TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555

TAIP 'KB' DAN HANTAR SMS KE 33555
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER. PLEASE TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!

TYPE 'KB' & SEND SMS TO 33555. A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESSMAN/WOMAN ALL OVER MALAYSIA!
A DIRECTORY FOR KELANTANESE BUSINESS OWNER ALL OVER MALAYSIA. TYPE 'KB' AND SEND SMS TO 33555. ESTABLISH A NETWORKING AMONG KELANTANESE BUSINESS COMMUNITY.

Thursday, July 30, 2009

KP UMNO MALAYSIA : MAHU BERTEMU DENGAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS & PENUBUHAN PASUKAN RAGBI 'PEMUDA UMNO SAMURAI'


Wacana Ilmiah : Khairy Mahu Bertemu Empat Mata Dengan NasaruddinPosted on Friday, July 31 @ 00:53:44 MYT Topic: Berita / Isu Semasa
Oleh S.A Najmuddin
Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata beliau berhasrat untuk bertemu empat mata denga Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi berkenaan jemputan Wacana Ilmiah antara Pemuda UMNO dan Pas.
Pertemuan empat mata ini kata beliau bertujuan untuk memahami apa sebenar kehendak dan pemikiran Ketua Dewan Pemuda Pas berhubung wacana tersebut.
Tegas beliau lagi pihaknya tidak mahu bermain tarik tali dengan Pemuda Pas kerana terlalu ramai yang membuat kenyataan yang berbeza-beza berhubung program wacana itu.
"Saya tidak mahu main tarik tali dengan Pemuda Pas. Saya nak jumpa Nasarudin. Saya akan tulis surat esok....dia bagi tarikh, masa, tempat dan sebagainya...mana-manalah.. Nak jumpa kat sana atau di sini, tak ada masalah.
"Sebab apabila ramai sangat bercakap ia jadi macam-macam. Ini di pihak Pas bila Ketua Pemuda cakap lain, Setiausaha Pemuda cakap lain bila Naib Ketua cakap lain..Di pihak Pemuda UMNO tidak ada masalah. Saya dengan naib saya cakap (perkara) sama.
"Mereka cakap berbeza-beza. Jadi saya nak tahu sendiri Nasarudin fikir apa. Jadi saya nak faham pemikiran Nasarudin. Saya perlu jumpa dengan seorang sahaja. Kalau saya jumpa dengan yang lain, takut yang lain cakap lain", katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan perkembangan Wacana Ilmiah : Pemuda UMNO – Pas pada sidang media penubuhan pasukan ragbi Pemuda UMNO Malaysia di sini, Khamis malam.
Menurut beliau lagi pertemuannya dengan Nasaruddin itu bagi mendapat kepastian sebenarnya setelah terdapat beberapa kenyataan yang berbeza-beza di kalangan pemimpin Pemuda Pas.
"Ini bukan muzakarah. KJ jumpa Nasarudin bukan muzakarah. Saya hanya nak jumpa dengan dia nak tahu apa yang dia nak sebab dia yang tulis kat saya dahulu.
"Kenyataan Nasarudin keluar, Setiausaha Pemuda dia keluar, kenyataan NKP dia keluar semua bercanggah. Jadi saya nak tahu daripada mulut Nasarudin sendiri", ujarnya.
Berkenaan kenyataan "Pergi jahanamlah UMNO" dari Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mungkin akan menggagalkan wacana ilmiah tersebut, Khairy seterusnya percaya ada sebahagian daripada ahli Pas yang tidak berapa setuju dengan kenyatan Nik Aziz itu.
"Contoh Nasarudin. Saya percaya dia tidak akan tulis surat kepada saya sekiranya dia percaya UMNO perlu dijahanamkan. Jadi sebab itu saya nak jumpa Nasarudin.
"Terpulang kepada bentuk apa yang ingin dibincangkan. Sebab itu saya tidak mahu dengar melalui media atau berunding melalui jawatankuasa teknikal sedangkan saya tidak tahu apa-apa isi hati dalam Nasarudin.
"Dia Ketua Pemuda dan saya Ketua Pemuda dan saya perlu tahu apa yang dia nak dan beliau perlu faham apa yang saya sanggup buat. Kalau sekiranya benda-benda ini boleh membawa benda-benda baik kepada kedua-dua belah pihak, apa salahnya", ujar beliau.
Beliau turut menafikan kononnya Pemuda berharap sangat untuk mengadakan pertemuan dengan Pemuda Pas.
"Bukan saya layan..bukan saya hadap sangat. Ini surat menyurat dah mula. Jadi saya cuma minta nak jumpa dia.
"Kalau dia tidak mahu saya tidak boleh paksa dia. Kalau betul-betul nak adakan perbincangan, biarlah benda yang dipersetujui bersama antara kedua-dua belah pihak. Selepas itu jawatankuasa teknikal boleh nak jumpa berapa kali pun.
"Jangan salah faham..Ketua Pemuda kejar lagi benda ni. Ini cuma sambungan daripada surat yang dihantar kepada saya dan saya hantar balik kepada dia", katanya.
Mengenai perkara yang akan dibincangkan jika Wacana Ilmiah ini dapat diadakan nanti beliau memberitahu ia berkaitan "Masa depan negara".
"Saya dapati bahawa ada sedikit ketidakselesaan di kalangan segelintir pemimpin Pas terhadap kedudukan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Itu soal pokok dia.
"Soal pokok Pas tidak akan main tarik tali dengan kita semua kalau sekiranya 100 peratus selesa dalam pakatan rakyat. Tetapi dah banyak sangat kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas.....bukan seorang, bukan dua orang, malah tiga, empat orang yang menyatakan bahawa mereka nak ada perbincangan dan hubungan rasmi dengan UMNO.
"Ini menandakan bahawa ada ketidakselesaan di dalam pakatan rakyat. Jadi perbincangan ini berkaitan masa depan negara. Kalau mereka nak bersama BN dalam apa jua bentuk, maka kita nak bincang tidak ada masalah. Tidak lebih daripada itu. Kita lebih telus", ujarnya.


PENUBUHAN PASUKAN RAGBI 'PEMUDA UMNO SAMURAI'

Oleh Kazman Kamal
Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan penubuhan pasukan ragbinya yang dinamakan “Pemuda UMNO Samurai”.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata sebagai permulaan pasukan terbabit akan menyertai kejohanan ragbi Pahang 10’s pada 1 dan 2 Ogos ini di Kuantan.
Jelas beliau lagi untuk kejohanan di Kuantan, pasukan Pemuda UMNO Samurai akan diwakili para pemain dari pelbagai kelab ragbi tempatan seperti Cobra, Bandaraya Dragons, Sahoca, ASAS, UiTM Lions dan SSBJ Old Boys.
"Pasukan ini akan diketuai oleh Mohd Azuan Azimi, kapten pasukan kebangsaan ketika ini. Kejohanan Pahang 10’s akan menjadi satu permulaan bagi kita, sebelum menjelajah serata negara untuk menyertai kejohanan lain pula", katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media penyerahan jersi pasukan kepada pemain yang diketuai Mohd Azuan Azimi di Pejabat Pemuda UMNO di sini, Khamis malam.
Jelas beliau lagi tujuan Pemuda menubuhkan pasukan ragbi kerana sukan ini mempunyai peminat yang tersendiri selain ia merupakan sukan yang bukan sahaja lasak tetapi perlu mempunyai tahap displin yang tinggi.
"Sukan bola sepak dan sepak takraw misalnya sudah sinonim dengan kita khususnya di luar bandar, itu akan tetap kita teruskan.
"Namun kita perlu ingat ramai pemain dan peminat ragbi yang ada di kawasan bandar di kalangan profesional, pelajar universiti, itulah yang menjadi sasaran kita", ujarnya.
Beliau seterusnya berharap pada masa hadapan, Pemuda dapat terus menyumbang kepada perkembangan sukan ragbi di peirngkat akar umbi.
"Kita ambil pendekatan ini supaya gerakan Pemuda untuk bangunkan sukan ragbi di peringkat akar umbi.
"Dan Pemuda dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan selepas ini akan mengadakan program ujibakat dan siri perlawanan yang akan kita kendalikan dengan pelajar universiti serta dengan persatuan yang berkenaan sukan ragbi", katanya.

Monday, July 27, 2009

27 JULAI : UCAPAN YAB PERDANA MENTERI DALAM MAJLIS PM BERSAMA ANGGOTA PENTADBIRAN DAN PENJAWAT AWAM DAN GLC
















By: DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK





PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue: DEWAN PLENARI PICC, PUTRAJAYA
Date: 27/07/2009
Title: MAJLIS PERHIMPUNAN YAB. PERDANA MENTERI BERSAMA ANGGOTA PENTADBIRAN DAN PENJAWAT AWAM SERTA GLC





Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet,

Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan,
Ketua Setiausaha Negara,

Yang Berbahagia Ketua-ketua Setiausaha Sulit,

Yang Berbahagia Ketua-ketua Jabatan,

Yang Berbahagia Pengerusi dan CEO Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan,

Yang Berbahagia Pengerusi dan Ketua-ketua Eksekutif Badan Berkanun,

Ahli-ahli Media Massa,

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang di hormati sekalian.

Merevolusi Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan

1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan kalimah dan rasa syukur tidak terhingga ke hadrat Allah yang Maha Esa atas perkenannya jua kita dapat berhimpun dalam majlis perjumpaan yang penting ini. Sesungguhnya saya berasa sungguh sukacita kerana hasrat untuk bertemu langsung dan berucap kepada para penjawat awam dalam skala besar ini serta dipancarkan langsung kepada seluruh rakyat Malaysia dapat dilaksanakan.

2. Kendati itu, sebelum meneruskan ucapan ini, teringat saya kepada kata-kata hikmat oleh George Santayana seorang filusuf kawakan bahawa, orang yang gagal belajar dari sejarah akan dihukum untuk mengulangi kekhilafan yang lalu. Justeru, sebuah bangsa yang progresif dan dinamik akan sentiasa berpedoman kepada falsafah dari mana mereka datang, di mana mereka sedang berdiri dan ke mana arah tuju mereka seterusnya.

3. Pepatah Inggeris berbunyi, “Time and tide wait for no man”. Benar sekali, sesungguhnya, masa terus berguling dan peristiwa silih berganti tanpa menunggu sesiapapun. Menyingkap tirai sejarah, semenjak meraih kemerdekaan, Malaysia telah dihadapkan dengan pelbagai siri ujian yang telah menggoyah survival negara bangsa. Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi erti kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosio ekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 69, kemelesetan ekonomi 80an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redahi dengan jaya.

4. Ternyata walau apa pun ranjau dan rintangan yang kita tongkahi, rakyat Malaysia dengan kepimpinan yang bingkas lagi tangkas telah berjaya keluar dari segala kemelut dan kepayahan yang dialami dengan mencipta penyelesaian demi penyelesaian menurut acuan dan kaedah tersendiri.

Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Seperkara yang menjadi cap kempa atau hallmark cara Malaysia ialah kita tidak pernah bimbang atau gusar untuk bersikap non konvensional, bereksperimen menggunakan kaedah baru, sekalipun berfikir di luar kotak pemikiran yang lazim. Contohnya, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghapuskan ancaman keganasan komunis secara komprehensif melalui kaedah kreatif memenangi pertarungan minda serta lelubuk hati massa. Berbanding dengan kuasa gergasi dunia seperti Amerika Syarikat dan Perancis yang telah gagal di Vietnam melalui kaedah kekuatan persenjataan semata-mata.

6. Di dalam membangunkan ekonomi negara kerajaan tidak hanya menghadkan penggunaan kaedah ekonomi pasaran bebas sahaja. Kita juga mengguna pakai kombinasi kaedah central planning dan market economy seperti rancangan pembangunan lima tahun dan pengislahan tanah oleh FELDA. Terbukti, kita tidak pernah takut, tandus atau bersifat terlalu dogmatik untuk mengguna pakai apa-apa wahana yang praktikal demi mendatangkan penyelesaian terbaik kepada Malaysia selama puluhan tahun ini.

7. Pasca tragedi 13 Mei pula telah menyebabkan banyak pihak meragui kemampuan perjalanan bahtera Malaysia sebagai sebuah negara bangsa apabila demokrasi terpaksa digendala. Namun kita telah berjaya mengesimakan para pengkritik dengan berjaya bangkit semula dari debu rusuhan perkauman dalam tempoh lapan belas bulan selepas darurat diisytiharkan.

8. Selain itu, bagi menyelesaikan secara holistik masalah ketidakseimbangan ekonomi kita telah mengambil langkah di luar lingkungan pemikiran ekonomi lazim ketika itu dengan memperkenalkan kaedah equitable distribution of wealth melalui Dasar Ekonomi Baru. Memang benar, banyak pihak yang was-was mengatakan bahawa ini ibarat dasar ekonomi “Robin Hood” mengambil dari yang kaya untuk diberi kepada si miskin dan meramalkan ia akan hanya mendatangkan kesan yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Namun terbukti sebaliknya. Selama 20 tahun dasar berkenaan berlangsung, pertumbuhan ekonomi telah berkembang dengan ampuh.

9. Bukan itu sahaja, melalui dasar ekonomi baru kita juga telah berjaya memerangi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat secara tuntas. Alhamdullilah, bukan sahaja kita telah mencipta kelas menengah yang besar tetapi hari ini, hasilnya, kadar kemiskinan yang pernah mencengkam lebih 50 peratus isi rumah di Malaysia telah berjaya kita turunkan di bawah paras 4 peratus.

10. Apabila kemelesetan ekonomi pertengahan 80an menimpa negara pula, akibat harga komoditi dunia yang merudum, kita tidak goyang, sebaliknya telah melancarkan dasar industrialisasi dan pembangunan prasarana secara besar-besaran. Begitulah juga apabila menghadapi krisis kewangan Asia sekitar tahun 97 dan 98, kita telah mencipta kaedah kawalan modal dan tambatan mata wang yang kini menjadi salah satu kes kajian di Harvard Business School.

11. Kesimpulannya, Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembangunan semenjak kemerdekaan dicapai lebih lima dekad yang lalu. Kita akan meneruskan inisiatif-inisiatif di hadapan keluk bagi memastikan kejayaan pembaharuan dan perubahan struktural kepada ekonomi Malaysia dalam merealisasikan satu model ekonomi baru berteraskan kreativiti, inovasi dan nilai tinggi yang akan menjamin kelangsungan kemakmuran nasional.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

12. Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.

13. Kira-kira tiga minggu selepas itu, pada 28hb April, saya telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperi kementerian atau agensi kerajaan secara objektif.

14. Untuk makluman semua, KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisma ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada.

15. Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.

Tuan-tuan dan puan-puan,

16. Makanya, pada hari ke seratus pentadbiran saya baru-baru ini, Alhamdulillah, segala syukur ke hadrat Allah, saya telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan.

17. Jadi, sebetulnya pentadbiran saya mengambil daya usaha memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam. Puncanya ialah, saya tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan. Saya mahukan segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini dimaklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.

18. Lantas, hari ini saya akan meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dengan ini saya akan memperincikan setiap satu dari 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional yang telah saya umumkan tempoh hari.

NKRA yang pertama : Mengurangkan Kadar Jenayah

19. Tentunya sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.

20. Di atas segalanya, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan dipecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

21. Pertamanya, jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008.

22. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.

23. Keduanya, yakni dalam hal menambah baik persepsi rakyat terhadap keselamatan awam pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemaskini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktaraf serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.

24. Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

25. Saya ingin tekankan di sini bahawa Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004. Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

26. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

Tuan-tuan dan puan-puan,

NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

27. Seperti yang kita semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelansungannya. Dalam konteks ini saya merupakan seorang pendokong kuat falsafah pendemokrasian pendidikan, bahawa, kita tidak mungkin dapat menjanjikan outcome yang sama namun kita komited dalam menyediakan peluang yang saksama pada garis permulaan. Jelasnya, kita akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosio ekonomi.

28. Dari itu, dalam bidang pendidikan, saya mahu memastikan anak-anak kita akan mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini.

29. Lalunya, seiringan pesan orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya, Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

30. Laginya, suka atau tidak, adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, saya telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Golongan yang akses pendidikan pra sekolah, kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak kita yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 pencapaian ini sekurang-kurangnya dapat dinaikkan kepada 80%.

31. Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

32. Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

Tuan-tuan dan puan-puan,

NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah

33. Dalam lapangan ini, sememangnya, pentadbiran saya bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010.

34. Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kita sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat. Kita tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Pokoknya, kita mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, sukacita saya mengumumkan bahawa bermula Januari 2010 semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.

Tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian,

35. Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Kita juga akur bahawa, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Kerana itulah, kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman

36. Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran. Lantaran itu, pentadbiran saya akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.

37. Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.

38. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.


Tuan-tuan dan puan-puan,

39. Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.

40. Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

41. Sesungguhnya, kerajaan amat prihatin serta berazam untuk terus membela nasib golongan miskin dan miskin tegar. Oleh sebab itu, Kerajaan berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan ini. Sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana

42. Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.

43. Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Makanya, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, kita semua harus menyedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, saya mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

44. Demikianlah, secara terperinci hala tuju pentadbiran saya untuk tempoh sehingga 2012. Sesungguhnya saya berasa amat gembira kerana penggubalan NKRA dan KPI bagi anggota pentadbiran dan penjawat awam ini mendapat komitmen penuh daripada semua pihak bermula dari Timbalan Perdana Menteri, para menteri, KSN, KPPA, KSP, KSU, ICU dan MAMPU. Semua peringkat anggota pentadbiran dan penjawat awam pun berada pada helaian pemahaman yang sama. Mereka bukan setakat menyokong, tetapi yang lebih utama telah meyakini bahawa inilah kaedah terbaik Malaysia untuk bergerak ke hadapan secara progresif bagi merealisasikan masa depan yang lebih cemerlang.

45. Malah, saya ingin maklumkan sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Sesuatu yang belum pernah lagi dibuat seumpamanya. Bengkel-bengkel tersebut tidak lain tidak bukan bagi merangka, memperinci dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit.

46. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya.

47. Justeru, saya ingin mengisytiharkan bahawa bagi setiap NKRA seorang menteri akan dilantik sebagai Lead Minister atau Menteri Pimpinan bagi menerajui NKRA yang telah ditetapkan. Bagi NKRA Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Dan Berkemampuan: Menterinya YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin, NKRA Mengurang Kadar Jenayah: Menterinya Dato’ Seri Hishamuddin Hussein, NKRA Memerangi Rasuah: Menterinya Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz, NKRA Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah: Menterinya Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, NKRA Memperkasa Prasarana Luar Bandar Dan Pendalaman: Menterinya Dato’ Seri Shafie Apdal dan NKRA Menambahbaik Pengangkutan Awam: Menterinya Dato’ Seri Ong Tee Keat.

48. Di atas semuanya, selaku Perdana Menteri saya akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI. Setiap minggu saya akan berjumpa dengan setiap seorang Lead Minister bagi menilai pencapaian KPI yang telah ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu saya akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi 6 lapangan NKRA seperti direncanakan.

49. Sehubungan dengan ini juga, bagi anggota-anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA, mereka dan kementerian masing-masing tidak terkecuali dari mempunyai KPI. Setiap orang Menteri selain daripada 6 Lead Minister yang saya nyatakan tadi tetap dipertanggungjawab mencapai KPI kementerian masing-masing. Saya sendiri juga akan memantau prestasi kementerian-kementerian tersebut pada setiap enam bulan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

50. Diakui pengenalan NKRA dan KPI ini bukanlah perkara baru namun the breadth and depth of the initiative yang ditekankan oleh pentadbiran sekarang adalah sesuatu yang unprecedented dan menjadi satu tanda aras yang terkini.

51. Selain itu, sesuai dengan pengumuman saya ketika berucap merasmikan majlis perjumpaan bersama perkhidmatan awam mengenai cross fertilization suka saya mengumumkan bahawa 20 nama kakitangan kerajaan dan 20 kakitangan GLC telah dikenal pasti untuk ditempatkan dalamprogram ini dijadualkan bermula 1hb September tahun ini.

52. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Khazanah Nasional kerana sumbangan di dalam membangunkan NKRA dan KPI ini. Saya gembira kerana di antara anggota pentadbiran, penjawat awam dan GLC telah wujud satu bentuk pertautan atau seamless cooperation sebagai pemangkin kejayaan Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

53. Akhir kalam, sebagai ketua kerajaan saya insaf bahawa yang akan menilai kepemimpinan ini akhirnya nanti adalah rakyat. Apa yang pasti saya dan rakan-rakan telah, sedang dan akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sehabis baik dan sedaya mampu.

54. Saya sedar bahawa apa yang telah saya gariskan hari ini adalah sesuatu yang monumental. Ia melibatkan komitmen mendalam dan tuntutan yang tinggi kepada anggota pentadbiran dan penjawat awam secara kolektif. Nyatanya, amanah yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan di atas jemala pentadbiran ini bukanlah perkara yang mudah sebaliknya saya bertanggungjawab untuk membuat perkara yang betul walaupun ianya sukar. Jelas sekali kita tidak mempunyai pilihan, sama ada kita bergerak maju ke hadapan dengan penuh yakin atau mengambil risiko untuk ditinggalkan dalam perlumbaan global yang sengit ini.
55. Kata orang dulu-dulu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan boleh mendapat sagunya. Marilah bersama menghitung doa ke hadrat Allah yang Maha Kuasa agar kita diberi kekuatan dan ketabahan untuk melunaskan rancangan mulia ini. 1Harapan, 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian terima kasih.

GLC TRANSFORMATION PROGRAM : DS NAJIB URGED PROFESSIONAL WORKING OVERSEAS TO RETURN BACK!

Pikat profesional bekerja di negara sendiri
DUBAI 22 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan perlu mewujudkan satu daya tarikan dalam suasana kerja di Malaysia agar golongan profesional memilih untuk berkhidmat di negara sendiri dan bukannya di seberang laut.Perdana Menteri berkata, satu daripada sebab kenapa golongan profesional Malaysia kurang berminat bekerja di negara sendiri ialah pendapatan yang agak rendah di Malaysia berbanding dengan di luar negara."Ianya bukan kerana tidak adanya 'Semangat Malaysia', tetapi semata-mata kerana kita kurang kompetitif daripada segi gaji yang kita tawarkan kepada golongan profesional."Ini adalah satu daripada tumpuan yang akan diberikan dalam model ekonomi baru kita," katanya pada satu sesi dialog di sini pada Isnin dengan sekumpulan profesional dari Malaysia dan wakil syarikat-syarikat Malaysia yang bekerja di Abu Dhabi dan Dubai.Najib berkata, usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan ilmu dan berinovasi akan terjejas tanpa cerdik pandai daripada kalangan rakyat sendiri.Beliau berkata, langkah yang akan diambil oleh kerajaan perlu menarik minat bukan saja rakyat Malaysia yang berbakat tetapi juga golongan profesional luar negara."Terdapat aliran negatif, iaitu lebih ramai rakyat Malaysia lebih gemar bekerja di luar negara jika mereka diberi peluang. Kita perlu kurangkannya supaya kecenderungan ini menjurus kepada memikat mereka untuk bekerja di Malaysia," kata Perdana Menteri.Beliau berkata, walau apapun keadaannya, akan ada rakyat Malaysia yang memilih bekerja di luar negara tetapi yang penting ialah mewujudkan suasana bekerja di Malaysia supaya menjadi menarik.Najib juga memberikan satu nasihat kepada mereka yang hadir pada dialog itu, dengan meminta mereka supaya sentiasa menonjolkan perkara yang baik mengenai Malaysia."Anda boleh kata apa saja mengenai kerajaan tetapi tonjolkan yang baik mengenai Malaysia," katanya.Najib yang disertai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, singgah di Abu Dhabi dalam perjalanan pulang daripada lawatan ke Mesir dan Arab Saudi. - BERNAMA

GLC Transformation Program
The GLC Transformation Program was first launched in May 2004 and is part of an ongoing effort by the Government to drive development and grow the economy. The launch saw the introduction of the K.P.I. (Key Performance Indicators), board composition initiatives, the revamp of Khazanah Nasional Bhd, as well as changes in the management of a number of GLC’s. Three key principles run through the GLC transformation program:
program is part of the larger national development strategies;
program is focused on enhancing performance at the GLC’s; and
program takes full cognisance of matters relating to governance, shareholder value and stakeholder management. The Establishment of PCG To sustain the momentum created by the launch of initial measures, the Putrajaya Committee on GLC High Performance (PCG) was formed in January 2005 to follow through and catalyse the GLC Transformation Program. PCG is chaired by the Second Finance Minister, with participation from the heads of the Government-Linked Investment Companies (G.L.I.C.’s) namely Khazanah Nasional Bhd (KNB), Permodalan Nasional Bhd (PNB), Employees Provident Fund (EPF), Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) and Lembaga Urusan Tabung Haji (LTH) and representatives from the Ministry of Finance Inc. (MOF) and the Prime Minister’s Office to work together to monitor developments and to recommend further measures of improvements. GLC Transformation Manual The work of the PCG has culminated in a 'Transformation Manual' which was launched on 29th July 2005. The manual has two parts, the overall policy guidelines of the PCG to address some of the core challenges and guidelines, and it details of the GLC Transformation initiatives for 2005 and 2006. The manual is the result of robust and well-researched work, with more than 100 in-depth interviews conducted with GLIC CEO’s, GLC Chairman, CEO’s and Board members, institutional investors and opinion leaders, as well as extensive analysis based on Malaysia’s own programs and similar ‘best practice’ experiences from other countries. The policy guidelines in the manual have been set out to achieve 5 objectives:
to clarify the GLC mandate in the context of national development;
to upgrade the effectiveness of Boards and reinforce corporate governance of GLC’s;
to enhance GLIC’s capabilities as professional shareholders;
to adopt corporate best practices within GLC’s; and
to implement and enforce the GLC Transformation Program. In addition to the policy guidelines,10 initiatives have been identified for development, launched and implemented across all GLC’s for the rest of 2005 and 2006. These initiatives have been set out based on their importance as levers for change, their large potential impact on value, and the unique ability of the Putrajaya Committee to drive change in these areas. The 10 initiatives are:
enhance Board effectiveness;
strengthen directors capabilities;
enhance G.L.I.C. monitoring and management functions;
improve regulatory environment;
clarify social obligations;
review and revamp procurement;
optimise capital management practices;
manage and develop leaders and other human capital;
intensify performance management practices; and
enhance operational improvement.
The 10 Initiatives for 2005 and 2006 should be rolled-out over the next 17 months. The Initiatives are work in progress. The manual highlights the various stages of these initiatives. Each initiative includes the following:
Terms of Reference: A description of the Initiative outlining “what” to expect;
Guiding Principles: A set of detailed guidelines to assist GLCs in their effort to implement the initiatives derived from the Policy Guidelines. All GLCs are encouraged to adopt and adhere these guidelines.
Supporting Material for Guiding Principles: Where relevant, this will elaborate on the guiding principles by providing examples, templates and other information; The Transformation Manual will be augmented with further guidelines and supporting materials, such as 'How-to Books', templates, tools and best practice case studies, to make implementation that much easier. In certain instances, pilot projects for the 2005 and 2006 initiatives have been implemented at selected GLIC’s and GLC’s to create the momentum for change and to access/gauge execution challenges.
The PCG is charied by YB Minister of Finance II and reports to YAB
Prime Minister. Membership of the PCG consists of heads of Permodalan
Nasional Berhad (PNB), Employee Provident Fund (EPF), Khazanah Nasional
Berhad (KNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) and Lembaga Tabung
Haji (LTH), and representatives from the Ministry of Finance Inc. (MKD)
and the Prime Minister's Office.
Khazanah also acts as the Secretariat to PCG, chairs and drives the PCG
Joint Working Team (JWT) which consists of representation from all GLICs.
Lead consultants to the PCG was McKinsey & Company, while other consultants,
notably the Boston Consulting Group and Ethos Consulting, contributed to
specific initiatives in the program.

1. What is the GLC Transformation Program?
A: GLC Transformation is the program that improves performance of Government-linked companies. The Government's efforts at improving performance in companies under its control or stewardship will have a positive demonstrative effect on the rest of the corporate sector. Undertaking such a program should result in a sustainable lift to the current trajectory of GLC performance, improving Malaysia's ability to achieve Vision 2020. (Definition of Vision 2020 - By the year 2020, Malaysia must be a comprehensively developed country - developed economically, developed politically, developed socially and culturally, progressive and caring.)
2. Why is the GLC Transformation Program so critical to the development of Malaysia? A: GLCs and their controlling shareholders, GLICs, constitute a significant part of the economic structure of the nation. GLCs employ an estimated 5% of the national workforce and account for approximately 36% and 54% respectively of the market capitalisation of Bursa Malaysia and the benchmark Kuala Lumpur Composite Index. Even with active divestment and privatisation, GLCs remain the main service providers to the nation in key strategic utilities and services including electricity, telecommunications, postal services, airlines, airports, public transport, water and sewerage, banking and financial services. In areas of industrial policy and development such as in automotive and semi-conductors, GLCs play an important role in executing Government policies and initiatives and in building capabilities and knowledge in key sectors. Further, in the areas of building international economic linkages through investments in foreign ventures and investments in new growth sectors, GLCs and GLICs are increasingly playing a more active and significant role in line with a gradual internationalisation of Malaysian economic interests, in tune with increased global economic liberalisation.
3. What is the difference between this year's GLC Transformation (GLCT) Program and the one launched in May 2004?
A: The GLC Transformation Program is targeted at a deep and sustained structural improvement in GLC organisational and performance practices where benefits are targeted to be reaped over the short and medium, but ultimately focused on sustainable longer-term benefit over the next 5 to 10 years. With PCG being established in January of this year, we are now in the next phase of a continuing journey.
4. What are the key principles for GLC Transformation?
There are 3 key principles to the GLC Transformation including:
National development foundation - the GLC Transformation Program is a subset of the broader national development strategies that include the principles of growth with equity, improving total factor productivity, the development of human capital, and the development of the Bumiputera community.
Performance focus - the underlying rationale of the GLC Transformation Program is to create economic and shareholder value through improved performance at GLCs. Hence, specific policy guidelines and initiatives will be driven by principles of performance and meritocracy within the broader national development focus described above.
Governance, shareholder value and stakeholder management - the GLC Transformation Program, while being led by the Government, fully observes the rights and governance of shareholders and other stakeholders. Hence, the policy measures to be implemented come in the form of policy guidelines rather than rules that GLCs are expected to implement through their Board of Directors in line with good governance. In addition, and within the context prescribed above, GLCs are expected to engage in managing other valid stakeholder interests, in particular those of employees, customers, suppliers and the Government itself as regulators and policy makers.
5. How does the GLC Transformation Program affect each stakeholder?
A: Based on one methodology to estimate the potential for value creation, it is estimated that high performing GLCs, could in the next 5-7 years, contribute a potential upside of RM250 to 300 billion in market capitalisation. Further, as an illustration, enhancements in procurement practices and systems alone is estimated to result in annual bottom-line impact of over RM11billion for the G-15. Beyond the economic and financial benefits to shareholders, GLCs will benefit all stakeholders and contribute to Malaysia's future wellbeing in other important ways. For example:
Higher service and quality levels for customers;
Better job prospects in more dynamic GLCs;
Increased transparency favouring higher value-for-money suppliers, with reduced levels of leakages and inefficiencies;
Continued development of the Bumiputera community - with better skilled and more competitive Bumiputeras
6. What is the Transformation Manual?
A: The Transformation Manual is the output of this endeavour and is intended to be a living document - with new Policy Guidelines and Initiatives to be added over time, and updates or amendments to be made to existing Guidelines and Initiatives as necessary. The Policy Guidelines were launched on 29th July, 2005, and amendments and updates shall periodically be made available online. This Transformation Manual consists of four sections; inclusive of an Introduction in Section I. Section II comprises the Policy Guidelines of the PCG, which are divided into individual chapters applicable to different audiences, namely GLICs, GLC Boards, and GLC management. The final chapter in this second section lays out PCG's recommended approach to implementing the GLC Transformation Program. Section III comprises the 2005/6 GLC Transformation Initiatives. The initial Initiatives are introduced in this section. Over time, this section will be augmented with further Guidelines and supporting materials, such as templates, tools, and best practice case studies. The primary audience of this section is the CEO and senior management of GLCs, with several Initiatives for GLICs and GLC Boards. Section IV is an Appendix.
7. Who should read the Transformation Manual? A: The manual is a public document which is available for everyone to read. However, the are certain sections that are tailored for specific audience. For instance, the 'Policy Guidelines' section is intended to Government, GLC Boards, GLICs and GLCs. For '2005/6 GLC Transformation Initiatives' section: the CEO and senior management of GLCs. Some Initiatives are also targeted at GLICs and GLC Boards.
8. What are the 10 themes of initiatives?
Enhance Board Effectiveness
Strengthen Directors Capabilities
Enhance GLIC Monitoring and Management Functions
Improve the Regulatory Environment
Clarify Social Obligations
Review and Revamp Procurement
Optimise Capital Management Practices
Manage and Develop Leaders and Other Human Capital
Intensify Performance Management Practices
Enhance Operational Improvement
9. How were these 10 themes of initiatives developed?
A: The PCG through the JWT conducted a significant amount of research and analysis into the causes and issues surrounding GLC performance. Various research methodologies were employed including more than one hundred interviews, review of relevant best practices, regional and international benchmarking, and a review of existing policies and legal frameworks governing GLCs.
10. Who should be accountable in implementing the initiatives?
A: Ultimately, GLC Boards and GLICs bear the responsibility of overseeing the transformation of GLCs.
11. When will the Initiatives be implemented?
A: The GLICs and GLCs need to implement them as soon as possible when introduced.
12. Whom should I contact when having questions regarding these initiatives?
A: Contact pcg@treasury.gov.my if you have any specific questions regarding the initiatives.
13. What is the TMO?
A: Transformation Management Office is a unit that was set up to
Develop, evaluate and prioritise new initiatives in line with themes and objectives
Launch the initiatives identified, including identifying pilots, assembling the relevant working team, monitoring progress, managing interdependencies across initiatives and de-bottlenecking any execution issues, whenever required
Ensure codification and dissemination of learnings/best practices from pilots and initiatives across GLCs and GLICs. For example, via the creation and dissemination of "Books" with guidelines, workshops led by pilot candidates, facilitating the creation of 'Centers of Excellence' at GLICs and/or GLCs. The TMO will report on its progress to the PCG every quarter.
14. How long will this program last?
A: GLC Transformation is a long journey, like any other change management effort. Phase 1 started in May 2004 with the introduction of 2004 Measures aimed at inculcating high-performance culture at GLCs. This is followed by the design of the Transformation Manual which culminated in the manual's launch on 29th July 2005 by YAB Prime Minister. Phase 2 is designed to generate momentum for continuous improvement efforts at both the GLICs and GLCs levels through implementation of initiatives between July 2005 and December 2006. It is envisioned that tangible results will be realized in Phase 3 within 2 to 5 years beyond December 2006 across all GLCs with greater operational and financial performance. Phase 4 marks the full national benefit from 5 to 10 years onwards as a result of GLC Transformation implementation, with the hopes of producing several regional champions among the GLCs, able to compete competitively with their competitors in the global arena. -->Definition Questions-->
15. Who are the GLCs? What is the definition of GLCs? A: Government-Linked Companies (GLCs) are defined as companies that have a primary commercial objective and in which the Malaysian Government has a direct controlling stake. Controlling stake refers to the Government's ability (not just percentage ownership) to appoint Board members, senior management, and/or make major decisions (e.g. contract awards, strategy, restructuring and financing, acquisitions and divestments etc.) for GLCs, either directly or through GLICs. Includes GLCs, where the Government of Malaysia controls directly through Khazanah, MoF Inc, KWAP, and BNM; or where GLICs and/or other federal government linked agencies collectively have a controlling stake. Includes companies where GLCs themselves have a controlling stake, i.e. subsidiaries and affiliates of GLCs.
16. Who are the GLICs?
A: Government-Linked Investment Companies (GLICs) are defined as Federal Government linked investment companies that allocate some or all of their funds to GLC investments. Defined by the influence of the Federal Government in: appointing/approving Board members and senior management, and having these individuals report directly to the Government, as well as in providing funds for operations and/or guaranteeing capital (and some income) placed by unit holders. This definition currently includes seven GLICs: Employees Provident Fund (EPF), Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji (LTH), Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), Permodalan Nasional Bhd (PNB). 17. What is the definition of Economic Profit? A: In a nutshell, Economic Profit (EP) measures net profit after deducting a charge to account for the cost of capital utilized to generate this profit. Technically, EP is defined as capital invested multiplied by the spread between the return on invested capital (ROIC) and the weighted average cost of capital (WACC). Sometimes, EP is referred to as Economic Value Added (EVA). The formula is: Economic Profit = Invested Capital x (ROIC - WACC) Alternatively; Economic Profit = NOPLAT - (Invested Capital x WACC) where NOPLAT is Net Operating Profit Less Adjusted Taxes You may find further explanation and details on EP by reading standard Corporate Finance textbooks. As an example, textbooks written by these authors are a good place to start:
R. A Brealey, S. C. Myers, Principles of Corporate Finance, 6th Edition, Irwin McGraw-Hill, BurrRidge, IL, 2000.
T. Koller, M. Goedhart, D. Wessels, Valuation : Measuring and Managing the Value of Companies, 4th Edition, John Wiley & Sons, Hoboken, NJ, 2005

Sunday, July 19, 2009

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."

"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."

"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."

"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.

Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080

2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330

3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325

Friday, July 17, 2009

Perdana Leadership Foundation: Industry Insights Seminar: "From the Trenches: Insights and Perspectives from Malaysia’s Industry Leaders"

20th August 2009
Industry Insights Seminar: "From the Trenches: Insights and Perspectives from Malaysia’s Industry Leaders"
Perdana Leadership Foundation will be organising the first-ever Industry Insights Seminar, “FROM THE TRENCHES: INSIGHTS AND PERSPECTIVES FROM MALAYSIA’S INDUSTRY LEADERS”, at Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. The main objective of the seminar is to facilitate knowledge-sharing between top industry leaders and delegates in light of current economic conditions. The seminar will gather more than fifteen corporate leaders who will share their business insights and opinions on the state of the Malaysian business sector. Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad will deliver the closing keynote address on “Crisis Management”. For queries and registrations of interest, please contact Ms. Maizatul Kartini (maizatul@perdana.org.my / 603- 8885 8965) and Ms. Rose Halim (rose@perdana.org.my / 603 – 8885 8953).

Saturday, July 11, 2009

SPEECH OF 100 DAYS DATO' SRI NAJIB AS PRIME MINISTER OF MALAYSIA

TALKING POINTSYAB. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAKPERDANA MENTERI MALAYSIASEMPENA "100 HARI YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB BERSAMA RAKYAT"PADA 11HB JULAI 2009 (SABTU), JAM 10.35 PAGI DI EXHIBITION HALL 2, LEVEL GKUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE, (KLCC)
BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
1. Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan rasa syukur tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T yang telah memberi limpah perkenan dan keizinanNya kepada kita untuk berhimpun pada hari yang bermakna ini.
2. Ternyata masa bergerak dengan sungguh pantas. Kira-kira seratus hari yang lalu, bersamaan 3hb April, pada tarikh lantikan sebagai Perdana Menteri saya telah tampil menggariskan hala tuju pentadbiran kerajaan. Dalam tempoh sebelum-sebelum ini saya banyak membuat ketetapan dan siri pengumuman berkisarkan usaha merangsang ekonomi, langkah-langkah peningkatan daya saing negara dan inisiatif menarik minat pelabur asing.
3. Namun, pada pagi yang ceria ini, saya mahu menumpu dan berfokus untuk bercakap tentang hal ehwal rakyat. Ucapan hari ini, saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian. Ucapan ini adalah ucapan yang cakna terhadap aspirasi rakyat Malaysia. ‘Today it is all about you the people of Malaysia’. Teringat saya pantun orang tua-tua kita yang masih segar dalam ingatan berbunyi : 'Kalau tidak kelapa Puan, tidak juga kelapa bali, kalau tidak kerana tuan-tuan dan puan-puan, mana kan saya berada di sini’.
4. Jika diimbas, sejak mula mengambil alih pucuk pimpinan negara, saya telah menggagaskan pentadbiran kerajaan dipaksikan atas konsep 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa konsep 1Malaysia dan mengapa ia menjadi landasan pentadbiran saya?
5. Jawapannya mudah, kerana, bagi saya kita adalah satu keluarga besar yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya mahu pun kepercayaan. Justeru, setiap warga Malaysia merupakan komponen penting demi menentukan maju atau mundur, berjaya atau gagal negara yang tercinta ini. Hakikatnya, kita, sama ada orang Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Bidayuh, Orang Asli, kaum-kaum lain sekali pun orang Malaysia keturunan Siam yang menetap di sini adalah penting untuk kejayaan Malaysia. Pendek kata, kita semua adalah rakyat Malaysia. Kemajmukan kita inilah yang menjadi 'asset and competitive advantage that has and will continue to put us head and shoulder above our global competitors’.
6. Dek kerana itu, bagi saya, seseorang pemimpin yang berkesan bukanlah seorang pemimpin yang berpuas hati setakat duduk dan menunggu di bilik berhawa dingin dalam pejabat-pejabat untuk mendengar taklimat atau sekadar menerima laporan yang belum tentu pasti ceritanya. Seorang pemimpin yang prihatin dan berjiwa rakyat ialah seorang pemimpin yang 'turba’, sanggup turun ke bawah dan melihat dengan mata kepalanya sendiri penderitaan rakyat, mendengar rintihan, keluh kesah juga merasai gundah gulana mereka sekaligus mampu meresapi denyutan nadi rakyat yang dipimpinnya.
7. Lantas, saya telah turun padang bermula hari kedua saya menjadi Perdana Menteri untuk membuat tinjauan-tinjauan mesra. Ia bermula di Petaling Street untuk melihat keadaan peniaga-peniaga Cina kita. Di sana, mereka memohon agar bumbung utama digantikan dan ditambah bumbung kepada gerai-gerai individu. Hasilnya, pada Isnin ini Menteri Wilayah Persekutuan akan mengumumkan perincian projek penggantian dan tambahan bumbung berkenaan.
8. Saya kemudian telah membuat tinjauan mesra ke pangsapuri Vista Angkasa kawasan Kerinchi. Saya terkejut melihat keadaan suram dengan bangunan yang hitam. Masalahnya, bukan hitam manis tapi hitam kusam. Lebih mengejutkan saya lifnya berada dalam keadaan uzur. Hal ini sungguh membuatkan saya berasa simpati dan terus mengarahkan tindakan diambil untuk pembaikan. Hasil tinjauan ini, saya boleh melaporkan bahawa 65 peratus kerja-kerja pembersihan dinding dan cat asas selesai, 95 peratus kerja mengecat bangunan parking selesai, 100 peratus kerja penyambungan kabel telefon di blok 2, 5 dan 8 selesai manakala kerja-kerja membaiki lif akan dimulakan dalam waktu yang terdekat.
9. Kemudian pula saya ke Brickfields pula bagi meninjau kebajikan peniaga-peniaga India. Mereka telah memajukan kepada saya permohonan untuk menambah baik prasarana di kawasan tersebut. Kita menyambut baik hasrat rakyat ini dan telah bersetuju bahawa kawasan ini nanti akan dibangunkan sebagai “Little India” yang lebih terancang.
10. Apa yang menarik, semasa di sana saya telah berkesempatan untuk menikmati teh tarik dan makan tosai di restoran Sri Kortumalai. Saya cukup terharu apabila mengetahui bahawa tauke restoran iaitu Encik S.Paramasivam yang mempunyai marketing acumen cukup baik dengan menamakan sudut tempat saya minum itu sebagai Najib’s corner. (Joke : Nampaknya jika ini menjadi trend terpaksalah saya memikir untuk franchisekan brand Najib’s corner dan kutip royalti).Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
11. Saya juga telah pergi untuk tinjauan mesra di Puduraya setelah mendengar rungutan ramai pihak sejak sekian lama mengenai pelbagai kemelut yang melanda nadi pengangkutan awam rakyat ini. Saya menyaksikan sendiri bagaimana keadaan bangunan yang sangat daif dan tidak selesa bukan sahaja untuk para penumpang tetapi juga syarikat-syarikat pengangkutan dan para peniaga yang telah beroperasi selama puluhan tahun. Keputusannya, saya telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 44 juta yang mana RM30 juta ialah untuk UDA bagi membaik pulih bangunan dan RM 14 juta lagi untuk Kementerian Wilayah untuk menceriakan kawasan sekeliling Puduraya. Hasilnya, hari ini sudah jauh bertambah elok dari keadaan terdahulu dengan pelbagai tempat yang dicat baru dan dipulihkan agar Puduraya menjadi lebih selesa untuk kemudahan rakyat.
12. Selanjutnya saya juga telah berkunjung ke kampung Picin, Batang Ai, Lubuk Antu, Kampung Bintawa dan Pasar Malam di Sibu Sarawak. Saya berkunjung ke Pasar Kraft dan pasar Besar di Kota Kinabalu. Terbaru saya ke UiTM bersama anak-anak kita yang baru mendaftar. Saya dan isteri meluangkan masa bersenam dan melawat asrama serta tempat mereka belajar untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang dirasai oleh para pelajar institusi pengajian tinggi. Itulah antara siri tinjauan mesra saya. Ternyata siri tinjauan ini telah membolehkan saya secara langsung menyelami sendiri aspirasi dan keprihatinan rakyat di luar sana. Dengan itu saya bertekad dari masa ke semasa saya akan melakukan lebih banyak lagi tinjauan dan lawatan spontan seperti yang demikian.
13. Dari itu Alhamdulillah, dengan rahmat Yang Maha Esa jua, genaplah 100, hari ini , saya menjunjung amanah sebagai Perdana Menteri dan sekali lagi saya berdiri dengan penuh sukacita melaporkan beberapa kemajuan perkara yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan sejak hari yang pertama. Segala rencana dan susunan agenda itu merangkumi pertamanya : Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi, keduanya : Hak asasi manusia dan kebebasan media serta ketiganya : Peningkatan kecekapan penjawat awam juga keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatannya.
14. Seterusnya pula, seawal memegang tampuk pentadbiran tertinggi negara, saya telah mengumumkan KPI atau Indeks Petunjuk Prestasi bagi rakyat mengukur pencapaian anggota pentadbiran kerajaan. Tujuan saya mewujudkan KPI bagi anggota pentadbiran dan anggota perkhidmatan awam ini adalah untuk memastikan terdapat garis panduan jelas kepada kedua-dua penggubal dan pelaksana dasar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Ia juga menyediakan landasan yang jelas kepada rakyat untuk menilai prestasi mereka. Saya percaya langkah ini akan dapat mengukuhkan prinsip kebertanggungjawaban.
15. Baru-baru ini pula, demi untuk mencapai matlamat KPI tersebut dengan lebih berkesan saya telah menggariskan NKRA atau bidang-bidang keberhasilan utama nasional yang meliputi 6 lapangan:i) Mencegah Jenayahii) Memerangi Rasuahiii) Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuaniv) Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendahv) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalamanvi) Menambah baik Pengangkutan Awam sebagai jangka masa sederhana Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
16. Sesungguhnya, semua yang digagas dan dirangkakan ini, tidak lain dan tidak bukan untuk menjayakan kerangka maksud 1Malaysia. Dalam pada itu, saya insaf, tidak ada di mana-mana dalam dunia pun inisiatif atau prakarsa kerajaan yang akan mendapat sokongan 100% semua pihak dan semua rakyatnya. Sudah menjadi lumrah alam, tentu ada yang menyokong dan tentu ada yang menentang.
17. Waima apa pun, sebagai Perdana Menteri untuk semua, saya berpegang teguh pada prinsip bahawa tugas besar ini adalah satu amanah daripada rakyat. Makanya, saya akan terus berusaha sedaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian-penyelesaian seraya membuat keputusan-keputusan demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan.
18. Ertinya, sebagai Perdana Menteri yang dipilih, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada kebajikan tuan-tuan dan puan-puan. Untuk itu, saya sentiasa bersikap objektif melaksanakan semua tugas mulia ini dengan penuh "decisive”. Jika tidak, negara dan rakyat akan terumbang ambing dengan ketidakpastian. Malah dalam sebarang keputusan, kepentingan rakyat didahulukan dan saya tidak membuat sesuatu secara berwenang-wenang jauh sekali secara semberono.
19. Kini, sudah menjadi amalan untuk kita mendapat pandangan balas dan berkonsultasi dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam mencari jalan keluar menangani isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.
20. Lantaran itu, melihat kepada tuan-tuan dan puan-puan, berkumpul dalam dewan ini, rata-rata terdiri daripada segenap lapisan masyarakat, ditambah dengan ratusan wajah anak-anak cilik di depan saya, seakan meresap dan bersemarak ke seluruh anggota satu semangat dan keyakinan yang membumbung bahawa apa yang kita sedang gemblengkan ini bukanlah satu angan-angan atau fatamorgana.Tuan-tuan dan puan-puan,
21. benar sekali, tugas kita adalah amat besar, bagi memastikan masa depan anak-anak bangsa terbela kerana yang menjadi pertaruhannya bukan generasi hari ini tetapi generasi yang akan datang. Kita haruslah membina Malaysia di mana semua anak-anak kita mempunyai peluang untuk mengoptimumkan potensi masa depan mereka. Malaysia, di mana setiap anak-anak kita merasakan mereka dihargai dan mempunyai peluang untuk hidup berjaya di hari muka. Kerana merekalah sebenarnya generasi 1Malaysia.
22. Dalam hal ini juga saya ingin tegaskan, tidak ada rakyat kelas kedua atau ketiga. Semua berhak mendapat peluang yang sama sekiranya betul-betul berkebolehan. Kerana itulah, kita kini ingin mengiktiraf the best and the brightest. Saya beraspirasi mencipta satu sistem untuk mengiktiraf yang terbaik dan berbakat di kalangan anak-anak muda kita.
23. Hakikatnya, alangkah malang jika ada anak Malaysia terpaksa berhijrah untuk bakatnya di iktiraf. Alangkah ruginya negara kita. Oleh itu apa yang saya ingin katakan di sini adalah, kita boleh menyedia dan menjanjikan garis pemula yang sama tetapi mana mungkin kita dapat menghamparkan hasil pengakhiran yang sama (equality of access viz a viz equality of outcome). Maka dengan yang demikian, terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk merebut peluang yang terbentang. Barulah nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan makmur jika kita menggembleng dan memanfaatkan setiap potensi rakyat Malaysia.
24. Tambahan lagi, sebagai antara 20 negara dagang terbesar di dunia padang permainan kita adalah di peringkat global dan bukannya persaingan tidak produktif sesama kita. Sejarah telah menunjukkan banyak negara di dunia yang pada awalnya mempunyai potensi ke hadapan telah menemui kegagalan apabila mereka mula berasa selesa dan lebih suka membelanjakan kekayaan daripada terus menjananya.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
25. Kendatipun, negara sedang berada di dalam kemelut ekonomi yang diakibatkan kemelesetan global tidak bermakna kita harus putus asa dan menyerah kalah dengan situasi. Di dalam setiap krisis pasti ada peluang yang mencelah. Marilah kita menggunakan waktu krisis ini untuk membina kapasiti pertumbuhan yang lebih baik di kala ekonomi dunia telah pulih.
26. Saya sedar dan insaf bahawa setiap rakyat Malaysia terkesan akibat kemelesetan ekonomi yang sedang melanda. Pentadbiran saya komited untuk meringankan sedikit sebanyak beban yang sedang ditanggung oleh tuan-tuan dan puan-puan di samping menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pemulihan di peringkat kebangsaan.
27. Sehubungan dengan itu suka saya mengumumkan beberapa langkah yang akan kita ambil bagi membolehkan beban rakyat dikurangkan, kesejahteraan rakyat dipastikan dan kemakmuran negara dikongsi oleh semua. PengumumanPemberian Diskaun 20% kepada pengguna kad pra bayar SmartTag dan Touch 'N Go bermula 1hb September 20091. Pertamanya, kerajaan menyedari bayaran tol ke atas pengguna-pengguna jalan bertol boleh membebankan dalam keadaan ekonomi masa kini. Terutamanya "frequent users” ataupun pengguna yang kerap yang berpendapatan rendah, kerajaan perihatin tentang hal ini. Untuk itu, bagi meringankan beban pengguna lebuhraya yang menggunakan kad pra bayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun sebanyak 20%. Pemberian diskaun ini adalah sebagai langkah sementara dan akan bermula pada 1 September 2009. Pengguna yang layak boleh menuntut diskaun tersebut semasa membuat tambah nilai di 136 Point of Sales (POS) di lebuhraya-lebuhraya utama dan di Ibu Pejabat Touch 'n Go Sdn. Bhd. Dalam tempoh 6 bulan selepas itu, kemudahan ini boleh didapati di mesin-mesin ATM dan stesen minyak utama atau agen yang dilantik di Semenanjung Malaysia.Program Perumahan Rakyat2. Keduanya, kerajaan komited menyediakan perumahan mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendiami rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki. Namun dasar semasa di Wilayah Persekutuan hanya membenarkan mereka menyewa rumah-rumah ini. Bagi mengatasi masalah ini dan untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri, Kerajaan bersetuju untuk membenarkan rumah-rumah tersebut dibuka untuk penjualan bagi penghuni yang sedang menyewa. Jumlah rumah yang ditawarkan untuk tujuan penjualan ini adalah sebanyak lebih kurang 44,000 unit. Peniaga dan penjaja kecil3. Ketiganya, berkaitan peniaga dan penjaja kecil. Pada Sabtu 20hb Jun bertempat di Tanjung Karang, Selangor semasa majlis ramah mesra dengan gabungan persatuan penjaja dan peniaga kecil Melayu Malaysia, mereka telah memohon pengurangan sehingga 50% bayaran lesen bagi peniaga kecil dan penjaja. Hari ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan semua 69,000 penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan akan menikmati potongan sebanyak 50% kepada pembaharuan dan lesen baru mereka yang berkuat kuasa serta merta. Ini bukan sedikit jumlah potongannya, ia melibatkan antara RM 10 hingga RM 700 setahun. Jadinya, saya menyeru agar kerajaan-kerajaan negeri yang lain juga mengambil langkah yang sama untuk mengurangkan beban para peniaga kecil dan penjaja semasa sebagai tanda kita prihatin terhadap mereka dalam menghadapi krisis ekonomi yang sedang melanda. 4. Selain itu keempat, secara umumnya ke seluruh Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM 150 juta untuk skim TEKUN bagi faedah peniaga dan penjaja kecil. Manakala RM 15 juta lagi diperuntukkan khusus untuk kegunaan masyarakat India melalui program pembangunan usahawan muda mereka.Penambahan pengeluaran permit teksi 5. Kelimanya, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menambah permit teksi kepada individu. Kita dapati pemberian permit sebegini akan memangkin motivasi pemilik teksi bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik serta memberi layanan yang lebih mesra kepada pelanggan. Setakat ini kerajaan telah memberikan lebih 7,000 permit teksi individu. Di sini, saya umumkan, jumlah permit ini akan ditambah sebanyak 3,000 lagi dalam masa tiga bulan akan datang. Walau apa pun, yang lebih penting mutu perkhidmatan haruslah ditingkatkan bersama dengan senyuman yang mesra. Kementerian Dalam Negeri (KDN)Mencegah jenayah6. Keenamnya, seperti yang saya sebutkan di awal tadi, salah satu bidang keberhasilan utama nasional (NKRA) yang telah dikenal pasti oleh pihak kerajaan adalah meningkatkan tahap keselamatan awam. Dalam hal ini, kerajaan komited untuk mengurangkan kadar jenayah antaranya yang berleluasa seperti ragut dan pencurian kenderaan. Perincian langkah-langkah pencegahan konkrit akan diumumkan pada penghujung bulan ini. Pendaftaran kelahiran7. Ketujuh, bersangkutan pendaftaran kelahiran. Saya sedar pendaftaran kelahiran merupakan satu isu yang dekat di hati rakyat terutamanya di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, pihak Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat didaftarkan dengan kadar segera. Untuk Sabah, semenjak 2005 sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah tersebut 92% telah diluluskan. Manakala di Sarawak, semenjak tahun 2005 sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan daripada jumlah tersebut, 80% permohonan telah diluluskan. Untuk itu, saya mahukan Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) khususnya di Sabah dan Sarawak akan terus diperkemas bagi memberi bantuan dan kemudahan yang lebih luas kepada penduduk di pedalaman untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka.Kewarganegaraan8. Kelapan, dalam hal kewarganegaraan, untuk makluman, jumlah permohonan yang tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000. Sehingga Jun 2009, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan. Usaha untuk menyelesaikan baki permohonan yang belum diputuskan akan dipergiatkan lagi dengan sasaran penyelesaian sepenuhnya pada penghujung tahun ini.Dalam pada itu, pihak Kerajaan juga akan menyegera dan mempertimbangkan permohonan Permit Masuk untuk membolehkan pemohon mendapat taraf Penduduk Tetap. Sehingga 2008, sebanyak 34,000 permohonan Permit Masuk diterima oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan sebanyak 41 peratus telah diluluskan. Infrastruktur Luar Bandar9. Kesembilannya, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menambah baik connectivity dan akses kepada kemudahan asas, pelaksanaan program people centric seperti jalan luar bandar dan kemudahan bekalan elektrik dan air akan dipertingkatkan terutamanya di Sabah dan Sarawak.Jalan Luar Bandar10. Kesepuluh, kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak daripada 750 kilometer yang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-9 kepada 1,500 kilometer dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 dan di Semenanjung Malaysia, kerajaan akan meningkatkan pembinaan rangkaian jalan demi kemudahan rakyat.Bekalan Air dan Elektrik di Sabah dan Sarawak 11. Kesebelas, bersangkutan liputan bekalan air yang boleh diminum kini berada pada tahap 52% di Sabah dan 61% di Sarawak. Liputan ini akan ditambah menjadi sekurangnya 80% menjelang tahun 2015. Manakala, penekanan yang sama juga akan diberikan kepada liputan bekalan elektrik. Sasaran dan KPI untuk peningkatan ini akan dikemukakan pada hujung bulan ini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)12. Perkara yang kedua belas berkaitan lesen memandu. Sesungguhnya generasi muda adalah taruhan masa depan negara. Kerajaan amat memahami bahawa generasi muda adalah generasi yang idealistik dan mempunyai aspirasi, citarasa serta gaya hidup yang tersendiri. Dunia mereka adalah dunia internet, hiburan dan bersosial sesama mereka di tempat-tempat yang popular. Ini termasuklah kemampuan untuk mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Makanya, motosikal menjadi mod pengangkutan pilihan sebilangan besar anak muda.
Namun begitu, berdasarkan kepada maklumat jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), hanya 6 juta pemegang lesen memandu motosikal kelas B2 yakni 250cc ke bawah.Ini bermakna ramai yang menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu. Rata-rata terdiri dari anak muda yang berkapcai ke hulu dan ke hilir. Masalahnya, saya dapati kos mendapatkan lesen memandu adalah tinggi iaitu di antara RM500 sehingga RM700. Sehubungan ini, sebagai kerajaan yang memahami naluri anak muda, kita memutuskan untuk membantu secara keseluruhan pengguna motosikal mendapatkan lesen memandu mereka dengan mengurangkan kadar bayaran belajar dan kadar lesen memandu. Ini tidak akan menjejaskan kompitensi di mana ujian kelayakan masih lagi dikekalkan. Saya gembira, institut memandu menyambut baik hasrat kerajaan dan telah bersetuju mengurangkan caj bayaran latihan kepada sebanyak RM211. Inisiatif baru ini akan berkuatkuasa mulai 1 September 2009 sempena bulan kemerdekaan. Permodalan Nasional Berhad (PNB)Amanah Saham Wawasan untuk golongan miskin di Bandar13. Akhir sekali yang ketiga belas, dalam rangka untuk meratakan kemakmuran Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk Skim Amanah Saham Wawasan terutamanya bagi golongan miskin tegar di bandar. Skim ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka terutama di hujung tahun bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak. Menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu "Amanah Saham 1Malaysia (AS 1MALAYSIA)”. Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10billion unit tertakluk kepada permintaan semasa. Penubuhan tabung unit amanah baru pada ketika ini adalah sesuai selaras dengan jangkaan pemilihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini. Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang.Penutup14. Akhir kalam, sesungguhnya, langkah-langkah yang saya umumkan dalam tempoh 100 hari ini hanyalah langkah-langkah pemula dalam perjalanan kita ke arah masa depan yang lebih baik, makmur dan terjamin. Perjalanan kita ini ibarat sebuah sungai. Sama ada yang memimpin atau dipimpin semuanya mengalir ke arah yang sama. Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan. Tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian,
izinkanlah saya akhiri ucapan ini dengan sebuah nukilan dari lubuk hati saya bertajuk;
Harapan Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakan tumpah harapan merekaKerna,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beda lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku, kita berjalan seiringan,
kita melangkah sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1Malaysia

Wednesday, July 8, 2009

WACANA : BERTAJUK "KEDUDUKAN INSTITUSI BERAJA & MELAYU DALAM PERLEMBANGAAN PERSEKUTUAN DAN PERSPEKTIF 1 MALAYSIA

PER : JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA KE WACANA

BERTAJUK "KEDUDUKAN INSTITUSI BERAJA & MELAYU DALAM PERLEMBANGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF 1MALAYSIA"

PADA : 10 -11 JULAI 2009,

TEMPAT : DEWAN MERDEKA, ARAS 4 (PWTC)
PENDAFTARAN : 8.00 PAGI (10 JULAI 2009 / JUMAAT )
UCAPTAMA : YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMED ( 9.00 PAGI /10 JULAI 2009 )
UCAPAN YAB DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK ( 9.00 MALAM/11 JULAI 2009 )

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA HARI PERTAMA 10/7/2009
9.00 PAGI BERSAMA YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMED
3.00- 5.00 PTG - DATO' SHAHLAN B. ISMAIL, S/U POLITIK PERDANA MENTERI
9.00-10.30 PTG - PROF. DR AZIZ BARI (UIAM)

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA HARI KEDUA 11/7/2009
9.30-12.30 PAGI -DATO' SERI IBRAHIM ABU SHAH (UITM)
2.00-3.30 PTG -DATO' SALEHUDDIN SAIDIN (SSA)
3.30-5.00 PTG -DATO' FUAD HASSAN (JASA)
5.30-7.00 PTG -DATO' PROF DR RAMLAH ADAM (UITM)

9.00 MALAM - UCAPAN BERSAMA YAB DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK