TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Thursday, May 7, 2009

15 MEI 2009 - SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2009







PM sampaikan amanat belia 15 Mei ini



JASIN 6 Mei _ Sambutan Hari Belia Negara 2009 yang akan diadakan di Melaka pada 15 Mei ini akan menjadi pentas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyampaikan mesej kepada golongan belia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Perdana Menteri dijangka menyampaikan amat penting selain memberikan amanat serta harapannya kepada belia untuk membantu kerajaan membangunkan negara.
"Sambutan Hari Belia Negara kali ini amat bermakna terutama kepada rakyat negeri Melaka yang secara tidak langsung mendapat kunjungan Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.



"Apa yang paling penting, para belia daripada seluruh negara yang akan berhimpun di Melaka akan mendapat amanat dan amanah daripada Perdana Menteri mengenai persediaan menghadapi cabaran pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan singkat meninjau persiapan 24 unit bangunan Halal Hub berkembar satu tingkat di kawasan Perindustrian Serkam di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis sambutan itu nanti ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.



Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, sambutan dan perhimpunan Hari Belia Negara 2009 bertemakan Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dekat sini pada pukul 8 malam.
Menurut beliau, sebanyak 20,000 belia dari seluruh negara akan berhimpun bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2009 pada 15 Mei ini.



Bagi memeriahkan sambutan itu, beliau berkata, pelbagai acara diatur oleh kerajaan negeri bersama Bahagian Sahabat Belia yang akan berlangsung di sekitar Ayer Keroh bermula dari 13 hingga 17 Mei ini.
"Sebanyak 35 acara telah diatur yang akan melibatkan penyertaan daripada 20,000 belia yang akan berhimpun sempena sambutan Hari Belia Negara tahun ini," katanya.
Mohd. Ali berkata, antara acara paling utama dan akan menjadi tumpuan ialah Festival Belia Murni, Konvensyen Belia Kebangsaan, Fiesta Sukan Belia Malaysia dan Pertukaran Belia Antarabangsa.
Di samping itu kata beliau, sembilan anugerah akan disampaikan oleh Perdana Menteri iaitu Anugerah Perdana Pertubuhan Belia, Kepimpinan Kemahiran dan Inovasi, Keusahawanan, Wira Tani, Kesukarelaan, Daya Juang Malaysia Boleh, Tokoh Jasa Belia Lelaki dan Wanita serta kategori khas.






SENATOR WAKILI BELIA

TEMERLOH 3 Mei - Kerajaan disaran melantik wakil belia sebagai Senator di Dewan Negara (DN) bagi mengiktiraf golongan tersebut yang turut membantu pembangunan negara.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, wakil belia akan dapat memberi input secara langsung kepada kerajaan mengenai kehendak dan keperluan golongan tersebut.
Hubungan secara langsung dengan kerajaan juga katanya, akan membolehkan pembangunan yang hendak dilaksanakan menepati kehendak kumpulan sasaran.
Saifuddin turut mencadangkan supaya lebih ramai pemimpin belia diberi peluang menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).



''Kini lebih 40 peratus daripada 26 juta penduduk di negara ini terdiri daripada golongan belia dan statistik itu menunjukkan belia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar bagi mengisi proses kemajuan negara,'' katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Belia Negara 2009 peringkat Negeri Pahang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lachang, dekat sini hari ini.
Menurut Saifuddin, sebahagian besar dasar kerajaan yang dilaksanakan hari ini hasil cetusan pemimpin belia terdahulu seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, katanya, cadangan melantik pemimpin belia itu adalah sebagai mengenang jasa dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam pembangunan negara.
Dalam pada itu, ketika berucap merasmikan konvensyen itu, Saifuddin menggesa golongan belia mengubah minda mereka dan melibatkan diri secara langsung dengan pelbagai kegiatan yang dianjurkan kerajaan.



Beliau berkata, penglibatan aktif belia dalam pelbagai kegiatan sosial akan membolehkan mereka belajar untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dalam memacu pembangunan negara pada masa hadapan.

1 comment:

  1. May 14-17 Acara-acara Pelbagai Pertandingan khusus untuk para belia seluruh Malaysia sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan di MITC Melaka. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan aturcara pertandingan di Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka dan di Bahagian sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka atau hubungi en Syukri 0126922523, En Najib 0129796450, En Zaini 0167392023

    ReplyDelete