TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Thursday, May 14, 2009

PERSIDANGAN UMNO PERINGKAT CAWANGAN : INGATAN DARIPADA SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA




KUALA LUMPUR, 14 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan ahli-ahli UMNO agar mematuhi Perlembagaan parti menjelangnya persidangan peringkat Cawangan yang akan bermula esok.
Kata beliau, ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi adalah penentu kepada hala tuju parti pada masa hadapan khususnya dalam konsep pembaharuan ‘Satu Malaysia’ seperti yang diajukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita berharap agar persidangan tersebut berjalan dengan lancar mengikut peraturan dan menghindari segala apa bentuk amalan negatif bagi memastikan kerukunan dalaman dan mengelakkan perpecahan,” katanya.



Sebanyak 20,056 Cawangan UMNO di seluruh negara akan memulakan persidangan tahunannya, bermula esok sehinggalah ke 30 Jun akan datang.
“Dalam hal ini, ahli-ahli UMNO akan duduk semeja membincangkan permasalahan yang berlaku di samping menilai kembali landasan perjuangan yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
“Mesyuarat peringkat cawangan ini akan menjadi satu platform kepada parti untuk menyatukan kembali ahli-ahlinya dengan ikatan perpaduan yang lebih erat bukan hanya untuk parti semata-mata sebaliknya ia juga adalah berlandaskan kepada perjuangan demi agama, bangsa dan negara,” tegas beliau lagi.



Katanya lagi, dengan bermulanya mesyuarat peringkat cawangan tersebut sudah tentulah akan mengumpulkan ahli-ahli UMNO dari semua peringkat usia tanpa mengira pangkat dan kedudukan khususnya bagi meneruskan agenda perjuangan.
“Sesungguhnya mesyuarat cawangan ini adalah satu medan kepada semua ahlinya di peringkat akar umbi untuk memikirkan apa bentuk perubahan dan transformasi yang wajar diambil bagi terus memperkukuh UMNO di samping satu kaedah yang paling sesuai untuk mengetahui situasi yang berlaku di kalangan ahlinya.”
April lalu, Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan surat pekeliling berkaitan persidangan peringkat Cawangan. Antara kandungannya adalah seperti berikut:



1. Persidangan Tahunan Cawangan 2009
1.1. Cawangan-cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunannya bila-bila masa mulai hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.
1.2. Cawangan-cawangan yang telah berdaftar pada atau sebelum 31 Disember 2008 serta telah memperolehi Sijil Pendaftaran Cawangannya sahaja yang layak mengadakan Persidangan Tahunannya untuk tahun 2009.
1.3. Tarikh bagi semua Persidangan Tahunan Cawangan hendaklah ditentukan oleh Bahagian setelah berunding dengan Cawangan berkenaan.
1.4. Merujuk kepada Peraturan Persidangan 5.3 “Persidangan Cawangan hendaklah diadakan pada satu tempat yang berkecuali dalam Cawangan berkenaan, melainkan jika tidak ada kemudahan di situ maka Persidangan bolehlah diadakan di mana-mana tempat yang munasabah termasuk di luar Cawangan setelah berunding dengan Bahagian”.
1.5. Setiausaha Cawangan hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Persidangan Tahunan Cawangan.
1.6. Sebarang permohonan untuk menunda tarikh-tarikh persidangan Tahunan Cawangan di luar daripada tempoh yang telah ditetapkan tidak akan diluluskan.
1.7. Persidangan Cawangan hendaklah terdiri daripada :-
i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetapii. Ahli-ahli Jawatankuasa Cawanganiii. Ahli-ahli Cawangan yang telah menjelaskan yuran tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008.
1.8. Sesuai dengan Fasal 17.5 Perlembagaan UMNO, di antara tugas-tugas Persidangan Cawangan ialah:-
FASAL 17.5.6Memilih Wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang tidak dipilih di dalam Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah.
FASAL 17.5.8Tertakluk kepada Fasal 8.4.3, mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.
2. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri Cawangan 2009
2.1.1. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunan masing-masing bila-bila masa mulai dari hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.
2.2.2. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan hendaklah diadakan terlebih dahulu sebelum Persidangan Tahunan Cawangan masing-masing.
2.2.3. Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan hendaklah memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan persidangan masing-masing.
2.2.4. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan hendaklah terdiri daripada :-
i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakanii. Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan UMNO Cawanganiii. Ahli-ahli Pergerakan UMNO Cawangan yang telah menjelaskan yuran tahunannya sebelum atau pada 31 Disember 2008.iv. Tidak lebih dari dua orang wakil daripada Jawatankuasa UMNO Cawangan.
2.2.5. Sesuai dengan Fasal 19.4, Peraturan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, tugas-tugas Persidangan Tahunan Cawangan masing-masing adalah :-
FASAL 19.4.3Memilih dua (2) orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian sebagaimana Fasal 14.2.4 Peraturan ini.
FASAL 19.4.5Tertakluk kepada Fasal 9.2.4 Peraturan ini, mencadangkan dua (2) orang wakil Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia.
3. BORANG 9 ( AKTA PERTUBUHAN 1966 )
Semua Cawangan dan Bahagian hendaklah mengisi Borang 9 ( Akta Pertubuhan 1966 ), bersama minit Mesyuarat (Peringatan Persidangan/Perwakilan), senarai Ahli-ahli Jawatankuasa dan Penyata Kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari selepas persidangan, bagi memenuhi kehendak peruntukan di bawah Akta Pertubuhan. Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya pembatalan mana-mana Bahagian atau Cawangan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
4. KEDUDUKAN AHLI YANG MUFLIS
Sesuai dengan Fasal 9 ‘A’ (1) (d) dan 9 ‘A’ (7) (c) Akta Pertubuhan 1966, dan Fasal 6.3.4 Perlembagaan UMNO, maka seseorang muflis tidak dibenarkan bertanding atau memegang sebarang jawatan di mana-mana peringkat Persidangan Tahunan Cawangan atau mesyuarat Perwakilan Bahagian, termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Mereka juga dilarang untuk menjadi wakil dari Cawangan ke Bahagian atau dari Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.
5. PENGERUSI TETAP
Semua Pengerusi Tetap yang mempengerusikan mana-mana Persidangan Tahunan Cawangan termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Pergerakan Puteri dikehendaki menandatangani Surat Akaun dan membaca surat tersebut di hadapan Perwakilan untuk mengesahkan mereka tidak muflis.



Sehubungan itu, Ibu Pejabat UMNO berharap agar semua pihak yang terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya dan dapat mematuhi semua aturan dalam persidangan yang telah digariskan dalam parti.
Selamat Bersidang!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment