TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Thursday, December 2, 2010

ARTIKEL : Transformasi atau pakej rangsangan ekonomi?

Transformasi atau pakej rangsangan ekonomi?

Saranan Salleh

DI sebalik kehangatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, rakyat Malaysia dialihkan seketika minggu ini dengan topik yang tidak kurang hangatnya iaitu Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Perkara ini mendapat lebih tumpuan semua pihak kerana dicanang sebagai pelan drastik membawa ekonomi Malaysia untuk tempoh 10 tahun akan datang, seterusnya mencapai status negara maju menjelang 2020.

Penjelasan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala di hadapan 3,000 peserta pelbagai kaum menyatakan bahawa ETP menerusi 12 bidang utama ekonomi nasional telah mengenal pasti 131 pintu masuk projek untuk menghasilkan AS$444 bilion (RM1.4 trilion) yang diperlukan dari sektor swasta untuk mentransformasikan negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang bertanggungjawab membantu Idris memperincikan sumber pelaburan RM1.4 trilion tersebut untuk tempoh 10 tahun akan datang dari pecahan sebanyak 60 peratus pelaburan sektor swasta, 32 peratus syarikat-syarikat kerajaan (GLC) dan kerajaan sebanyak lapan peratus.

Melalui ETP nanti, kita dijanjikan dengan peningkatan Pendapatan Kasar Nasional (GNI) sebanyak tiga kali ganda dari RM660 bilion pada 2009 kepada RM1.7 trilion pada 2020. Kesannya dijangka membawa pendapatan per kapita GNI dari RM20,770 (AS$6,700) kepada sekurang-kurangnya RM46,500 (AS$15,000) seperti digariskan Bank Dunia sebagai status pendapatan tinggi.

Kesemua sumber pelaburan swasta itu merentasi 12 bidang ekonomi iaitu tenaga, minyak dan gas, kelapa sawit, perkhidmatan kewangan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, elektrik dan elektronik, pemborong dan peruncitan, pendidikan, kesihatan komunikasi dan infrastruktur, pertanian dan Greater Kuala Lumpur.

Memang menarik idea-idea tersebut seperti mana kita pernah mendengar projek koridor, program kluster BCIC-2 dan macam-macam seumpamanya dengan pemimpin-pemimpin sebelum ini tetapi akhirnya langsung tidak memberi kesan yang besar dan mendalam terutama rakyat jelata.

Sebagai rakyat, kita memang menyokong apa juga usaha untuk memaju dan memakmurkan negara. Cuma kita perlu memastikan keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar bagi mengelakkan kegagalan.

Malah jika tersilap langkah, perjalanannya akan menjadi ‘ibarat pisau makan tuan’ kepada kerajaan yang memerintah apabila rakyat marhaen merasakan mereka tidak sama sekali merasai nikmatnya hingga kerajaan dituduh dengan pelbagai anggapan negatif sekali gus membawa keruntuhan politik seperti PRU-12.

Peluang mendengar cakap-cakap hadirin yang hadir dalam taklimat ETP dan peminat-peminat ekonomi mengulas dalam pelbagai sumber media mungkin memberikan kita semua respons sebenar tentang kesamaran dan tahap keyakinan masyarakat umum terhadap idea ETP.

Antaranya ialah definisi penglibatan sebenar pihak swasta dan pelaburan yang tiba-tiba melonjak kepada RM1.4 trilion pada 2020, sedangkan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, Malaysia mencatatkan keseluruhan pelaburan swasta sebanyak RM535 bilion.

Persoalan yang dirungutkan ialah apakah benar-benar pihak swasta akan memainkan peranan utama dengan sejumlah pelaburan tersebut untuk jangka masa 10 tahun akan datang dan siapakah mereka itu?

Bagi sesetengah penganalisis, lawak tersebut pernah dicetuskan dalam projek koridor dan beberapa transformasi kepimpinan terdahulu tetapi akhirnya pihak kerajaan juga lebih memainkan peranan berbanding sektor swasta.

Akhirnya hanya GLC yang bertungkus-lumus membangunkan koridor hingga ada yang mengalami kerugian besar dalam keseluruhan projek dalam dan luar negara. Apakah penglibatan GLC ini sebagai sektor swasta tulen ataupun akhirnya menjadi sebahagian besar sumber pelaburan adalah dari kerajaan?

Cakap-cakap juga memberi contoh cadangan membangunkan pangkalan udara Sungei Besi menggunakan Dana Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB) yang dijamin oleh kerajaan untuk memperoleh dana daripada bank. Apakah ini juga GLC atau swasta sepenuhnya?

Pelbagai projek mega ini dikatakan oleh Datuk Nazir Razak sebagai pencetus ekonomi besar melalui 12 bidang utama. Oleh kerana projek mega, maka sudah pasti yang terlibat juga syarikat swasta gergasi. Tidak ada masalah!

Cuma apakah pula langkah untuk memastikan keseimbangan peluang ekonomi diberikan kepada syarikat gergasi yang telah lama bertapak dan telah lama membolot habuan, dengan usahawan-usahawan baru untuk memasuki saingan dalam saiz seimbang?

Begitu juga pembangunan hartanah yang begitu besar yang mensasarkan pembinaan begitu banyak bangunan pencakar langit dalam tempoh sembilan tahun akan datang. Keraguan tercetus disebabkan suasana penawaran hartanah seumpama itu pada masa kini pun sedang berdepan dengan kemelut besar yang tidak dapat dijual.

Projek Sentral misalnya sedang berdepan dengan masalah penyewa sehingga memaksa GLC menempatkan pejabat mereka di situ bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Hasrat ETP adalah memajukan rakyat dan negara. Mungkin juga untuk menandingi daya saingan ekonomi dan pelaburan dunia terutama negara jiran dalam rantau Asia Tenggara. Jika kita ingin bersetuju dengan ETP, kerajaan juga harus bersetuju melaksanakan transformasi pelbagai peringkat yang sepatutnya menjadi penggerak, bukan hanya ETP tetapi juga pencapaian matlamat negara maju.

Antaranya ialah kualiti pembangunan modal insan iaitu dalam pendidikan dan kualiti kemahiran. Maka reformasi pendidikan tinggi juga perlu berubah untuk melahirkan keupayaan dan kemahiran membina negara atas usaha ini. Mutu pendidikan mesti berubah segera dan mengekalkan tenaga pekerja mahir yang semakin berhijrah ke luar negara hingga membawa pengaliran keluar modal kepakaran.

Banyak aspek infrastruktur negara yang menjadi penghalang minat pelaburan dipertingkatkan dan tersenarai dalam ETP. Contoh jelas ialah soal pengaliran trafik jalan raya yang masih sesak yang merugikan masa perjalanan dan pergerakan pengangkutan niaga.

Begitu juga kemudahan awam seperti pasar-pasar borong, gerai-gerai makan di bandar raya seperti Kuala Lumpur yang masih menjijikkan. Malah kerenah birokrasi yang masih belum benar-benar mengalami transformasi untuk menyokong usaha menarik pelaburan swasta jika ETP hendak dilaksanakan.

Tanpa memperkecilkan ETP, mesej yang hendak kita sampaikan ialah transformasi yang seimbang antara ETP dan kesediaan rakyat dan negara mencapai misi tersebut. Kuncinya ialah keseimbangan transformasi secara total untuk menghasilkan kemajuan yang berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing. Dalam erti kata lain ialah perlunya melibatkan transformasi institusi juga.

Apakah pelaburan RM1.4 trilion ini akan membawa keajaiban baru dalam masa 10 tahun akan datang? Mungkin tidak mustahil jika ETP digerakkan dengan penuh cermat, tegas, berhati-hati dan berhemah. Jika tidak, gagasan ini bertukar menjadi gimik dan bahan lawak rakyat hingga memberi kesan serius kepada perubahan landskap politik negara. Harapan kita ialah melihat kejayaan supaya ETP benar-benar satu transformasi ekonomi dan bukannya strategi ekonomi yang tidak ubah seperti pakej rangsangan ekonomi.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Bumi dipijak langit dijunjung

Untung Sabut Timbul

PADA tahun 2007 di Canberra penulis kebetulan bertemu dengan seorang pegawai kerajaan Australia yang daripada loghat cakapnya adalah keturunan Rusia.

Setelah agak saling mempercaya, dia menceritakan mengenai perjalanan hidupnya berhijrah dari Kesatuan Soviet ke Australia semasa muda dahulu. Menurutnya, kesusahan hidup di bawah komunis membawa dia berhijrah dan menikmati kebebasan serta demokrasi di negara barunya.

Ceritanya menarik penulis untuk bertanya mengenai masyarakat keturunan Rusia di Australia dan bagaimana mereka menyesuaikan diri sebagai warganegara baru.

Tentulah sebagai orang berketurunan Rusia, iaitu komuniti berkulit putih dan berlatarkan agama Kristian, walaupun berlainan mazhab, mereka lebih mudah berasimilasi dalam masyarakat majoriti Eropah di Australia.

Sebagai orang berkulit putih tidak timbul mereka dipandang serong seperti mana yang menimpa orang Asia atau Afrika. Sebagai orang Barat yang berlatar Kristian, walaupun Ortodoks, mereka juga tidak menghadapi masalah seperti mana orang Islam.

Maknanya kalau dia hendak menampilkan identiti Rusia dalam cara hidup mereka, serta berbudaya warisan mereka, tidak ada pandangan serong daripada masyarakat kulit putih.

Penulis bertanya pada dia, ada berapa ramai anggota komuniti keturunan Rusia di Australia?

‘‘Saya tidak tahu, dan saya tidak kisah. Saya bukan seorang community person (seorang yang mengambil berat terhadap kaumnya).

Dia tidak tahu berapa penduduk keturunan Rusia di Australia. Baginya itu tidak relevan.

Walaupun suaminya juga seorang keturunan Rusia, anak-anaknya tidaklah disuruh belajar bahasa Rusia.

Bertujuan

Sungguhpun mereka akan kembali ke Rusia untuk mengunjungi sanak saudaranya, tetapi ia tidak bertujuan untuk menyambung perasaan sentimental dan emosional kepada negara leluhur mereka.

‘‘Kami sudah pindah ke Australia, dan ini negara kami. Bukan Rusia,’’ katanya. Sememangnya di rumah terdapatlah cendera mata warisan di Rusia. Tetapi ia bukan bertujuan untuk menampilkan jati diri atau identiti kaum.

Tidak timbul membanggakan keturunan atau etnik sendiri. bagi mereka apabila berhijrah dari Rusia ke Australia, maka mereka sudah menjadi orang Australia. Bukan sebagai warganegara semata-mata tetapi telah menjadi identiti mereka sendiri.

Rusia yang merupakan tempat kelahiran dan memiliki kenangan sudah semakin jauh ditinggalkan dalam memori. Anak-anak mereka juga sudah pudar loghat Rusia apabila bertutur bahasa Inggeris. mereka hanya mahu dikenali sebagai orang Australia.

Dunia moden ini sudah dibahagi menurut negara-negara. Apabila seseorang itu berhijrah dan membuat keputusan untuk menetap, iaitu hidup mencari rezeki dan membiak di sesebuah negara, maka itulah menjadi identiti mereka. Tidak kiralah walaupun mereka lahir dari negara lain.

Cuba lihat Piala Dunia di mana banyak pemain-pemain di sebuah negara, terutama di Eropah terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit dan agama. Mereka bermain untuk negara tempat mereka bermastautin. Identiti mereka adalah negara yang diwakilinya. Mereka menyanyi lagu kebangsaan negara itu, walaupun mungkin ia bukan tanah tumpah mereka.

Negara adalah ciptaan manusia untuk memudahkan kehidupan. Ia menjadi identiti seseorang melangkaui bangsa, kaum, keturunan, warna kulit, malah agama sekalipun.

Seseorang tidak boleh memilih di negara mana mereka dilahirkan. Tetapi seseorang boleh memilih negara mana mereka mahu bermastautin dan menjadi rakyatnya. Itupun jika negara berkenaan dapat menerimanya.

Jika tidak ada negara lain yang bersedia menerimanya, maka seseorang terpaksa terus hidup dan menjadi warganegara di negara tempat kelahirannya.

Sebenarnya siapa yang mengizinkan seseorang itu menjadi warganegara di sesebuah negara adalah rakyat negara berkenaan melalui kerajaan yang menggubal peraturan imigresen.

Undang-undang imigresen di mana-mana di dunia umumnya adalah untuk melindungi rakyat sesebuah negara daripada diancam oleh pendatang dari negara-negara lain.

Sementara pendatang-pendatang pula merupakan mereka yang berhijrah untuk mencari peluang hidup yang lebih baik.

Perkiraan akhir ialah kemanusiaan itu sendiri dan bukannya kaum, bangsa atau negara.

No comments:

Post a Comment