June 12, 2009
Bahasa Inggeris: Wajib Lulus
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mesyuarat jawatankuasa kerja (Exco) semalam telah buat ketetapan untuk meyokong cadangan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, agar calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pemuda UMNO merasakan bahawa dengan meletakkan wajib lulus sebagai objektif, ia bakal meransang dan memotivasikan para pelajar, ibu bapa, pendidik dan juga kerajaan untuk meningkatkan tahap pengajaran Bahasa Inggeris. Jika tiadanya syarat tersebut - tidak akan ada faktor mendesak atau keperluan untuk menyegerakan segala usaha bagi menambaikkan lagi tahap pengajaran subjek tersebut.Namun, memandangkaan pada masa sekarang terdapat lebih kurang 30 peratus pelajar SPM yang gagal lulus matapelajaran Bahasa Inggeris, sokongan Pemuda adalah bersyarat kepada beberapa langkah penting yang perlu dibuat bagi meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa tersebut sebelum cadangan wajib lulus dilaksanakan. Pemuda tidak mahu sebarang idea yang bagus gagal hanya kerana masalah perlaksanaan.Sehubungan itu, Pemuda UMNO mengesyorkan agar perlaksanaan dasar tersebut tidak di buat secara terburu-buru sepertimana dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeri (PPSMI), yang mencetus pelbagai polemik dan pertikaian, disamping mendesak kerajaan agar memastikan bahawa guru-guru terlatih yang mampu meningkatkan mutu pengajaran matapelajaran Bahasa Inggeris adalah cukup, terutama bagi kawasan-kawasan pendalaman dan luar bandar.Berdasarkan maklum balas yang telah Pemuda UMNO terima, rata-rata berpendapat bahawa kita tidak mempunyai bilangan guru-guru Bahasa Inggeris berkualiti yang cukup. Oleh itu, jika cadangan wajib lulus digunapakai sekarang, defisit penawaran pendidik yang terlatih ini bakal mengakibatkan 30 peratus daripada calon-calon SPM terus gagal subjek Bahasa Inggeris. Jika kerajaan dapat mengambil khidmat guru-guru Bahasa Inggeris berpengalaman yang telah bersara mahupun guna tenaga guru asing sementara menampung ketidakcukupan guru-guru terlatih sekarang, pastinya cadangan tersebut tidak akan membebani para pelajar yang mungkin kurang persiapannya untuk lulus subjek Bahasa Inggeris dalam SPM.Pada masa yang sama, pihak kementerian harus menambah peruntukan dana untuk melatih lebih ramai guru-guru baru mengajar Bahasa Inggeris. Mereka ini bakal mengambil alih perkhidmatan guru-guru bersara dan juga guru-guru asing dan semestinya memastikan piawai dan kualiti pengajaran yang sekurang-kurangnya sama, jika tidak lebih baik, kepada para pelajar.Pemuda UMNO juga mencadangkan agar masa pembelajaran subjek berkenaan ditambah. Ia bakal meningkatkan penguasaan bahasa dan persediaan pelajar menghadapi peperiksaan kerana mereka akan didedahkan kepada kesusasteraan, komunikasi lisan dan juga tatabahasa - yang bakal menjadikan proses dan pengalaman pembelajaran bahasa yang lebih menyeronokkan dan efektif daripada mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Pada masa sekarang, para pelajar cuma perlu menduduki Malaysian University English Test (MUET) untuk mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi tempatan. Pemuda UMNO berpendapat kerajaan patut menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian MUET bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan. Ini bakal menjadi insentif kepada pelajar untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Tanpa adanya syarat seperti ini - tidak akan wujud sebab yang kuat dan serius untuk para pelajar bekerja keras untuk menguasai Bahasa Inggeris dan sesetengah daripada mereka mungkin berpendapat bahawa ianya tidak penting.Pemuda UMNO juga ingin menegaskan bahawa isu ini adalah isu spesifik dan tidak sama sekali berkait dengan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Akhir kata, saya ingin menyatakan bahawa Pemuda UMNO menyambut baik dan menyokong cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di dalam SPM. Namun sokongan ini adalah bersyarat kerana terdapat beberapa beberapa aspek yang perlu ditangani terlebih dahulu seperti keperluan adanya guru-guru terlatih yang mencukupi. Pemuda UMNO menyeru pihak Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan langkah-langkah di atas dengan segera bagi merealisasikan cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris secepat mungkin. Keputusan ini bakal menjadi mercu tanda kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris dan mencetus komitmen dari semua pihak yang terbabit untuk bekerja keras bagi meningkatkan piawai dan kualiti pengajaran bahasa tersebut.
June 10, 2009
Brothers and Sisters in Moderation
The 55th PAS Muktamar brought about some interesting observations. Apart from the debate on whether it should have dialogues with Umno which dominated headlines, the party, among other things, called for the ban of the non-governmental organisation Sisters in Islam (SIS).Regardless of whether or not one supports the SIS's agenda, and the way it goes about achieving its aim of gender equality within the Muslim context, there is no justification for wanting to outlaw the organisation, much less resort to rehabilitating its members. I find this strong stance by PAS to be extremely contradictory to the agenda of upholding democracy it claims to be embrace.I hope that my position on this matter will highlight the fact that the proposed Muzakarah between Umno and PAS - of which I have been a proponent - need not result in the two parties finding common 'conservative' or 'reactionary' ground. The dialogues, if forthcoming, should lead us to bring the 'moderate' best out of each other, and not merely reaffirm 'conservative' positions on socio-political issues.Below is a joint statement made by a group of NGOs - one I fully support:----------------------------------------------------JOINT STATEMENT BY MALAYSIAN CIVIL SOCIETY ON PAS RESOLUTION TO BAN SISTERSIN ISLAMWe the undersigned are deeply disturbed by the call on the part of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) to have Sisters in Islam (SIS) banned and its members rehabilitated should its activities be determined to be contrary to the Islamic shariah. It is apparent to us that in making the call in the manner that it has, PAS has already formed the view that SIS should be banned and its activities brought to an end.While we respect the freedom of members of PAS to associate in a manner that they consider appropriate or warranted as well as their freedom to express a view in association on such matters as they see fit, the members of SIS, or any other organization for that matter, are equally guaranteed those freedoms. No one person or organization has a monopoly over the right to express views on matter of public importance. The call to silence SIS and send its members for rehabilitation is an act of violence against those freedoms and their constitutional underpinnings. It also lends itself to further closure of the already narrow space of public discourse and debate that a slew of anti-expression laws have allowed Malaysians.For Malaysia to mature into the democracy that Malaysians aspire to, it is vital that diversity, even of views, be protected and nurtured. Respect for the freedoms guaranteed to all Malaysians by the Federal Constitution, be they members of PAS or any other organization or simply individuals, is crucial to this endeavor.The demand for action against SIS culminating in a ban is not easily reconciled with PAS public rhetoric in favour of a more democratic and inclusive Malaysia. On the contrary, the demand is wholly anti-democratic. We reiterate that though members of PAS are entitled to their views, the call for the banning of SIS is wholly unacceptable. As a matter of principle, the question of banning any organization purely for their views should not arise at all. Differences of views must be respected and, if at all, be resolved through constructive engagement.In view of this, we urge PAS to reconsider its position and take such steps as are necessary to retract the call for action against SIS.
June 08, 2009
Muzakarah
Pemuda UMNO mencadangkan muzakarah UMNO-PAS dimulakan semula memandangkan proses pemilihan pucuk pimpinan pusat bagi kedua-dua parti tersebut telah pun selesai. Bagi Pemuda UMNO, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang - bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua. Muzakarah seumpama ini menuntut kematangan dan pemikiran jauh semua pihak. Sehubungan dengan itu, UMNO-PAS perlulah mengenepikan sebarang persoalan dan pergolakan politik dan seterusnya mengambil pendekatan husnul dzon (bersangka baik) bagi mencari titik permuafakatan untuk masa depan negara. UMNO-PAS haruslah juga mengelak dari terjerumus kepada polemik syak wasangka atau pencarian kepada siapa yang lebih atau kurang Islam atau Melayunya. Dari itu, perlu saya tekankan di sini bahawa UMNO tidak pun mengutamakan atau terlampau mengharapkan Kerajaan Perpaduan hasil muzakarah yang dijalankan. Maka, PAS tidaklah perlu khuatir akan keikhlasan UMNO - yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat. Persefahaman berkisar isu sebegini insya-Allah mampu menonjolkan elemen kesederhanaan dan progresif, lantas wajar disambut seluruh warga Malaysia. Sekiranya ini membawa kepada agenda yang lebih konkrit pada masa hadapan, biarlah kedua-dua pihak berunding pada masa kelak. Pada masa dan ketika ini, apa salahnya jika dibuka pintu dialog sepertimana yang diseru oleh Presiden PAS sendiri Datuk Seri Haji Hadi dan juga Timbalannya Nasharudin Mat Isa. Justeru, demi kebaikan semua pihak, Pemuda UMNO berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah.
June 13, 2009
Pemuda UMNO sambut baik minat Pas bekerjasama
KUALA LUMPUR 12 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik pendirian parti Pas yang masih menunjukkan minat untuk berbincang dan bekerjasama dengan UMNO bagi pembentukan kerajaan perpaduan.Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu melihat kerjasama itu masih boleh diteruskan walau apa pun syarat yang diletakkan Pas."Saya harap sebarang isu yang negatif tidak menjadi syarat yang menghalang usaha UMNO dan Pas itu sebaliknya ia boleh dibincangkan secara positif," katanya semalam.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda UMNO yang pertama selepas pemilihan parti Mac lalu.Khairy mengulas mengenai idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.Dalam pada itu, Khairy berkata, persiapan Pemuda UMNO ke Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini kini mantap.Beliau berkata, Pemuda UMNO akan melancarkan jenteranya itu dalam masa terdekat ini."Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai sudah digerakkan untuk mengatur segala tugas. mesyuarat dan agihan tugas di sana juga sudah dilaksanakan," katanya."Kita yakin peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang di situ cerah jika dilihat kepada faktor calon yang tepat dan pendekatan lebih saintifik terhadap sikap pengundi di kawasan itu," katanya.Khairy berkata, Pemuda UMNO menerima siapa sahaja calon dari mana-mana sayap parti untuk bertanding di DUN itu."Asalkan calon itu diterima rakyat kita akan tetap sokong," katanya.
June 13, 2009
Tekun Diminta Kurangkan Kerenah Dalam Pemberian Pinjaman - Khairy
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini mahu kerajaan melihat semula kelemahan yang ada pada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) supaya peminjam tidak dihidangkan dengan pelbagai kerenah birokrasi sehingga beralih kepada ejen pinjaman tidak berlesen.Ketuanya Khairy Jamaludin berkata, berdasarkan tujuan penubuhannya iaitu untuk memberi pinjaman, Tekun seharusnya lebih efisien dalam melaksanakan tugas itu tanpa terlalu banyak kerenah birokrasi kerana sekiranya gagal berbuat demikian, hasrat kerajaan untuk merangsang ekonomi di peringkat akar umbi akan terbantut."Kita dapat aduan yang mengatakan wang pinjaman telah diluluskan tetapi malangnya wang tersebut tidak diserahkan kepada peminjam serta terdapat juga kes di mana mereka telah menerima cek tetapi cek itu tidak boleh ditunaikan."Bila saya minta pengadu ini merujuk kepada pegawai-pegawai Tekun jawapan yang kita dapat ialah Tekun tidak mempunyai dana secukupnya atau peruntukan telah tiada."Sebab itu, kita harap masalah Tekun ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana jika tidak, kita bimbang usaha untuk merangsang ekonomi di peringkat akar umbi tidak dapat dijayakan sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di sini.Justeru, katanya, Pemuda meminta kerajaan supaya melihat perkara ini dengan serius berhubung keperluan menyuntik dana tambahan kepada Tekun untuk tahun ini kerana jika dilihat daripada peruntukan tahun ini penurunannya begitu mendadak iaitu hanya RM50 juta berbanding RM250 juta sebelumnya.Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan juga disaran mengambil beberapa langkah, antaranya meningkatkan lagi kadar bayaran balik supaya dana tersebut dapat dijadikan dana pusingan."Kita dimaklumkan memang wujud masalah dari segi bayaran semula...jadi jika itu masalahnya, mungkin sistem awal itu ada kelemahan," katanya.Menurutnya, sementara mengkaji prosedur bayaran balik dan menyelesaikan masalah birokrasi untuk meluluskan pinjaman, kerajaan juga disaran supaya menambah peruntukan untuk Tekun pada belanjawan akan datang."Ini adalah waktu kritikal untuk memulihkan ekonomi...sebab kalau nak tunggu dana datang dari pembayaran semula pinjaman, masalah ini tidak akan selesai kerana matlamat kita adalah untuk memastikan peminjam baru dapat menerima pinjaman daripada Tekun," katanya.Berhubung Pusat Aduan Komuniti yang terletak di Unit 2-3, Plaza RAH, 111 Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, di sini, Khairy berkata, pusat itu akan dijadikan medium pemudahcara untuk rakyat datang dan berkongsi masalah serta berperanan menyelesaikan masalah yang dilaporkan."Kita tak nak pusat ini hanya jadi pusat pos semata-mata...bila orang datang buat aduan, kita terima dan kemudiannya bawa aduan itu ke kementerian dan jabatan berkenaan bagi tujuan penyelesaian."Saya mahu pusat ini sendiri dapat bantu selesaikan masalah, bukannya hanya jadi perantara untuk diserahkan kepada pihak tertentu. Saya mahu mereka sedaya upaya membantu pengadu dengan merentasi segala halangan birokrasi yang mungkin menghalang kes itu daripada diselesaikan," katanya.Khairy berkata, pusat yang akan beroperasi secara total dalam masa dua minggu lagi itu akan turut menyediakan unit aduan guaman bagi membantu menyelesaikan kes-kes yang melibatkan perundangan.Beliau berkata, jika dahulu Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno hanya beroperasi di ibu pejabat Pemuda Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sahaja, tetapi kali ini, ia dibawa ke luar supaya lebih senang untuk sesiapa sahaja datang meminta bantuan dan menyatakan aduan.Pusat itu akan menjadi 'premis harapan' kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dan ia dilihat sejajar dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment