banyak kejadian yang berlaku kebelakangan ini khasnya demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram membabitkan ribuan manusia, jelas menunjukkan perjuangan parti politik hari ini adalah manifestasi daripada keghairahan untuk menggulingkan kerajaan yang diterajui parti-parti yang berjuang membebaskan negara daripada penjajah 52 tahun lalu. Mereka melakukannya sebagai satu proses untuk meyakinkan pengikut mereka bahawa mereka sedang membina kekuatan untuk menggugat kerajaan yang mereka uar-uarkan sebagai lemah. Jika kerajaan hari ini benar-benar lemah, ia sudah pun jatuh. Tetapi, disebabkan kerajaan BN masih mendapat sokongan sebahagian besar rakyat, walaupun kurang daripada 2/3 perwakilan di Parlimen, ia masih bertahan dan kini mengumpul kekuatan untuk memulihkan semula keadaan. Penentuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah penanda aras kerajaan BN untuk terus memerintah negara. Seandainyalah, penjajah melihat semula apa yang berlaku di Malaysia hari ini, ia boleh mengatakan: Orang Melayu masih bercakaran sesama sendiri dan tidak layak memerintah. Orang Cina yang menguasai ekonomi Malaysia dan kaum India yang masih kaum minoriti, juga berpecah belah. Jika diibaratkan dalam suasana hari ini rakyat negara ini mahu menuntut kemerdekaan, ia akan ditolak mentah-mentah. Walaupun pada permukaannya rakyat dilihat bersatu, tetapi dari segi lahiriahnya, mereka bercakaran dalam soal tuntutan hak. Satu demi satu peristiwa dibangkitkan mencabar kesabaran rakyat. Melayu berpecah kepada beberapa buah parti, selain golongan atas pagar. Keadaan sama juga berlaku ke atas kaum Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak, rakyatnya meletakkan harapan tinggi kepada BN. Mungkinkah disebabkan negara ini tidak dapat lari daripada kesan kolonial dan tekanan imperialis, menyebabkan keadaan yang berlaku hari ini tidak dapat dielakkan. Ternyata, perubahan yang cuba diketengahkan oleh golongan tertentu adalah perjuangan imperialis yang kononnya mahukan pembaharuan, hakikatnya mereka menyemarak ideologi imperialisme. Di sesetengah negara, sudah menjadi lumrah berlaku keinginan golongan imperialis kapitalis untuk terus menguasai rakyat bekas koloni sebagai hamba ekonomi dan politik mereka. Tugas mereka bertambah mudah di bawah pemerintahan kerajaan yang lemah. Apa pun, Malaysia terpaksa akur seperti permasalahan pokok yang dialami oleh negara-negara membangun – untuk mengekalkan kerajaan yang mantap dan mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Kajian pengalaman ke atas lebih 100 buah negara menunjukkan hampir dua pertiga daripadanya adalah menjadi mangsa, sama ada kepada rampasan kuasa yang berjaya atau pun kepada percubaan yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan yang ditubuhkan. Malaysia terselamat daripada ancaman seperti itu.
Umumnya, hari ini wujud perpecahan politik yang berlaku hampir di setiap negara merdeka. Apa pun, pimpinan negara masih tidak jemu meningkatkan usaha yang berterusan terhadap pemupukan perpaduan, kesetiaan kebangsaan dan kebanggaan terhadap simbol kemerdekaan dan negara. Pada masa sama, rakyat melabelkan anasir yang boleh memecahkan rakyat sebagai bahaya yang boleh menghancurkan negara. Ini termasuk parti politik yang menjadi pembangkang, parokialisme tempatan dan serantau, kebebasan akhbar dan perpecahan ikatan politik. Setiap parti seharusnya kembali kepada asas penubuhannya yang mana parti politik adalah untuk membangunkan bangsa dan negara. Tapi, jika parti politik menjadi ancaman terhadap penyatuan negara, ia tergelincir daripada landasan. Malaysia, sebagai negara bertanggungjawab terhadap rakyatnya, bimbang kepada perpecahan. Itulah sebabnya pemimpin negara sering menegaskan bahaya fahaman berpuak-puak. Bagi pemimpin pembangkang, janganlah mengandaikan sudah mendapat mandat daripada rakyat kerana kuasa sebenar terletak pada rakyat menerusi sistem pemilihan yang sah mengikut demokrasi.








Bumiputera masih mundur, tercicir ekonomi
Oleh Abdul Aziz Abdul Rahman
Kerajaan perlu galak penyertaan orang Melayu dalam kegiatan ekonomi secara tersusunDASAR penjajah memberikan keutamaan kepada kaum lain dengan menggalakkan mereka tinggal di bandar demi kepentingan pihak British untuk memudahkan segala urusan jual beli. Pada masa sama industri bijih timah dan getah berkembang, maka secara perlahan-lahan orang Melayu terpaksa akur dengan keadaan hidup yang semakin terhimpit memaksa mereka berpindah ke luar bandar kerana taraf hidup semakin meningkat, sekali gus tidak lagi mampu bersaing dengan kaum lain kerana tiada modal, kemahiran dan pengalaman berniaga. Maka tinggallah orang Melayu di kampung dengan mengamalkan cara hidup pertanian tradisional berbekalkan tulang empat kerat untuk 'survival'.
Peralihan cara hidup ini turut menjejaskan peluang pendidikan anak Melayu ke sekolah Inggeris. Pendidikan yang ada di luar bandar atau kampung pada masa itu hanya setakat Darjah Enam di sekolah Melayu. Sekali lagi orang Melayu jauh ketinggalan dari segi pendidikan. Orang Melayu terus dipinggirkan, dipandang sepi dan hidup dalam penuh kedaifan. Jurang ekonomi kian melebar antara kaum. Begitu juga pendidikan anak Melayu tidak mendapat tempat di hati British. Selepas kemerdekaan pada era 60-an, kerajaan banyak menumpukan pelaksanaan dasar untuk mengurangkan jurang perbezaan ini, tetapi tidaklah begitu berjaya sehingga berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.
Kerajaan darurat yang diketuai Tun Abdul Razak Hussein mewujud dan memperkenalkan pelbagai dasar dan program membaiki jurang perbezaan antara orang Melayu dan bukan Melayu atas asas untuk mewujudkan perpaduan. Prinsip Rukun Negara diperkenalkan dan diisikan pula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 selaras pelancaran Rancangan Pembangunan Ekonomi Kedua (1971-1975). DEB bertujuan membasmi kemiskinan tidak kira bangsa dan agama, juga memperbaiki jurang perbezaan ekonomi dari segi pendapatan, pekerjaan dan harta. Ia bererti mewujudkan tindakan menyusun semula ekonomi dan struktur masyarakat supaya pengagihan harta antara orang Melayu dan bukan Melayu lebih saksama.
Tindakan yang dirancang dan diambil termasuk, kerajaan Persekutuan dan negeri serta agensi kerajaan hendaklah memainkan peranan yang lebih aktif untuk campur tangan (interventionist role) bagi menentukan orang Melayu memperoleh peluang memasuki sektor moden dan institusi baru. Jadi, institusi baru ditubuhkan seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pada peringkat negeri, syarikat di bawah Mara, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Pernas, Lembaga Padi atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). Malangnya, pada 80-an dan 90-an sebahagian besar badan itu sama ada dihapuskan atau diswastakan, sekali gus ia tidak lagi boleh berfungsi mengikut tujuan asalnya. Rangka dasar itu hendaklah bersesuaian dan mampu menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Keadaan ini boleh membantu membasmi kemiskinan dan pengagihan pendapatan dengan lebih saksama. Tindakan perlu diambil untuk mewujudkan aktiviti ekonomi yang boleh menghasilkan banyak pekerjaan supaya mencapai keadaan guna tenaga penuh. Selain itu, usaha membangunkan keupayaan orang Melayu, antaranya mengadakan program dalam bidang pendidikan dan latihan perlu dilaksanakan supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam proses pembangunan. Lebih daripada itu, semua orang Malaysia diberi pelajaran bagi maksud mewujudkan asas sistem nilai hidup sama bagi generasi muda dengan harapan dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi kaum. Pokoknya, DEB dibentuk bertujuan mengubahkan keadaan sosial dan ekonomi dengan harapan mewujudkan masyarakat Malaysia yang mampu melupakan jurang perbezaan antara kaum bagi negara melangkah ke depan. Ketika DEB dilancarkan pada 1970, modal (ekuiti) Bumiputera cuma pada kadar 2.4 peratus, tetapi pada 1990 ia bertambah kepada 19.3 peratus. Dari segi nilai, modal Bumiputera bertambah dari RM47 juta kepada RM20.9 bilion pada 1990 dan 2002 ia bertambah kepada RM73.2 bilion. Penambahan modal ini berikutan penubuhan syarikat pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Urusan dan Tabung Haji . Namun, pada 2002 iaitu 12 tahun selepas 1990, modal saham Bumiputera turun kepada 18.7 peratus. DEB tamat pada 1990, tetapi disambung dengan Dasar Pembangunan Nasional (NDP) dengan disokong prinsip Wawasan 2020 bagi maksud mengeluarkan profesional, ahli sains dan ahli teknologi. Hasrat NDP lebih kurang sama DEB. Jumlah profesional Bumiputera bertambah dari 21 peratus pada 1990 kepada 30 peratus pada 2002. Sejak DEB dilancarkan kadar kemiskinan turun dari 52 peratus pada 1970 kepada lima peratus pada 2002. Kadar kemiskinan di luar bandar turun dari 59 peratus kepada 11 peratus pada tempoh sama. Sungguhpun, taraf ekonomi Bumiputera dapat ditingkatkan, kita tidak mencapai kejayaan sepenuhnya. Jika dibandingkan dengan bangsa lain, Bumiputera masih jauh tertinggal di belakang. Pendapatan keluarga Bumiputera lebih rendah daripada pendapatan keluarga orang Cina. Jumlah profesional Melayu banyak bertambah, tetapi masih tertinggal berbanding bangsa lain. Malah, kadar pertumbuhan pelaksanaan ekonomi orang bukan Melayu lebih cepat daripada orang Melayu. Oleh itu, umpamanya apabila ekonomi negara tumbuh pada kadar 8 peratus pada awal 1990, orang bukan Melayu mendapat lebih banyak faedah kerana mereka lebih cekap dan mampu. Orang Melayu masih perlu dibantu dan perlu ada agenda tertentu untuk membangunkan mereka dengan lebih teratur dan tersusun. Segala kuasa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipakai dan dilaksanakan dengan saksama. Pada 2005, satu dasar baru diperkenalkan iaitu Misi Nasional, untuk meningkatkan ekonomi dan mempertahankan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 6 peratus Justeru, sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 ini, banyak perkara yang perlu direnungkan. Isu pokok iaitu kemunduran dan ketinggalan ekonomi Bumiputera dalam negaranya sendiri, selain itu isu membasmi kemiskinan, meningkatkan penyertaan dan penguasaan Bumiputera dalam bidang ekonomi moden perlu difikirkan. Secara keseluruhan, penyertaan masyarakat Bumiputera dalam bidang perniagaan, perdagangan dan perindustrian negara masih pada tahap rendah berbanding pembabitan masyarakat bukan Bumiputera. Keadaan pada tahun mendatang memerlukan tahap daya saing tinggi daripada sesiapa saja yang menjalankan kegiatan perdagangan dan perindustrian. Era globalisasi akan mengakibatkan negara menjadi lebih terbuka dan terpaksa bersaing di arena antarabangsa. Persediaan perlu dipertingkatkan. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah masalah pembentukan masyarakat Bumiputera berbudaya niaga dan berbudaya usahawan. Masyarakat Bumiputera di bandar tidak memperoleh tradisi perdagangan atau perindustrian masyarakat bandar yang dibolot masyarakat bukan Bumiputera, menunjukkan pergantungan mereka kepada bekerja makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta. Orientasi sikap perlu ditekankan. Paling penting ialah usaha membawa golongan miskin keluar daripada kemiskinan. Pelbagai strategi dan program yang ada untuk menambah pendapatan boleh diteruskan. Hakikat bahawa kadar kemiskinan yang dijangka dalam tempoh DEB dapat dicapai menunjukkan strategi lampau masih sesuai. Justeru, strategi yang ada kini diteruskan tetapi perlu menekankan 'kesampaian' dan keberkesanan program kepada kumpulan sasaran yang tepat dan dikenal pasti. Justeru, badan baru perlu ditubuhkan di bawah Akta Mara 1966 yang sudah lengkap dan tidak lagi perlu dibahaskan di mana-mana. Ini adalah untuk memastikan orang Melayu berupaya menceburkan diri dalam kegiatan perniagaan. Ini bermakna kerajaan perlu mempertingkatkan pentadbiran Mara secara radikal Pembangunan tanah simpanan Melayu, tanah Baitulmal dan tanah kerajaan di bandar boleh diuruskan oleh mana-mana badan baru yang diwujudkan itu, dengan tujuan memperbaiki kedudukan orang Melayu di bandar. Inflasi dalam bidang hartanah di bandar dalam tempoh 20 tahun lalu memberi impak kepada ketidakmampuan orang Melayu untuk terus menetap di bandar, jauh sekali menceburkan diri dalam urusan perniagaan. Mereka perlu diberi bantuan sewajarnya oleh kerajaan kerana tanpa campur tangan sukar bagi tanah berkenaan dibangunkan untuk tujuan komersial dan kawasan perumahan. Kelemahan pemasaran hasil pertanian, perikanan dan ternakan boleh diatasi dengan memperkemaskan sistem pengurusan Fama dan melebarkan sayap operasinya. Orang Melayu di luar bandar bukan malas bercucuk tanam, tetapi mereka tidak memiliki rangkaian pemasaran yang cekap dan berkesan untuk memasarkan hasil tanaman, perikanan dan ternakan mereka. Kerajaan juga perlu mewujudkan banyak aktiviti yang berupaya menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam kegiatan ekonomi, termasuk dalam projek mega yang sedang dijalankan. Banyak perkara, projek dan dasar sedang dan akan dilaksanakan perlu diperhalusi dan diurus dengan teliti dengan memastikan orang Melayu terus diberi peluang bukan saja untuk meraih sedikit keuntungan tetapi juga diberi pendedahan untuk menimba pengalaman. Kerajaan perlu memfokuskan perhatian kepada peruntukan Perlembagaan Artikel 153 dan menetapkan kementerian tertentu bertanggungjawab mencari idea dan inisiatif bagi melaksanakannya dan memantau dengan lebih berkesan. Peruntukan undang-undang ini adalah satu-satunya usaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi orang Melayu yang dipertahankan ketika mencapai kemerdekaan. Kesimpulannya, tindakan memperbaiki ekonomi Bumiputera secara tegas perlu dilaksanakan segera, jika tidak, kedudukan ekonomi Bumiputera akan terus menjurus kepada tahap lebih teruk pada masa akan datang, apatah lagi pada era dan suasana persaingan akibat ekonomi globalisasi. Penulis ialah bekas Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAS) dan kini pengamal undang-undang.

TEORI KEJAYAAN DARIPADA TOKOH TERNAMA

Tujuh teori kepimpinan tokoh ternama
TAJUK: Evolusi Kepimpinan 1: Tinjauan Teori-Teori Terpilih
PENULIS: Prof. Khairil Annas Jusoh
PENERBIT: Kasturi Jingga Corporation Sdn. Bhd.
ISBN: 978-983-44810-0-1
PENGULAS: MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
TIDAK dapat dipastikan, terdapat berapa banyak teori kepimpinan yang sudah diketengahkan oleh pengkaji bidang ini sehingga kini.
Lazimnya dalam perbincangan mengenai aspek kepimpinan, tiga teori utama sering sering dirujuk dalam menjelaskan bagaimana bermulanya sesebuah kepimpinan.
Teori-teori itu ialah Teori Keturunan (Heriditary Theory), Teori Psikologi (Psychological Theory) dan Teori Ekologi (Ecological Theory).
Namun sesuatu yang pasti, dalam setiap kelahiran dan peninggalan seorang pemimpin dunia yang diiktiraf sumbangannya kepada peradaban sesebuah bangsa, maka akan lahirlah teori kepimpinan yang cuba disesuaikan dengan senario kepimpinan pemimpin tersebut.
Kerana itu juga, teori-teori kepimpinan itu saling berkait rapat dan dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya era kepimpinan pemimpin berkenaan, bangsa, budaya, ideologi, pengalaman hidup dan banyak lagi.
Namun dalam setiap kajian mengenai teori kepimpinan itu, ia berkongsi satu matlamat atau proses yang sama iaitu untuk mempengaruhi dan mengajak orang lain dalam mencapai sesuatu matlamat.
Ia dicapai oleh seseorang pemimpin hasil gabungan unsur kekuatan diri, kekuasaan dan kemudahan yang dimiliki serta ciri-ciri keperibadian dan kemampuan sosial yang ada.
Dalam teori kepimpinan juga, apa yang kebiasaannya cuba dirungkai ialah dua persoalan utama. Iaitu kenapa seseorang itu menjadi pemimpin dan apa yang membezakannya dengan pemimpin yang lain.
Buku ini juga tidak bergerak jauh daripada dua landasan persoalan utama itu dalam mengangkat teori kepimpinan sebagai intipati perbincangan.
Tujuh teori kepimpinan diketengahkan dan disorot oleh penulisnya menerusi kaca mata pemikiran, pemahaman dan perbandingan sesuai dengan pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki.
Teori kepimpinan itu ialah Teori Lelaki Unggul, Teori Sifat dan Teori Karisma, Teori Transformasi serta Teori Tingkah Laku.
Teori lain termasuk Teori Gaya, Teori Kontigensi dan Situasional, Teori Transaksi dan Teori Kepimpinan Menurut Perspektif Islam.
Sebagai seorang dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya yang cukup tinggi, teori-teori kepimpinan barangkali sudah terlalu sebati dalam diri penulis buku ini.
Khairil Anas mewakili tokoh muda yang telah membuktikan keupayaan dalam pelbagai bidang dan disiplin.
Dengan latar belakang pendidikan yang kukuh, beliau mencipta nama dalam bidang kesarjanaan, undang-undang, korporat dan politik selain banyak terbabit dengan badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau kini juga merupakan pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain diberi penghormatan dan kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan utama dalam bidang akademik.
Antaranya sebagai Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Felo Kanan Kehormat di Institut Pemikiran Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Najib sendiri berbesar hati menulis kata-kata pengantar atau perutusan untuk buku ini dengan turut menyelitkan sebuah sajak yang dinukilkan beliau sendiri bertajuk Harapan.
Umumnya, apa yang dibincangkan menerusi penerbitan buku pertama daripada empat siri evolusi kepimpinan ini merupakan sesuatu yang lazim dalam konteks perbincangan teori kepimpinan itu sendiri.
Ia seolah-olah membawa pembaca memahami dan mengenali teori-teori kepimpinan yang barangkali tidak banyak diangkat dan diperbincangkan oleh khalayak dewasa ini.
Pentingnya pemahaman mengenai teori kepimpinan ini kerana ia boleh dijadikan panduan dalam menyusun gerak kerja supaya lebih berkesan.
Ia juga memberikan asas dalam menentukan corak kepimpinan yang serba kompleks terutamanya dalam berdepan dengan cabaran kepimpinan pada zaman yang serba maju ini.
Dalam bab perbincangan Teori Sifat dan Teori Karisma misalnya, penulis memperkenalkan pembaca kepada pemula teori klasik Teori X dan Teori Y iaitu McGregor.
Meskipun sudah berusia lebih daripada 50 tahun, kedua-dua teori itu tetap popular dalam memperkatakan tentang aspek kepimpinan.
Malah sehingga kini, ramai pemimpin menilai apa yang dikatakan pemimpin yang baik dan buruk itu berdasarkan Teori X dan Teori Y.
Menerusi bab-bab perbincangan teori kepimpinan lain juga, beberapa nama pengkaji dan pemula teori lain dapat ditemui.
Antaranya James Burns dan Bernard M. Bass yang popular dengan asas Teori Transformasi, David McClelland iaitu pengkaji awal Teori Sifat dan Fred Fiedler pengkaji Teori Kontigensi.
Bagaimanapun di sebalik kupasan mengenai teori-teori asal kepimpinan itu, penulis tetap mencuri ruang untuk memuatkan pandangan dan berbahas dalam ruang lingkup pengamatan sendiri.
Namun apa yang paling mencuri perhatian menerusi buku ini sebenarnya ialah kehadiran tokoh-tokoh ternama sepanjang zaman yang menghiasi kebanyakan helaian muka surat buku ini.
Sekurang-kurangnya terdapat 24 orang individu berpengaruh ditonjolkan oleh penulis berserta dengan penerangan ringkas dalam bentuk nota kaki. Antaranya ialah kelima-lima bekas Perdana Menteri Malaysia serta Najib sendiri.
Pemimpin-pemimpin lain termasuk pengasas Fasisma, Benito Amilcare Andrea Mussolini, bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston, Leonard Spencer Churchil, bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino dan Pengerusi Microsoft, Bill Gates.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana pemimpin-pemimpin yang ditonjolkan pada bab yang berbeza itu menepati ciri-ciri teori kepimpinan yang dibincangkan memandangkan tiada pengiktirafan rasmi diberikan.
Namun adalah diyakini, penulis menerusi pengamatan dan kajian beliau, dapat melihat ciri-ciri kepimpinan pemimpin tersebut yang membolehkan mereka diangkat sebagai tokoh bagi setiap teori kepimpinan.

FORMULA KEJAYAAN 1 MALAYSIA

Rahsia formula kejayaan
Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita semua mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT justeru di atas rahmat dan limpah izin-Nya jua, esok sekali lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan kali ke-52 dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.
Pasca kemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan.
Dengan pengalaman berkerajaan sendiri begitu singkat, berlatar belakangkan pula pemberontakan komunis yang masih belum reda, wujudnya ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas di tambah lagi dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak kala itu yang meramalkan bahawa Malaya ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.
Namun begitu, kita telah membuktikan bahawa sangkaan tersebut meleset sama sekali. Di dalam tempoh lima dekad merdeka kita telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju. Kita telah menjadi negara pertama di dunia yang berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping kita juga berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama hanya dalam tempoh masa amat singkat yakni dua generasi sahaja.
Apakah formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini? Sesungguhnya, tidak lain dan tidak bukan, ia adalah faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan.
Sayangnya, masa yang berguling telah menyaksikan jambatan dibina oleh bapa-bapa kita dahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh.
Mereka telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi untuk memuaskan agenda sempit mereka.
Di persimpangan ini, cabaran terbesar rakyat Malaysia ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama kita. Pokoknya, kita perlu terus mengurus kejayaan, membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan terpupuk selama ini.
Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malah akan musnah jika kita tidak berwaspada. Buktinya, lipatan sejarah dunia sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.
Benarlah kata orang, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang kita sedang kecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.
Kejayaan ini hasil perjuangan, keringat, air mata dan darah para wira serta para wirawati negara sama ada yang didendang atau pun tidak. Ia dibangunkan oleh pendahulu-pendahulu kita yang lampau.
Ia dipertahankan oleh anggota pasukan keselamatan yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa. Ia disuburkan oleh para murabbi dan pendidik yang gigih berjuang di kelas-kelas dan bilik kuliah.
Ia dimakmurkan oleh wira swasta, wira korporat, para penjaja, waima peniaga kecil yang gigih dengan semangat keusahawanan mereka mencipta kemakmuran. Tuntasnya, ia dilincirkan pula oleh para penjawat awam yang gigih berkhidmat.
Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada ataupun tidak, tua atau muda.
Kendati itulah, saya ingin tegaskan bahawa setiap seorang daripada kita mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia. Yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan untuk bekerja keras dan keberanian untuk mengambil risiko.
Di atas segala, sepanjang lebih lima dekad Malaysia telah melalui pelbagai detik dan panca peristiwa. Segalanya, dilalui penuh dengan suka duka, pahit manis dan jatuh bangun bersama dalam kemajmukan.
Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi erti kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 69, kemelesetan ekonomi 80-an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an.
Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redai dengan jaya. Ternyata walau apa pun, harus diinsafi bahawa kita tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lalu tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru.
Lantaran itu, untuk menentukan hari esok lebih baik dari hari ini kerajaan telah pun memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang kita menjadi sebuah negara yang maju.
Sebermula pentadbiran saya telah diutarakan konsep 1Malaysia yang berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai teras hala tuju matlamat kerajaan. Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa yang konkrit.
Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara.
Akhir kalam, ayuhlah kita suburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia.
Marilah kita realisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia - Marilah kita pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama-samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjuk-Nya jua.

Sunday, August 23, 2009

23 OGOS : SEKITAR PRK PERMATANG PASIR 2009

'Anak emas' jika BN menang
AHMAD Maslan (kanan), Rohaizat Othman (kiri) dan ahli UMNO berkempen dari rumah ke rumah dengan mengedarkan poster dan risalah di Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Penduduk di Permatang Pasir boleh menggunakan gelaran 'anak emas' untuk memudahkan urusan dengan Kerajaan Pusat sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil di kawasan itu.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, dengan gelaran itu juga penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh mendapatkan keutamaan dalam pelbagai urusan dengan kerajaan.
''Sebagai contoh, jika ada masalah dengan mana-mana agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita akan pastikan ia diselesaikan dengan segera kerana mereka anak emas kita.
''Selain itu, pinjaman penjaja kecil TEKUN atau Mara yang dah lama tertunggak, kita akan selesaikan segera atau pun ada antara anak-anak mereka hendak masuk universiti tetapi ada kekurangan sedikit, kami akan cuba bantu dan utamakan mereka.
''Mereka akan sentiasa menjadi lima pilihan teratas untuk kita membantu menyelesaikan masalah mereka, inilah kelebihan jadi anak emas kepada BN," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Gerakan cawangan Permatang Pasir.
Beliau bersama-sama calon BN, Rohaizat Othman mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah di kawasan itu dan bersemuka dengan penduduk di situ.
Ahmad berkata, aktiviti paling sesuai pada bulan Ramadan adalah dengan mengunjungi rumah pengundi di kawasan berkenaan.
Tambahnya, bagi menghormati bulan puasa, UMNO dan BN akan terus mengadakan ceramah dan berkempen secara berhemah sekali gus tidak menyentuh perkara yang tidak sepatutnya.
''Pada saya dalam bulan Ramadan ini kita hentikanlah ceramah bantai membantai malah kita juga sudah maklumkan kepada penceramah yang terlibat supaya tidak menyelar atau memfitnah mana-mana pihak atau personaliti.
''Kita dari dulu memang tak buat fitnah ini, kita akan terus bercerita tentang apa kita akan buat dengan konsep Permatang Pasir akan jadi anak emas Kerajaan Persekutuan, itu tema ceramah BN yang akan diadakan selepas solat tarawih.
''Bayangkanlah selepas 4,051 hari Pas memerintah tapi tiada apa pun yang telah dibuat," ujarnya.

80 peratus dijangka keluar mengundi
BUKIT MERTAJAM 22 Ogos – Jika Pas menjangkakan peratusan pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Selasa ini menurun, UMNO pula berpendapat sebaliknya.
Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, pihaknya menjangkakan peratusan rakyat keluar mengundi sekurang-kurangnya mencecah 80 peratus walaupun hari tersebut jatuh pada hari bekerja.
Menurutnya, isu hari mengundi jatuh pada hari bekerja bukan satu masalah sebagaimana pilihan raya kecil Manek Urai yang mampu menarik peratusan keluar mengundi yang tinggi iaitu 87 peratus.
‘‘Justeru, kita turut mengharapkan trend yang sama pada Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir kerana ia baik untuk Barisan Nasional (BN).
‘‘Jadi, keluar undi awal-awal,” katanya kepada pemberita sebelum memulakan pengedaran risalah dan mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah bersama-sama calon BN, Rohaizat Othman di Bilik Gerakan BN Cawangan Permatang Pasir di sini hari ini.
Pas hari ini menjangkakan peratusan pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Selasa ini menurun kerana ia diadakan pada hari bekerja.
Pengarah Jentera Pilihan Rayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, keadaan itu akan menyukarkan pengundi yang bekerja untuk keluar mengundi kerana perlu mendapatkan pelepasan daripada majikan.
Sehubungan itu, beliau meminta pengundi di kawasan berkenaan supaya membuat surat permohonan pelepasan keluar mengundi kepada majikan dengan mengepilkan slip pengundi berdaftar mereka.
UMNO yakin sokongan penduduk akan beralih kepada BN
22/08/2009 6:10pm
BUKIT MERTAJAM 22 Ogos — Berdasarkan perubahan sikap penyokong di Permatang Pasir, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yakin sokongan penduduk akan beralih kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini.
Beliau menggunakan teori “pendulum” atau ladung jam untuk menjelaskan perubahan sokongan rakyat kepada BN.
“Pada 1995, ladung jam berpusing ke sebelah kanan sebab itu kita menang di Permatang Pasir. Pada 1999 dia pusing kiri, kita kalah Permatang Pasir. Pada 2004, ia pusing kanan tapi kita kalah cuma 600 undi. Pada 2008, ia pusing kiri, kalah 5,000 lebih.
“Jadi kalau ikut teori saya, pada tahun 2009 ia akan pergi kanan, BN akan menang,” katanya ketika berkempen dari rumah ke rumah di sini, hari ini.
BN harap pengundi tidak ulangi kesilapan pilih pembangkang
23/08/2009 4:31pm
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Barisan Nasional (BN) berharap pengundi di Permatang Pasir terutamanya pengundi atas pagar tidak mengulangi kesilapan dengan mengundi calon parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Selasa ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh kurang 48 jam sebelum proses pengundian, beliau berharap pengundi Permatang Pasir telah membuat pilihan calon yang tepat untuk mewakili mereka.
“Kita telah beri peluang kepada Pas tetapi Pas telah gagal. Kali ini berilah peluang kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, sepanjang tempoh kempen pilihan raya itu, pengundi pelbagai kaum menunjukkan respon positif terhadap BN.
“Saya nampak ada perubahan yang baik. Saya yakin pengundi Cina akan sokong kita kerana mereka menyesal menyokong Pas,” katanya.-Bernama

Rohaizat dan kempen Permatang Pasir
Kelolaan LUKMAN ISMAILlukman@utusan.com.my
ISU kelayakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman menjadi topik paling hangat di kalangan penulis blog minggu ini.
Ini berikutan tindakan para penulis blog propembangkang yang memanipulasikan isu peribadi calon tersebut manakala penulis prokerajaan pula menjawab pandangan tersebut.
Misbahul Munir (misabah.blogspot.com) misalnya mempersoalkan kelayakan Rohaizat sebagai calon BN pada pilihan raya kecil tersebut.
Tulis beliau, Presiden Majlis Peguam Negara, Ragunath Kasavan telah mengumumkan bahawa status peguam Rohaizat telah ditarik balik selepas dikaitkan dengan kes wang Koperasi Pekebun-pekebun Kecil.
''Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi DUN Permatang Pasir sekarang,'' tulisnya.
Bagaimanapun, Shamsul Yunos dalam Marahku (marahku.blogspot.com) menolak dakwaan pembangkang dengan menyertakan bukti surat pengesahan bahawa kes tersebut telah diselesaikan dan dakwaan ke atas syarikat guaman Rohaizat juga sudah pun digugurkan.
Dengan memetik blog www.pisau.net, penulis itu berpendapat, terserah kepada pembaca sama ada mahu mempercayai bukti yang diberikan itu atau sebaliknya.
''Ramai orang dan pemberi komen di sini menganggap Majlis Peguam propembangkang. Tidak hairanlah mereka mengambil tindakan sedemikian, tetapi ia adalah badan pengiktiraf para peguam,'' tulis beliau.
Shamsul dalam kemas kini kemudiannya menulis, selepas bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak yang mendakwa beliau menjadi kambing hitam dalam kes tersebut bertanya, apakah akhiran daripada isu berkenaan.
''Isunya pembangkang sekarang memainkan isu calon tersebut secara eksklusif yang bermakna mereka mengharapkan pengundi membuat keputusan berdasarkan isu tunggal tersebut.
''Pada masa yang sama penyokong UMNO mempersoalkan kenapa tiada seorangpun meneliti latar belakang calon, yang pastinya bukanlah terlalu sukar,'' tulisnya.
Penulis berkata, BN tidak belajar sama sekali daripada pilihan raya umum Mac tahun lalu dan enam kekalahan pilihan raya kecil sebelum ini.
Maria A. Samad dalam Tok Mommy (mariasamad.blogspot.com) mengutip kenyataan Yusri yang mempersoalkan calon BN itu kerana mendakwa tidak tahu menahu berhubung kes tersebut.
''Tidak benar sama sekali jika dia tidak mengetahui tentang transaksi wang dan tanah koperasi tersebut.
''Selain saya, dia juga salah seorang penanda tangan perjanjian tersebut,'' tulis Maria memetik kenyataan Yusri.
Bagi penulis Putra Merdeka (politikputramerdeka.blogspot.com), beliau menganggap pembangkang takut dengan kekuatan calon BN itu sehingga mereka membuat serangan peribadi ke atasnya.
''Apa masalah Pas dan pembangkang dengan Rohaizat? Tidak lain dan tidak bukan ia kerana sebagai anak tempatan Rohaizat diterima dan dikenali ramai,'' tulisnya.
Kata beliau, Rohaizat ialah anak Melayu yang faham, sedar dan insaf akan keperluan serta kehendak bangsanya yang masih memerlukan pembelaan.
Sementara itu, penulis Paneh Miang (paneh.blogspot.com) pula menganggap jika BN tewas di Permatang Pasir, ia bukanlah disebabkan oleh isu Rohaizat.
Sebaliknya, tulis beliau, ia disebabkan oleh sikap para pemimpin akar umbi UMNO yang lebih banyak mengekori pemimpin tertinggi parti berbanding mengadakan kempen.
''Pimpinan serta ahli MCA dan MIC di Permatang Pasir (pula) hanya membiarkan UMNO melakukan hampir kesemua kerja tanpa mengambil bahagian dalam kempen secara proaktif.
''Siri ceramah dan kempen dari rumah ke rumah yang dilakukan BN tidak diatur dengan sempurna manakala BN juga kekurangan barisan penceramah berkemahiran yang dilengkapi fakta,'' kata beliau.
Tulisnya, kurang perhatian terhadap pengundi BN tegar berbanding pengundi atas pagar juga boleh menyumbang kepada kekalahan BN memandangkan mungkin ramai yang berkecil hati

KEIKHLASAN PERJUANGAN DAN NIAT YANG SUCI MURNI BEROLEH KEBERKATAN DARINYA!


Segalanya kerana niat
Minda Dr. Maza
MENJELANG Ramadan setiap kita berusaha meningkatkan pembersihan jiwanya. Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggahi kepentingan dan kehendak diri kita.
Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut. Ini bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan kekentalan jiwa yang dibina di atas niat yang ikhlas dalam perjuangan hidup di atas muka bumi ini. Hidup yang berteraskan keyakinan bahawa setiap kita akan mengadap Allah SWT, dan Dia menghisab segala amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan.
Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.
Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).
Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian...” Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang diatur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya. Niat adalah keazaman seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan.
Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan. Tepat bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): “Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali.’’
Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was.
Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan.
Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat.
Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu.
Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?
Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?
Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat Zuhur. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat Zuhur bersama imam.
Amalan hati
Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144). Dr. Yusuf al-Qaradawi pula menyebut: Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah.
Tidak diketahui daripada Nabi SAW, tidak juga dari para sahabah dan para tabi‘in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat Zuhur, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan Ramadan dan sebagainya.
Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was.” (http//:qaradawi.net).
Penegasan niat sering kita sebutkan apabila hendak solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah khusus yang lain. Malangnya, itu pun dengan konsep yang ‘silap’ seperti yang dijelaskan oleh dua tokoh ilmuwan di atas. Sehingga ada yang mempersendakan konsep niat dengan membuat ungkapan-ungkapan yang kononnya mewakili niat, walaupun ada maksud tersirat yang lain.
Berapa banyak operasi kewangan yang menggunakan nama ‘Islam’ dengan berbagai lafaz ketika akad, tetapi maksud yang tersirat berbeza dengan lafaz di lidah. Maka berbagai keuntungan yang sebahagiannya mempunyai unsur penindasan dan kesamaran dibuat atas nama Islam dengan kata-kata yang indah, walaupun niat sebenar amat berbeza. Sebabnya? Orang kita faham niat itu bermaksud lafaz.
Maka niat atau hasratlah yang tersirat di sebalik setiap tindakan. Kita diperintahkan untuk mengikhlas niat kerana Allah dalam ibadah. Membetulkan tujuan setiap tindakan. Inilah yang menjadi antara tujuan utama pendidikan Ramadan. Justeru itu Nabi SAW menyebut dalam hadis qudsi: “Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untukKu dan hanya Aku yang membalasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Puasa adalah manifestasi keikhlasan yang ada dalam jiwa. Tiada siapa yang boleh tahu seseorang benar-benar puasa atau menipu melainkan Allah. Puasa bukan pergerakan jasad yang boleh dilihat, tetapi pengawalan dalaman diri yang hanya diketahui oleh Allah.
Jika roh puasa dibawa dalam kehidupan, maka pasti banyak masalah umat Islam hari ini dapat diselesaikan. Umat kita hari ini fakir dan miskin ‘niat yang ikhlas’ dalam banyak keadaan. Walaupun niat tidak dapat kita lihat, namun sebahagian besar tindakan dan perbuatan insan mampu memberikan tanda atau menafsirkan niat yang tersirat.
Kemarau
Kita kemarau keikhlasan dalam ilmu, pergaulan, persaudaraan, politik, muamalat dan berbagai cabang kehidupan. Inilah krisis kita. Setiap kita, termasuklah yang menduduki tempat yang penting dalam masyarakat menyimpan niat yang berbagai. Politik umpamanya, sepatutnya setiap individu yang terlibat dalamnya, mengikhlaskan niat kerana Allah, dengan itu maka semua tindakannya dipastikan memenuhi tuntutan keperluan umat dan rakyat.
Namun, apabila ahli-ahli politik muslim menempatkan niat yang lain, maka tujuan politik yang sepatutnya menuju kepada kepentingan umat dan rakyat bertukar menjadi agenda parti atau peribadi yang akhirnya menyusahkan rakyat.
Demikian juga urusan agama, sepatutnya ilmu Islam itu membimbing manusia memahami kehendak al-Quran dan sunnah, tapi telah dijadikan agenda peribadi untuk mengaut untung, atau perniagaan, atau kuasa atau seumpamanya, akhir agama menjadi alat pencapai matlamat peribadi dan kumpulan. Maka, politik tidak mengenai tujuan, urusan agama pun tidak mencapai matlamat. Hari ini kita melihat banyak pihak yang seruannya indah, bahkan sebahagian menggunakan nama Islam, tetapi jalan dan tindakannya amat berbeza dengan ajaran Islam. Apa sebabnya? Semuanya kerana niat. Slogan memang cantik, ramai yang boleh buat dan ada-adakan, namun niat siapa yang tahu?


Kenapa umat Islam berpecah?
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
Berpecah kerana politik
CUBA bayangkan senario ini, sempena Ramadan, pada malam terakhir kempen Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang Pasir, solat tarawih perdana diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.
Majlis tersebut dihadiri bukan sahaja oleh semua pemimpin-pemimpin kanan UMNO dan Pas yang terlibat dalam kempen pilihan raya itu tetapi juga kedua-dua calon yang bertanding.
Mereka bersolat bersama-sama dan kemudian bermaaf-maafan. Mereka meninggalkan majlis itu dengan fikiran yang lapang dan tali persaudaraan Islam sesama mereka semakin erat, biarpun mereka berbeza parti dan akan bertarung dalam pilihan raya.
Mungkin senario ini, jika dibayangkan nampak indah dan menarik, siapa yang tidak mahu melihat orang Melayu bersatu padu dan meningkatkan ukhuwah Islamiah sesama mereka. Tetapi buat masa ini, kita hanya mampu membayangkan sahaja, apa yang dicatatkan tidak mungkin akan menjadi kenyataan, biarpun itulah sikap terbaik bagi melambangkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam.
Sebenarnya, kita sudah bosan untuk menyebut soal penyatuan Melayu, malah kita juga sudah malas untuk membincangkan soal perpaduan umat Islam di negara ini. Ia berlaku kerana setakat ini apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Sebaliknya, umat Islam terus berpecah belah dan lebih buruk dari semasa ke semasa semakin banyak pula kenyataan-kenyataan dibuat oleh pemimpin politik tertentu yang mengecam sesama Islam.
Soal syurga, neraka, Islam plastik, Islam palsu, menyerang peribadi ketika berkempen dan memburukkan-burukkan antara satu sama lain telah menyukarkan kita untuk melihat umat Islam di negara ini bersatu.
Penyatuan ini bukanlah mustahil dan bukanlah sesuatu yang sukar tetapi ia terhalang kerana ada pihak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Bagi mereka, kalau ada unsur-unsur untuk bekerjasama dengan UMNO demi perpaduan orang Melayu dan Islam maka ia boleh menjejaskan kedudukan politik mereka.
Pemimpin-pemimpin dalam kelompok berkenaan sanggup mengatakan UMNO mengamalkan Islam palsu dan Islam plastik tetapi yang anehnya mereka tidak pula mempertikaikan apa pula bentuk Islam yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bagaimana pula dengan pendirian DAP, jika ada pihak hendak melaksanakan pemerintahan Islam?
Adalah sesuatu yang malang jika perhitungan politik mengatasi segala-galanya. Demi kuasa politik, demi secebis kedudukan, kita lebih rela bermusuh sesama Islam. Kita keluarkan pelbagai hujah bagi ‘menghalalkan’ tindakan kita mengecam saudara kita sendiri.
Sesungguhnya perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam sekarang terutamanya dari segi politik tidak menguntungkan mereka. Sepatutnya sebagai pemimpin beragama Islam, tata susila, etika dan tingkah laku kita adalah lebih baik daripada pemimpin-pemimpin bukan Islam.
Apatah lagi kalau ada di kalangan kita sering bercakap soal-soal agama di dalam blog-blog atau memberikan tazkirah serta membaca khutbah Jumaat. Namun apa yang kita saksikan, ketika pemimpin-pemimpin bukan Islam tidak mencaci sesama sendiri biarpun mereka berbeza parti dan bertarung dalam pilihan raya, di kalangan pemimpin Islam pula adalah sebaliknya.
Antara mereka bukan sahaja dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang mengguris perasaan umat Islam yang lain, malah sanggup bergerak siang dan malam untuk memperolehi rahsia peribadi seseorang pemimpin yang kemudiannya akan didedahkan kepada umum. Mereka lakukan itu sebagai modal politik, soal moral berpolitik dalam Islam sudah tidak ada lagi, biarpun mereka melaung-laungkan memperjuangkan Islam dan ingin menegakkan kebenaran tetapi apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya.
Kesudahannya orang bukan Islam akan melihat begitulah cara orang Islam berpolitik. Akan ada kelompok yang akan bergembira dengan tingkah laku sedemikian kerana ia akan memecah belahkan umat Islam. Apabila umat Islam berpecah, maka mereka menjadi lemah dan apabila mereka menjadi lemah maka mereka hanya akan menjadi ‘pak turut’ sahaja kerana tiada kuasa politik yang kuat.
Kita sudah lihat contoh di beberapa negeri, apabila ada sesetengah parti tidak mampu bersuara langsung, biarpun ada tindakan oleh rakan-rakan pakatan mereka melanggar prinsip perjuangan namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana suara politik mereka ‘tidak laku’. Kalau mereka hendak bersuara sedikit, semangat yang mereka ditunjukkan itu hanya menjadi `hangat-hangat tahi ayam’ sahaja, mereka akan diam apabila ditegur oleh rakan dalam pakatan.
Tetapi bahana ini masih belum mahu dipelajari oleh sesetengah umat Islam. Bagi mereka, apa yang penting berebut kerusi dalam pilihan raya dan kuasa politik. Soal sama ada perebutan yang berlaku akan melemahkan umat Islam ia adalah soal kedua.
Kita tidak perlu membuang masa untuk bercakap soal kejatuhan empayar Islam dan mengimbas kembali bagaimana orang Melayu dijajah suatu ketika dahulu, semua itu tidak akan menginsafkan puak-puak berkenaan. Apa yang boleh kita peringatkan ialah mereka harus bersedia bertanggungjawab seandainya suatu hari kelak orang Melayu dan umat Islam menjadi pelarian di tanah air sendiri.
Ketika ini keluarkanlah apa juga kenyataan bagi menyakiti hati sesama Islam demi mencari keuntungan politik dan lodehkanlah apa juga keburukannya musuh politik kita. Mungkin mereka akan berjaya mendapat sokongan politik yang diinginkan, apatah lagi di kalangan penyokong tegar yang taksub tetapi tanpa mereka sedari dalam masa yang sama mereka juga sedang menghakis sedikit demi sedikit tembok kekuatan umat Islam di negara ini.
Sehebat manapun kuasa politik yang kita miliki, ia tidak akan mampu menggantikan tali persaudaraan Islam yang ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan terlalu sombong menolak salam perpaduan yang dihulurkan.
Lagipun apalah gunanya kita bersikap seperti ‘harimau’ kepada saudara seagama tetapi menjadi ‘kucing’ kepada rakan yang bukan seagama dengan kita.
Akibat taksub

SERUAN BANGKITLAH MELAYU!

Bangkitlah Melayu...
SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Raja-raja Melayu tidak berhenti bersuara dalam hal melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.
Terbaru Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan tentang tujuh wasiat Raja Melayu. Ia diikuti Sultan Kedah yang mahu kontrak sosial dipertahankan bagi mengelakkan negara ditimpa huru- hara. Beberapa hari selepas itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa campur tangan menolak cadangan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan pembangunan semua kaum.
Seingat Awang, semua Raja Melayu dari Perlis hingga ke Johor telah melahirkan pandangan dan penegasan agar rakyat tidak meruntuhkan asas kenegaraan yang berpaksikan sejarah, tamadun dan masyarakat Melayu itu sendiri.
Malah sebahagian raja Melayu makin lantang mempertahankan kepentingan Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu ke hadapan dan secara konsisten menjadi benteng melindungi perlembagaan. Ini semua berlaku kerana sesungguhnya juga belum pernah berlaku kedudukan Melayu, agama Islam dan institusi raja dicabar sebegini dahsyat oleh pergerakan politik bukan Melayu tertentu dengan dibantu oleh pengkhianat Melayu yang mahu berkuasa.
Kebiadapan terhadap Islam, raja dan Melayu makin menjadi-jadi yang tidak boleh dibiarkan. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang yang tampil memohon maaf terhadap banyak penderhakaan yang turut mereka cetuskan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bibit-bibit ke arah negara republik sudah bermula.
Maka apa yang disuarakan oleh Raja-raja Melayu mempunyai mesej tersendiri bahawa Melayu perlu bangkit bersatu dan lebih yakin dalam menghadapi persekitaran politik yang makin membahayakan. Awang sudah lama bangkit...

Melayu dalam Perlembagaan
SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu.
Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain.
Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan.
Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.
Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India menjadi tonggak di negara ini.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menjelaskan, dalam Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.
“Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka,” tegas Mohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID Khamis lalu.
MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?
MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.
Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?
MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.
Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?
MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.
Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.
Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.
Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?
MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.
Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.
Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?
MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-
undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.
Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?
MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.
Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?
MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.
Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?
MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.
Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?
MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.
Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?
MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.
Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

Friday, August 21, 2009

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


Raja-raja Melayu telah memberi ingatan dan wasiat buat orang-orang Melayu agar senantiasa memelihara kekuatan dan kemuliaan maruah orang-orang Melayu. Amanat dan Azimat daripada Raja-raja Melayu ini harus diberi perhatian oleh kita semua.

Thursday, August 20, 2009

PRK PERMATANG PASIR : TOWARDS A COMPETITIVE MALAYSIA






Towards A Competitive Malaysia #117
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }
Chapter 17: Granting Malaysians Their Merdeka
Individual and the State
The central challenge for Malaysia is in ensuring that its citizens, especially Bumiputras, are not dependent on the state. That is a necessary first step to their being competitive. There will always be those who will have to depend on the state: the young, aged, sick, and disabled.
If the total cost for rearing the young were to be borne fully by the family, it would be prohibitive and beyond the means of most. Were families forced to do so, as in a Darwinian social jungle, many children would have to forgo their education, health care, and even food and clothing. The state must step in to provide education and essential health services. Otherwise the citizens would not be healthy and educated, and their value as human capital (and as a human being) would be diminished. Ultimately, the state too would lose. Viewed thus, resources expended upon the young are investments, which the state would later recoup by having a productive workforce.
With the aged, the story is different. They have already contributed, and now society owes them something in return. Various emotionally laden words and phrases are used to justify this, among them gratitude, respect for elders, and repaying our debt to them. At its core and stripped of the associated emotions, this reflects the mentality of being dependent on the state. We should disabuse ourselves of such an expectation. We can begin by instilling in the young the need to plan for their retirement. Progressive countries have mandatory retirement plans. Most are under government control, as with Malaysia’s Employees Provident Fund and America’s Social Security. I see no reason why with proper strict state oversight this cannot be undertaken by the private sector, as in Chile.
The important point is that workers must be encouraged if not forced to save for their future. Apart from the economic benefits that would accrue from those savings, the more important lesson is to instill in citizens the expectation not to be dependent on the state (or their adult children) during their old age.
The handicapped and the disabled are the only ones truly deserving state and our help. That is our collective obligation, not subject to accounting analysis. All religions agree on this. The important point is that when society is not distracted from having to look after and subsidize the able bodied, it would have more resources for taking better care of the truly needy. Society must have adequate safety nets to take care of those unfortunate enough not to be able to take care of themselves. For others, they must weave their own. The state’s responsibility is to ensure that this happens, hence mandatory workers’ health, disability, and unemployment insurances in addition to retirement plans.
The danger comes when the safety net is too generous. Too comfortable a safety net and it becomes a hammock, tempting citizens to just simply lie down and let others (like immigrants) do the work, as seen in modern welfare states like France and Germany.
The economist Richard Layard observes that at the elemental level what makes people happy is to be free from the basic fear of starvation and privation, the first stage of society’s development as discussed earlier. Thus poverty reduction and elimination should be the highest priority. Once this fear is alleviated, it would not take much more to make citizens happier. This “not much more” does not necessarily mean a higher income or more and better gadgets. The quantum increase in happiness in graduating from having no bicycle to having one is huge; the increase in gratification is considerably less in trading a Mazda for a Mercedes. The emotional satisfaction diminishes rapidly with increases in material value.
Once we cross over that basic threshold of freedom from fear of starvation and privation, our value system changes. Then the issue is not so much with what we have, rather what we have as compared what others in our reference group (neighbors, coworkers, friends) posses, of “keeping up with the Joneses” and of our relative positions. This is the preoccupation of societies in the material phase. Even the best and brightest are not immune to this prosperity envy. Studies done on Harvard students showed that they prefer a situation where they would earn $50K while others get only $25K, to one where they would earn $100K while others collected $250K. You compare yourself with those in your reference group, not on absolute level. This explains why Olympic Bronze medalists are happier than Silver winners. The former compare themselves with those who did not win any medal, while the later with the gold medalists.
As your income increases, your reference group gets smaller very quickly, and other considerations become pivotal. By the time you get in the same wealth league as the Sultan of Brunei, your peers would consist of only Bill Gates and a few select individuals. I am certain that the Sultan’s fleet of Rolls Royces, collection of grandiose palaces, and multiple gorgeous wives do not impress Gates. You impress him not with your collection of expensive toys rather with your “Killer App” software.
Also, beyond a certain level one has the luxury of choosing one’s peer group. Some prefer to be the proverbial small fish in a big pond; others a big fish in a small pond. One Cuban pilot may eagerly be the first officer of United Airlines’ Fokker Friendship on a commuter run but with First World pay and work culture; another prefers being the Captain of Air Cuba’s 747 on the Cuba-Moscow sector, despite its Third World pay and work ethics.
Had I stayed in Malaysia, I would probably have been a Professor of Surgery or a Senior Federal Surgeon, and maybe a datukship to boot. To some, that would have been the pinnacle of achievement. In America, I am one of literally thousands of surgeons, but then I value my personal freedom and professional opportunities more than titles.
Knowing what is important to people especially those with talent and creativity is necessary if we are to attract them. Richard Florida, the American Management Professor, suggested the three Ts to attracting such individuals: talent, technology, and tolerance. Talented individuals do not want to work in isolation; they are stimulated by and thus welcome interactions with others equally talented even or especially if they are competitors. When we have a critical mass of such individuals, they will attract others. This explains the success of Silicon Valley, and nearby, the blossoming of Singapore’s academic community when Lee Kuan Yew liberalized the recruitment process in the 1970s. I am dismayed that in choosing leaders of Malaysian universities, the government still dares not look beyond race and nationality.
Then there is technology. Without modern telecommunication and transportation, a city or nation would have a tough time attracting talent. The Internet and ease of travel enable people to live high in the Rockies of Colorado or Idaho to do their work and yet be in constant contact with the outside world. Similarly if you want to attract molecular biologists, your laboratory must have DNA sequencer and other modern gadgets.
The third element is tolerance. Talented people value their personal freedom and they do not like the government or any other big brother agency telling them what books they can or cannot read or what clothes to wear (apart from considerations of modesty). In order for the talented and creative to flower and maximize their God-given talent, they must be given greater degree of personal freedom and autonomy. This is where countries like Malaysia and Singapore are having difficulties in attracting talent. Their leaders, despite their modern Western education, still have the Third World mentality of being control freaks. They want total control over their citizens. That reflects their lack of trust and confidence in their citizens, and in turn themselves.
For citizens to express fully their creativity and talent, they must first be liberated, be granted their own personal merdeka.