TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Sunday, May 3, 2009

KETUA PENERANGAN UMNO: DATUK AHMAD MASLAN : MUDA, BIJAK & BERIDEALISME...




Tidak terkejut saya, bila DS Najib mengumumkan perlantikkan tokoh muda iaitu Datuk Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan UMNO yang baru menggantikan Tan Sri Muhammad Taib, kerana alasan paling utama adalah UMNO harus mencari tokoh muda yang berilmu, berpengetahuan, bersih serta mempunyai ciri-ciri tokoh ilmuan yang terdorong sifat keislaman yang menebal. Bukan sahaja tokoh yang mempunyai ilmu-ilmu mempertahankan UMNO semata-mata, malah ilmu keagamaan harus diambil penekanan.


Saya berpengalaman berurusan dengan YB Datuk Ahmad Maslan sewaktu beliau menjadi Pengerusi Yayasan Restu yang terletak di hadapan Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam iaitu pada tahun 2006. Pada waktu itu, saya merupakan Setiausaha Persatuan Alumni Sek. Men. Sains Tengku Muhammad Faris Petra Malaysia dan kami telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan persatuan kami di Bangunan Yayasan Restu. YB Datuk Ahmad Maslan sanggup bersama-sama kami sewaktu itu, menunggu ketibaan kami serta sanggup menunggu sehingga tamat majlis kami, meraikan kami sebaik mungkin dan kami sehingga ke hari ini amat menghargai jasa baik YB Ahmad Maslan tersebut. Saya turut percaya, semua Ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara bersetuju dengan saya dengan sifat rendah diri serta senang didekati yang ada pada YB Ahmad Maslan memungkinkan beliau dapat bertahan lama serta menyumbang yang terbaik demi kebaikan UMNO.


Berikut adalah latar belakang YB Datuk Ahmad Maslan:



1. Nama Penuh- Hj. Ahmad bin Hj. Maslan.
2. Tarikh Lahir- 30 April 1966
3. Umur- 43 Tahun.
4. Tempat Dilahirkan- Kg. Pt. Yusuf, Lubok Sipat, Benut
5. Nama Isteri- Hajjah Noraini Bte Hj. Sulaiman.
6 . Bilangan Anak/Nama Bapa/Nama Ibu
- 3 Orang/Hj. Maslan bin Marhasan/Hjh. Aminah bte Hj. Sabran
9. Kegemaran- Membaca, Jogging, Menikmati Kedamaian Kampung.
10. Cita-cita- Berkhidmat Untuk Rakyat Demi Agama, Bangsa dan Negara

Pendidikan / Kelulusan:-
1. SK. Seri Bahagia, Lubok Sipat Benut (1973 – 1978) – Tokoh Murid.
2. SM Sains Johor, Kluang (1979 – 1983) – Terbaik Peperiksaan S.R.P. & Pembahas Piala PM
3. Rosechill College, Auckland, New Zealand (1985)
4. Univ. Victoria, New Zealand (1986 – 1988) – Ijazah Sarjana Muda Ekonomi & Sains Politik
5. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi (2001 – 2003) – Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Penerima Anugerah Graduan Terbaik)

Pengalaman kerja :-
1.1989 – 1990
- Pengurus Operasi di Federation Of Islamic Associations Of New Zealand di Wellington, New Zealand.
2.1991 – 1994
- Penolong Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) Jabatan Perdana Menteri Kuala Lumpur.
3.1994 - 1995
- Setiausaha Sulit Kanan Kepada Timbalan Menteri Kewangan (Y.B Dato’ Mustapa bin Mohamed).
4.1995 - 2000
- Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Mac 2000 Usahawan (Y.B Dato’ Mustapa bin Mohamed)
5.2000 - 2005
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Restu (sebuah Yayasan beroperasi di Shah Alam, Melaka & Pulau Pinang).
6.2005 - 2008
- Pengarah Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.
(menjaga hal ehwal peneroka di 317 kawasan rancangan FELDASeluruh Negara. Bertanggungjawab mengetuai Unit / Jabatan Seranta untuk melaporkan terus kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia).

Jawatan dalam Politik / Pertubuhan (sekarang)
1. Pengerusi tetap UMNO Cawangan Lubuk Sipat, Benut (sejak 1996).
2. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pontian (sejak 2004)
3. Setiausaha Penerangan UMNO Negeri Johor (sejak 2006)
4. AJK Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negara (sejak 2000)
5. AJK Pelaksana Penerangan UMNO Malaysia (sejak 2006)
6. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Restu (sejak 2005)
7. Ahli Lembaga Pemegang Amanah DAMAI (Dewan Amal Islam Hadhari)
(sejak 2006) – Lantikan atas persetujuan YAB. Perdana Menteri.
8. Ketua Penerangan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)
9. Ketua Penerangan UMPG (UMNO MP Group)

Jawatan dalam Politik / Pertubuhan (sebelum ini)
1. AJK Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1986 – 1988)
2. Pengerusi Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1989 – 1990)
3. AJK Biro Penerangan UMNO Bahagian Sungai Benut (1991 – 1993)
4. AJK UMNO Bahagian Sungai Benut (1993 – 2003)
5. AJK Biro Latihan Pemuda UMNO Malaysia (1991)
6. AJK Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia (1993)
7. AJK Biro Sains & Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
8. Timbalan Pengerusi Majlis Integrasi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
9. AJK Biro Agama & Pendakwah Pemuda UMNO Malaysia (1996)
10. Naib Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia (1996)
11. AJK Malaysia – Saudi Arabia Business Council (1998)

Berucap di Konvensyen UMNO Negeri Johor.

1. 1996 – Wakil UMNO Sungai Benut.
2. 1998 – Wakil UMNO Sungai Benut.
3. 2005 – Pembentangan Kumpulan Ekonomi.

Berucap di Perhimpunan Agong UMNO Malaysia.

1. 1989 – Wakil Kelab-kelab UMNO Luar Negara.
2. 1996 – Wakil Negeri Johor (Usul Pendidikan)
3. 1998 – Wakil Negeri Johor (Usul Ucapan Dasar Presiden)
4. 2007 – Pengulas TV 1 / Ucapan YAB. Timbalan Presiden (siaran langsung)




Berikut adalah artikel berkaitan beliau:


1.Kaedah kreatif tarik sokongan
Dari Benut, Pontian ke Putrajaya, mungkin itulah gambaran yang boleh diberikan dalam menilai kejayaan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang bukan sahaja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, malah turut diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Ketua Penerangan UMNO.
Beliau yang menyambut ulang tahun kelahiran Ke-43 pada Khamis lalu, amat memahami tanggungjawab berat yang dipikulnya dan pelantikan beliau dilihat sebagai salah satu usaha bagi menarik generasi muda menyokong UMNO.
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, HATTA WAHARI di Putrajaya, anak kepada penoreh getah ini memaparkan visi dan misinya dalam memastikan segala amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Untuk mencapai misi itu, Ahmad menggariskan apa yang dipanggil GST iaitu dari gelap kepada samar dari samar menjadi terang. Selain itu beliau juga memberi pandangan mengenai pelantikannya yang ditegaskan oleh beliau, sama sekali bukan melalui lobi melobi.
Apa pun bagi Ahmad sehebat mana pun cabarannya, apa yang penting selagi sesuatu itu dilakukan demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air maka beliau akan melaksanakannya.
MINGGUAN: Apa perasaan YB dilantik menjadi Timbalan Menteri dan juga Ketua Penerangan UMNO?
AHMAD: Walaupun saya pernah bertugas secara rasmi di bawah Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Pengarah Seranta Felda di Jabatan Perdana Menteri pada Mac 2005 hingga Mac 2008 tetapi dalam susunan Kabinet baru ini saya tidak pernah berkata walaupun sepatah untuk melobi mendapatkan jawatan, begitu juga bagi jawatan dalam UMNO. Dan saya kira apa yang diberikan itu adalah satu amanah yang cukup saya syukuri dan menerima dengan tawaduk atas ingatan bahawa tugas saya adalah besar untuk agama, bangsa dan tanah air.
Saya menganggap diri saya adalah anak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dapat belajar di sekolah berasrama penuh, belajar di luar negara dengan biasiswa kerajaan dan juga dapat bertugas di pelbagai tempat berikutan dasar-dasar dilaksanakan oleh kerajaan.
Dalam pelantikan sebagai Ketua Penerangan, saya bersyukur kerana ini adalah arahan pucuk pimpinan parti dan saya merasakan pelantikan itu merupakan satu jambatan bagi generasi baru dalam UMNO. Saya baru berusia 43 tahun dan tentunya dalam usia ini saya boleh bertemu dengan generasi yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an di mana UMNO kehilangan sokongan tetapi pada masa yang sama saya boleh berjumpa dengan orang lama untuk mendapatkan pandangan serta khidmat mereka.
Saya melihat Presiden UMNO percaya saya boleh membantu beliau menerangkan aspirasinya yang cukup saya fahami. Kita akan berusaha memberikan penjelasan dan penerangan melalui istilah GST dari gelap kepada samar, dari samar kepada terang. Kita akan menggunakan media bersemuka, media elektrik, media cetak dan media maya untuk mendekati kumpulan sasar seluruh rakyat Malaysia kerana UMNO ini bukan hanya perjuangan untuk orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia.
YB dilantik ke jawatan Ketua Penerangan ketika UMNO berada dalam keadaan politik yang dianggap sukar dan mencabar, apakah YB hendak lakukan?
AHMAD: UMNO sudah mempunyai jentera penerangan di setiap negeri, bahagian dan cawangan malahan setiap sayap UMNO mempunyai jentera penerangan, apa yang perlu dilakukan hanya mengaktifkannya sahaja.
Ertinya, semua jentera sudah berada di setiap sudut, cuma mencari formula terbaik untuk digerakkan dan dipilih orang-orang yang sesuai termasuk dari kalangan wakil pertubuhan bukan kerajaan, akademik, swasta dan generasi baru bagi membolehkan mereka menarik sokongan daripada setiap kumpulan masyarakat.
Kita perlu pastikan UMNO tidak terus terpisah dari setiap kumpulan masyarakat kerana UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara serta parti ini jugalah tonggak Barisan Nasional (BN) dan kerajaan yang telah banyak berjasa. Jasa UMNO cukup besar dan ia perlu disedari oleh semua peringkat generasi terutama generasi baru yang terpisah dengan perjuangan parti ini yang akhirnya tertarik dengan media maya dan pembangkang.
Berbanding sebelum ini, YB tidak begitu dikenali sejauh manakah YB yakin terhadap penerimaan ahli-ahli UMNO terutamanya ketua bahagian?
AHMAD: Majoriti ketua UMNO bahagian mengenali saya, cuma saya kurang dikenali oleh ramai lagi ahli parti tetapi saya berharap dapat diterima melalui pelbagai usaha yang bakal dilaksanakan dan salah satunya ialah turun padang, sesuatu yang saya suka lakukan sejak menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Mustapa Mohamed dan Pengarah Seranta Felda. Saya akan melawat seberapa banyak bahagian UMNO dan kalau mereka tidak menjemput, saya sendiri akan mengaturkan program dan berharap secepat mungkin akan dapat melawat 191 bahagian UMNO di seluruh negara.




1.Ketua Penerangan baru UMNO mahu kerja siang malam
KUALA LUMPUR 27 April - Ketua Penerangan UMNO yang baru, Ahmad Maslan berjanji akan bekerja siang dan malam demi membantu memperkukuhkan kembali UMNO. Katanya, komitmen yang jitu diperlukan bagi memastikan UMNO terus relevan di mata dan hati rakyat. "Saya berjanji untuk melakukan yang terbaik dan mahu memastikan UMNO memainkan peranan bagi membantu Barisan Nasional (BN) menang lebih dua pertiga majoriti dalam pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang akhbar pada hari pertama beliau memasuki pejabatnya di Menara Dato' Onn di sini hari ini. Ahmad, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dilantik menjawat jawatan Ketua Penerangan menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Selain itu, Ahmad juga adalah Ketua Penerangan paling muda dalam sejarah UMNO. Katanya, antara usaha terpenting memperkukuhkan UMNO yang difikirkan ialah memperkenalkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi jentera penerangan semua peringkat. "Saya cadangkan Ketua Penerangan mempunyai KPI daripada segi jumlah program penerangan yang dibuat terutamanya oleh UMNO cawangan, bahagian, negeri dan pusat," katanya. Jelas Ahmad, pihaknya akan bermesyuarat bagi menentukan jumlah aktiviti penerangan yang perlu dipenuhi oleh jentera penerangan UMNO di semua peringkat bagi memastikan ia menepati KPI yang dikehendaki. Katanya, aktiviti penerangan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh pembangkang akan dipertingkatkan dengan lebih banyak lagi. Bagi mendekatkan diri dengan para ahli UMNO pula, katanya, beliau akan memikirkan beberapa kaedah yang luar biasa seperti bermalam di rumah-rumah peneroka setiap minggu. "Saya ingin membuat kaedah-kaedah yang mungkin difikirkan remeh oleh orang lain," jelas Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu. Namun katanya, kaedah-kaedah biasa seperti seminar, kursus, ceramah dan sebagainya tetap akan diteruskan kerana ia juga penting. Beliau juga bercadang untuk memberikan penekanan terhadap empat aspek media iaitu media bersemuka, media elektronik, bercetak dan maya. "Saya mahu menjadikan kawasan yang gelap kepada samar dan kemudiannya terang," katanya




2.Cabaran untuk Ahmad Maslan
Oleh Zulkiflee Bakar
SEMEMANGNYA, tiada sesiapapun dapat menafikan bahawa dalam usaha UMNO mengukuhkan kembali kedudukannya, sokongan daripada generasi muda amat diperlukan.
Tetapi malangnya buat masa ini, generasi berkenaan dikatakan masih belum mahu menerima UMNO. Mereka lebih tertarik dengan hujah-hujah dan dakyah yang disebarkan oleh pembangkang. Justeru mahu tidak mahu UMNO perlu menjadikan kelompok berkenaan sebagai sasaran selain berusaha memperkukuhkan kekuatan di peringkat akar umbi parti itu. Dalam soal ini, tumpuan sudah tentulah diberikan kepada Ketua Penerangan UMNO yang baru, Ahmad Maslan.
Beliau yang dilihat mewakili generasi muda dikatakan mempunyai tanggungjawab yang berat untuk mengatur strategi penerangan bagi memastikan sokongan kepada UMNO kembali meningkat. Dalam soal ini, kita sudah tentulah mengalu-alukan kenyataan Ahmad bahawa beliau akan mengamalkan pendekatan turun ke padang bagi bersemuka dan berdialog dengan semua kelompok masyarakat.
Pendekatan ini jika benar-benar dilaksanakan sudah pasti ia akan mampu mencapai misi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang ingin memastikan UMNO perlu mewakili segenap lapisan masyarakat kerana hanya dengan cara itu parti berkenaan dapat dipulihkan dan menjadi kuat.
‘‘Saya harap UMNO tidak menjadi parti eksklusif untuk golongan elitis apabila hanya orang tertentu boleh menjadi tunjang kepada parti ini dan kita juga jangan menolak golongan intelek yang boleh menyumbang idea-idea baru.’’
Demikian yang ditegaskan oleh Najib tetapi persoalannya mampukah ahli-ahli UMNO terutamanya mereka yang bergelar pemimpin di semua peringkat memahami mesej ini?
Sebenarnya, orang Melayu tidak pernah menolak UMNO, mereka tetap percaya bahawa parti itu adalah tunjang kekuatan orang Melayu tetapi malangnya hasrat mereka terbantut apabila sering kali dihalang untuk bersama-sama parti itu akibat kerenah sesetengah pihak di peringkat cawangan atau bahagian.
Oleh itu, kalau UMNO mahu memastikan semua lapisan masyarakat menyertai parti tersebut atau sekurang-
kurangnya menyokong parti berkenaan, kelemahan di peringkat cawangan dan bahagian harus diperbetulkan. Ini termasuklah di sesetengah cawangan masih berlaku usaha menghalang sesetengah individu menyertai UMNO kerana bimbang kedudukan ketua cawangan atau ketua bahagian tergugat.
Kajian yang terperinci perlu dilakukan mengenai kedudukan ahli-ahli sama ada mereka ini benar-benar aktif atau sekadar membayar yuran sahaja, itupun difahamkan sesetengah yuran dijelaskan oleh ketua cawangan atau ketua bahagian.
Keadaan ini jika dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan UMNO hanya gah dari segi kuantiti tetapi dari segi kualiti dalam memperkukuhkan parti ia ibarat tin kosong sahaja. Oleh itu, Ahmad harus melihat masalah ini dan turun ke padang memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada pihak-pihak yang masih mahu berpolitik biarpun UMNO dalam keadaan lemah. Politiking berlebihan di peringkat cawangan dan bahagian harus dihentikan kerana tumpuan perlu diberikan bagi menarik sebanyak mungkin sokongan masyarakat kepada UMNO.
Walaupun sekarang UMNO sudah melaksanakan pendaftaran ahli secara talian tetapi ia tidak akan membawa apa-apa erti, kalau ahli yang terlibat tidak memberi sokongan kerana menyampah dengan telatah sesetengah pemimpin di peringkat cawangan atau bahagian.
Ahmad mempunyai tanggungjawab besar bagi mengikis persepsi ini, kalau ia persepsi dan perlu menghapuskan budaya ini, kalau ia benar-benar berlaku. UMNO sudah tidak ada masa lagi untuk terlalu banyak berpolitik.
Sekarang adalah masa untuk Ahmad menggerakkan seluruh jentera penerangan UMNO bagi meraih sebanyak mungkin sokongan terutamanya di kalangan generasi muda bagi menyokong parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bagi meraih sokongan berkenaan, beliau bukan sahaja perlu turun bersemuka dan berdialog malah menggunakan kecanggihan teknologi maklumat semaksimum mungkin. Sama ada hendak diakui atau tidak, UMNO masih lemah dalam soal ‘peperangan’ melalui dunia siber ini.
Ia terbukti apabila blog-blog yang cenderung ke arah pembangkang lebih mendapat perhatian berbanding blog-blog yang dikuasai atau menyokong kerajaan. Semua ini berlaku kerana kelemahan UMNO mengambil kesempatan mewujudkan atau memperkukuhkan ‘tentera sibernya’. Laman web UMNO pula tidak memberikan apa-apa impak dan boleh dianggap sekadar laman web untuk carta organisasi atau memaparkan aktiviti biasa sahaja




3.Ahmad Maslan tekad berdedikasi tunaikan khidmat
JOHOR BAHRU 9 April - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baru, Ahmad Maslan sedia mencurahkan khidmat dengan penuh dedikasi bagi membantu negara mengharungi era yang penuh gelora politik dan ekonomi. Sambil mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan, Ahli Parlimen Pontian tersebut berkata, pelantikan berkenaan adalah suatu penghormatan besar khususnya kepada rakyat Pontian dan penduduk Johor amnya. "Saya beriltizam untuk bersama saf kepimpinan baru agar rakyat sentiasa didahulukan, pencapaian dan prestasi diutamakan serta berusaha membina Satu Malaysia yang gemilang," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan Kabinet dengan Ahmad dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM. Ahmad berkata, beliau menganggap jawatan berkenaan adalah suatu amanah besar yang akan dipikul dengan penuh kesungguhan. Katanya, beliau pernah berkhidmat di JPM sebanyak dua kali sebelum ini iaitu sebagai Penolong Pengarah di Biro Tata Negara (BTN) JPM pada 1991 hingga 1994 dan Pengarah Seranta Felda JPM di bawah Najib pada Mac 2005 hingga Mac 2008.


Pertubuhan-pertubuhan Belia dan NGO, harus lebih keratif dalam usaha menarik minat lebih ramai gulungan muda menyertai pertubuhana mereka, kata YB. Haji Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian. Kegiatan-kegiatan seperti sukan, rekreasi dan kebudayaan adalah diantara aktiviti yang digemari dan mampu menarik minat golongan belia, lebih-lebih lagi jika ianya diterapkan secara lebih kreatif dan menarik. Berucap ketika merasmikan program amal Saga Iswara Club Pontian sempena ulang tahun penubuhannya yang pertama, beliau berkata gabungan manap kepimpinan dalam satu-satu pertubuhan, menjadi faktur utama sesebuah pertubuhan itu mampu mencetuskan idea-idea baru dan kreatif bagi menarik penyertaan ramai. Katanya penyertaan lebih ramai golongan belia dalam kegiatan yang menarik dan sihat secara tidak langsung akan menjadi benteng kepada pengaruh negatif yang meruntuhkan bangsa dan negara. Sebanyak 70 ahli kelab pemilik kereta nasional Proton Saga dan Proton Iswara daerah Pontian menyertai program amal SIC Club masuk kampung di Taman Rekreasi Sungai Tampok dekat sini Banyak acara diadakan sempena ulangtahun pertama kelab, termaasuklah sukanika dan karaoke disamping menjalankan kerja amal seperti membersihkan kawasan surau dan tanah perkuburan Islam kawasan berhampiran. Pengerusi kelab, En. Muhamad Huzairi Abdullah berkata, kelab SIC Pontian adalah cawangan kelab SIC Malaysia yang terbaru dengan keanggotaan sebanyak 100 ahli sekitar daerah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Hajah Noraini Sulaiman, isteri YB. Haji Ahmad Maslan, Jabal Kiman Penghulu Mukim Benut, serta pemimpin-pemimpin tempatan.

4. PPSMI
Ahli Parlimen Pontian, Johor Ahmad Maslan menyifatkan bahasa Inggeris penting cuma perlu diperkukuhkan dari segi pembelajaran kesusasteraan bahasa Inggeris. ``Perlu ditambah masa sesuai dengan teknologi terkini dan latihan guru yang berkesan,’’ katanya. Namun beliau tidak bersetuju PPSMI diadakan di sekolah rendah, sebaliknya menekankan agar sekolah rendah menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam mata pelajaran tersebut. ``Biar mereka menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di sekolah rendah,’’ katanya. Menurut beliau adalah tidak wajar kerana bila peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tiga daripada mata pelajaran iaitu bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dijawab menggunakan bahasa Inggeris manakala dua sahaja iaitu bahasa Melayu, pemahaman dan penulisan menggunakan bahasa Melayu. Di peringkat sekolah menengah pula katanya, tidak wajar pelajar aliran Sains terpaksa menjawab soalan peperiksaan enam daripada 10 mata pelajaran menggunakan bahasa Inggeris. ”Tidak ramai orang nampak ini, orang nampak Sains dan Matematik tetapi pelajar Sains terpaksa menjawab Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan EST dalam bahasa Inggeris,’’ katanya. Katanya, ini menyusahkan pelajar luar bandar untuk mengambil subjek dan aliran Sains. Sebaliknya beliau mencadangkan pelajar sekolah menengah perlu diperkenalkan mata pelajaran baru yang diajar sepenuhnya dalam bahasa inggeris iaitu Keusahawanan atau Perniagaan. ``Ini kerana dunia perniagaan menggunakan bahasa Inggeris dan pelajar perlu dipersiapkan dengan ilmu perniagaan untuk menghadapi dunia global,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment