TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Thursday, December 2, 2010

17hb Dis - 19hb Dis : Seminar Keusahawanan GABUNGAN MUDA BERJAYA NEGERI KELANTAN



PER : PENGANJURAN SEMINAR ’GABUNGAN MUDA BERJAYA’ PERINGKAT NEGERI KELANTAN, RAMAH MESRA PASUKAN KELANTAN 2011 BERSAMA PENYOKONG DAN SYARAHAN UMUM OLEH TAN SRI ANNUAR MUSA & BUSINESS TALK OLEH TOKOH USAHAWAN.

Merujuk kepada perkara yang tertera di atas, saya Ahmad Helmie B. Mat Hassan, selaku Pengerusi Penganjur dengan segala hormatnya ingin memaklumkan pada 18hb Disember (8.00pg - 5ptg),bertempat di Tingkat 5, Billion Kota Bharu, Penganjuran SEMINAR GABUNGAN MUDA BERJAYA (GMB) PERINGKAT NEGERI KELANTAN, sesi ramah mesra Pasukan Bolasepak Kelantan 2011 bersama penyokong-penyokong dan menjemput YBhg. Tan Sri Annuar Musa untuk menyampaikan SYARAHAN UMUM bertajuk ’MERENTASI PEMIKIRAN MUDA’. Seminar sehari ini adalah dengan kerjasama GABUNGAN MUDA BERJAYA (GMB) sebuah NGO yang terlibat aktif dalam Pembudayaan Keusahawanan dikalangan golongan muda. Penganjuran program ini yang bakal membicarakan pelbagai persoalan berkaitan isu-isu pembinaan dan pembangunan Usahawan-usahawan Muda serta kupasan isu-isu ekonomi demi kepentingan Bangsa Melayu dan Agama Islam.

2. Untuk makluman YBhg. Saudara/saudari, Pertandingan Boling 5 sepasukan iaitu ’BOWLING NIGHT’ akan turut diadakan bersempena program ‘SEMINAR GABUNGAN MUDA BERJAYA (GMB) PERINGKAT NEGERI KELANTAN’ pada 17hb Disember 2010 pada jam 9.00 malam bertempat di Pusat Boling Billion dan pihak penganjur akan menyerahkan SUMBANGAN IKHLAS kepada pihak PDK Peringat melalui kutipan Sumbangan ikhlas dikalangan peserta-peserta pertandingan ini kelak. Jika berminat untuk menjadi peserta, mohon daftar segera.

3. Sehubungan dengan itu, Seminar ’GABUNGAN MUDA BERJAYA (GMB) KELANTAN’ akan diadakan pada 17hb – 19hb Disember 2010, bertempat di BILLIONS KOTA BHARU dan ianya turut disertai EKSPO GMB yang terdiri daripada pempamer dikalangan Usahawan-usahawan Muda dan wakil-wakil Agensi Kerajaan yang terlibat terutamanya agensi-agensi di bawah MITI. Pelancaran GABUNGAN MUDA BERJAYA (GMB) Peringkat Negeri Kelantan turut akan disempurnakan oleh Y.B. Datuk Seri Mustapha Mohamed. Pelancaran Sistem 'SMS 33555 KB' iaitu pendaftaran DIREKTORI MELALUI SMS untuk 'KELANTANESE BUSINESSMAN/BUSINESSWOMAN'. Kami ingin menjemput saudara/saudari yang ingin mempamerkan produk dan servis perniagaan anda jangan lepaskan peluang untuk EKSPO GMB selama 3 hari ini. Diharapkan dengan penglibatan Saudara/saudari sebagai PEMPAMER dapat memeriahkan lagi suasana dan booth akan disediakan kepada pihak Saudara/saudari yang berminat pada kadar harga yang sangat berpatutan. Kami turut mengharapkan agar saudara/saudari menghantar dan menjemput rakan-rakan yang terlibat dalam perniagaan dan tiada bayaran dikenakan kepada peserta seminar. Pendaftaran Seminar adalah pada jam 8.30 pagi, 18hb Disember. Program ini akan turut dimeriahkan dengan Ramah Mesra bersama Pasukan Bolasepak Kelantan 2011 dan saksikan Piala Malaysia dengan lebih dekat. Seminar turut dikupas oleh penceramah-penceramah hebat daripada Bahagian Pembangunan Usahawan MITI, Matrade, SME Corp, PUNB, SME Bank dan MIDF serta Sesi Bersama Tokoh2 Usahawan berjaya seperti Prof Dr Sr Kamarul Rashdan(Pengarah Urusan SPNB), CEO Reliance Pacific dan ramai lagi nama-nama besar. Jangan lepaskan peluang dan tiada bayaran dikenakan.

4. Moga Allah merestui dan meredhai segala usaha kita semua demi memartabatkan perjuangan bangsa Melayu dan mempertingkatkan ekonomi orang Melayu seterusnya Agama Islam diletakkan pada kedudukan tertinggi dalam sistem negara berpelembagaan dan berdaulat ini. Mohon pertimbangan dan sokongan YBhg. Saudara sewajarnya demi kepentingan masyarakat dan komuniti perniagaan Bumiputera.

Sekian Terima Kasih. Mohon Sebarkan kepada rakan-rakan anak Kelantan yang lain.

Yang Berkhidmat,
Hj. Ahmad Helmie Hassan
Pengerusi Penganjur
0143225888
helmiehassan@gmail.com

TENTATIF PROGRAM
17hb Dis 2010
9.00 pagi - 6.00 ptg : EKSPO & PAMERAN 'GABUNGAN MUDA BERJAYA' bertempat di Aras 5, Billion Kota Bharu.
8.00 - 11.30 mlm : Pertandingan 'BOWLING NIGHT' , Pertandingan Boling 5 sepasukan.

18hb Dis 2010
8.00pg - 6.00ptg EKSPO & PAMERAN 'GABUNGAN MUDA BERJAYA' bertempat di Aras 5, Billion Kota Bharu.
8.00pg - 9.00pg - Pendaftaran Peserta
9.00pg - 9.50pg - Biz Talk 1 : Sesi disampaikan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan(MITI) & Pertanian & Soal Jawab
9.50pg Ketibaan Tetamu Kehormat untuk Majlis Perasmian
10.00pg - 11.00pg - Majlis Perasmian 'Gabungan Muda Berjaya Negeri Kelantan' & Sistem 'SMS 33555 - KB' - Direktori SMS 'Kelantanese Businessman yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mustapha Mohamed.
11.00pg - 11.15pg Majlis Rehat & Jamuan Teh
11.15pg - 11.55pg Biz Talk 2 : Sesi Taklimat Pembiayaan Perniagaan oleh Matrade/SME CORP/PUNB/SME BANK/MIDF
12.00tgh - 1.15ptg Syarahan Umum oleh Tan Sri Annuar Musa & Sesi Memperkenalkan Pasukan Bolasepak Kelantan 2011
1.15ptg - 2.00ptg Rehat & Makan Tengahari
2.00ptg - 2.55ptg Tokoh Usahawan : Muda Berjaya oleh Prof. Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh (Pengarah Urusan SPNB) & 2 lagi usahawan Muda Berjaya.
3.00ptg - 3.55ptg Biz Talk 3 : Sesi bersama Sektor Pelancongan & Talk oleh Reliance Pacific Berhad
4.00 ptg Bersurai
19hb Dis 2010
9.00pg - 6.00ptg EKSPO & PAMERAN 'GABUNGAN MUDA BERJAYA' bertempat di Aras 5, Billion Kota Bharu.

*sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

No comments:

Post a Comment