TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Thursday, July 30, 2009

KP UMNO MALAYSIA : MAHU BERTEMU DENGAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS & PENUBUHAN PASUKAN RAGBI 'PEMUDA UMNO SAMURAI'


Wacana Ilmiah : Khairy Mahu Bertemu Empat Mata Dengan NasaruddinPosted on Friday, July 31 @ 00:53:44 MYT Topic: Berita / Isu Semasa
Oleh S.A Najmuddin
Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata beliau berhasrat untuk bertemu empat mata denga Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi berkenaan jemputan Wacana Ilmiah antara Pemuda UMNO dan Pas.
Pertemuan empat mata ini kata beliau bertujuan untuk memahami apa sebenar kehendak dan pemikiran Ketua Dewan Pemuda Pas berhubung wacana tersebut.
Tegas beliau lagi pihaknya tidak mahu bermain tarik tali dengan Pemuda Pas kerana terlalu ramai yang membuat kenyataan yang berbeza-beza berhubung program wacana itu.
"Saya tidak mahu main tarik tali dengan Pemuda Pas. Saya nak jumpa Nasarudin. Saya akan tulis surat esok....dia bagi tarikh, masa, tempat dan sebagainya...mana-manalah.. Nak jumpa kat sana atau di sini, tak ada masalah.
"Sebab apabila ramai sangat bercakap ia jadi macam-macam. Ini di pihak Pas bila Ketua Pemuda cakap lain, Setiausaha Pemuda cakap lain bila Naib Ketua cakap lain..Di pihak Pemuda UMNO tidak ada masalah. Saya dengan naib saya cakap (perkara) sama.
"Mereka cakap berbeza-beza. Jadi saya nak tahu sendiri Nasarudin fikir apa. Jadi saya nak faham pemikiran Nasarudin. Saya perlu jumpa dengan seorang sahaja. Kalau saya jumpa dengan yang lain, takut yang lain cakap lain", katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan perkembangan Wacana Ilmiah : Pemuda UMNO – Pas pada sidang media penubuhan pasukan ragbi Pemuda UMNO Malaysia di sini, Khamis malam.
Menurut beliau lagi pertemuannya dengan Nasaruddin itu bagi mendapat kepastian sebenarnya setelah terdapat beberapa kenyataan yang berbeza-beza di kalangan pemimpin Pemuda Pas.
"Ini bukan muzakarah. KJ jumpa Nasarudin bukan muzakarah. Saya hanya nak jumpa dengan dia nak tahu apa yang dia nak sebab dia yang tulis kat saya dahulu.
"Kenyataan Nasarudin keluar, Setiausaha Pemuda dia keluar, kenyataan NKP dia keluar semua bercanggah. Jadi saya nak tahu daripada mulut Nasarudin sendiri", ujarnya.
Berkenaan kenyataan "Pergi jahanamlah UMNO" dari Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mungkin akan menggagalkan wacana ilmiah tersebut, Khairy seterusnya percaya ada sebahagian daripada ahli Pas yang tidak berapa setuju dengan kenyatan Nik Aziz itu.
"Contoh Nasarudin. Saya percaya dia tidak akan tulis surat kepada saya sekiranya dia percaya UMNO perlu dijahanamkan. Jadi sebab itu saya nak jumpa Nasarudin.
"Terpulang kepada bentuk apa yang ingin dibincangkan. Sebab itu saya tidak mahu dengar melalui media atau berunding melalui jawatankuasa teknikal sedangkan saya tidak tahu apa-apa isi hati dalam Nasarudin.
"Dia Ketua Pemuda dan saya Ketua Pemuda dan saya perlu tahu apa yang dia nak dan beliau perlu faham apa yang saya sanggup buat. Kalau sekiranya benda-benda ini boleh membawa benda-benda baik kepada kedua-dua belah pihak, apa salahnya", ujar beliau.
Beliau turut menafikan kononnya Pemuda berharap sangat untuk mengadakan pertemuan dengan Pemuda Pas.
"Bukan saya layan..bukan saya hadap sangat. Ini surat menyurat dah mula. Jadi saya cuma minta nak jumpa dia.
"Kalau dia tidak mahu saya tidak boleh paksa dia. Kalau betul-betul nak adakan perbincangan, biarlah benda yang dipersetujui bersama antara kedua-dua belah pihak. Selepas itu jawatankuasa teknikal boleh nak jumpa berapa kali pun.
"Jangan salah faham..Ketua Pemuda kejar lagi benda ni. Ini cuma sambungan daripada surat yang dihantar kepada saya dan saya hantar balik kepada dia", katanya.
Mengenai perkara yang akan dibincangkan jika Wacana Ilmiah ini dapat diadakan nanti beliau memberitahu ia berkaitan "Masa depan negara".
"Saya dapati bahawa ada sedikit ketidakselesaan di kalangan segelintir pemimpin Pas terhadap kedudukan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Itu soal pokok dia.
"Soal pokok Pas tidak akan main tarik tali dengan kita semua kalau sekiranya 100 peratus selesa dalam pakatan rakyat. Tetapi dah banyak sangat kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas.....bukan seorang, bukan dua orang, malah tiga, empat orang yang menyatakan bahawa mereka nak ada perbincangan dan hubungan rasmi dengan UMNO.
"Ini menandakan bahawa ada ketidakselesaan di dalam pakatan rakyat. Jadi perbincangan ini berkaitan masa depan negara. Kalau mereka nak bersama BN dalam apa jua bentuk, maka kita nak bincang tidak ada masalah. Tidak lebih daripada itu. Kita lebih telus", ujarnya.


PENUBUHAN PASUKAN RAGBI 'PEMUDA UMNO SAMURAI'

Oleh Kazman Kamal
Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan penubuhan pasukan ragbinya yang dinamakan “Pemuda UMNO Samurai”.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata sebagai permulaan pasukan terbabit akan menyertai kejohanan ragbi Pahang 10’s pada 1 dan 2 Ogos ini di Kuantan.
Jelas beliau lagi untuk kejohanan di Kuantan, pasukan Pemuda UMNO Samurai akan diwakili para pemain dari pelbagai kelab ragbi tempatan seperti Cobra, Bandaraya Dragons, Sahoca, ASAS, UiTM Lions dan SSBJ Old Boys.
"Pasukan ini akan diketuai oleh Mohd Azuan Azimi, kapten pasukan kebangsaan ketika ini. Kejohanan Pahang 10’s akan menjadi satu permulaan bagi kita, sebelum menjelajah serata negara untuk menyertai kejohanan lain pula", katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media penyerahan jersi pasukan kepada pemain yang diketuai Mohd Azuan Azimi di Pejabat Pemuda UMNO di sini, Khamis malam.
Jelas beliau lagi tujuan Pemuda menubuhkan pasukan ragbi kerana sukan ini mempunyai peminat yang tersendiri selain ia merupakan sukan yang bukan sahaja lasak tetapi perlu mempunyai tahap displin yang tinggi.
"Sukan bola sepak dan sepak takraw misalnya sudah sinonim dengan kita khususnya di luar bandar, itu akan tetap kita teruskan.
"Namun kita perlu ingat ramai pemain dan peminat ragbi yang ada di kawasan bandar di kalangan profesional, pelajar universiti, itulah yang menjadi sasaran kita", ujarnya.
Beliau seterusnya berharap pada masa hadapan, Pemuda dapat terus menyumbang kepada perkembangan sukan ragbi di peirngkat akar umbi.
"Kita ambil pendekatan ini supaya gerakan Pemuda untuk bangunkan sukan ragbi di peringkat akar umbi.
"Dan Pemuda dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan selepas ini akan mengadakan program ujibakat dan siri perlawanan yang akan kita kendalikan dengan pelajar universiti serta dengan persatuan yang berkenaan sukan ragbi", katanya.

No comments:

Post a Comment